Keheningan malam membuatkan azielah terbuai dengan ciptaannya. Mata tak lekang memandang luar tingkap sambil memikirkan perbualan pihak polis bersama bob petang tadi. Misi pencarian zafran masih tidak dapat dikesan, walaupun seminggu sudah berlalu.
"macam mana, ada jejak tak?!"
"Pihak kami masih mencari mangsa beliau. Setakat ini tiada sebarang jejak yang kami kenal pasti. Kami harap puan, abang, dan adik bersabar. Sekiranya ada maklumat kami akan beritahu dengan segera!"
Tiba-tiba air mata menitis membasahi pipi. Dia tidak kuat untuk menghadapi sekali lagi. Cukup saja peristiwa kehilangan ibu dan bapa menghantui dirinya. Jangan perkara ini berulang sekali lagi. Dia tak akan biarkan ini berlaku.
Tak akan.
Tok!
Tok!
Bunyi ketukan pintu membuat azielah tersedar dari lamunan. Kaki diatur ke pintu lalu membuka dengan perlahan. Kelihatan wajah umi yang sedang membawa dulang makanan dan segelas susu. Semenjak kehilangan zafran, bob memutuskan untuk membawa azielah tinggal bersama-sama ibu zafran. Waktu pertama kalinya, umi memang tidak bersetuju dengan pendapat bob tetapi memandangkan dia juga kesunyian dan berasa berat hati mendengar kehilangan zafran.
Hati merasakan kecewa dan menyesal segala perbuatan yang dilakukan oleh dirinya ke atas anak sendiri. Kalau diberi pilihan mahu saja dia memeluk zafran seerat-eratnya. Tetapi semuanya sudah terlambat, dia tidak boleh memutar semula masa.
Umi memberikan senyuman manis ke arah azielah. Sedia maklum, melihat azielah lebih seminggu juga tidak makan dan minum malah tidak pernah langsung keluar daripada bilik. Dia lebih selesa mengurung diri.
"boleh umi masuk?"
"boleh je umi. Mari sini dulang tu azielah bawa" tangan mahu mengambil dulang malah umi tidak mengendahkan. Umi hanya masuk ke bilik dan meletakkan dulang ditepi katil.
"azielah mari sini duduk. Umi dah sediakan bubur dan susu untuk kamu. Umi minta tolong sangat dengan kamu, jangan seksa diri kerana orang lain. Umi tahu kamu tak boleh lupakan apa yang jadi tapi kamu kena ingat diri kamu perlukan tenaga. Lebih seminggu kamu tak makan. Please dengar cakap umi!"
Azielah berlalu ke arah katil. Tangan umi dipaut lalu dia didakap erat. Air mata dilepaskan sepuas-puasnya. Tersedu-sedan menahan nafas. Azielah sangat sakit hati dengan semua ini. Kenapa semua musibah harus terjadi pada dirinya. Kenapa harus dia yang menanggung segalanya. Sakit!
"shuu... Sabar ye umi faham. Umi pun rasa sebak dengan semua ni. Kenapa allah takdirkan zafran hilang. Umi pun tak tahu nak cakap apa, cuma umi rasa umi dah banyak buat dosa dekat dia..." air mata tiba-tiba menitis membasahi pipi. Lantas, air mata dilap menggunakan belakang tangan.
" tsk, tsk azi... azielah terlalu sayangkan dia umi. Kalau boleh azielah tak nak kehilangan dia seperti orang yang azielah sayang tinggalkan azielah selama ni. Kenapa zafran buat azielah macam ni umi. Kenapa?"
Umi hanya mampu mendiamkan diri mendengar luahan gadis ini. Sebelum ini, dia memang tidak tahu asal usul gadis ini daripada mana. Maklum ada bob menceritakan segala-galanya. Pada mulanya, hati sungguh tak percaya bahawa anak sendiri mempermainkan seorang wanita.
Umi menolak bahu azielah perlahan untuk menghadapnya. Azielah dengan wajah yang agak merah akibat menangis lantas mengelap segala air mata yang tidak habis-habis keluar.
"azielah minta maaf ya umi sebab nangis depan umi. Azielah cuma..."
"tak apa, umi faham. Kamu nangis sajalah selagi kamu rasa nak lepaskan. Umi tak akan larang kamu tapi sekarang kamu kena berhenti menangis sebab kamu kena makan. Lebih seminggu kamu tak keluar bilik dan tak isi perut. Tengok wajah kamu cengkung dan tak bermaya"
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]
RomanceUNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudaranya. Kehidupannya tidaklah seindah disangka. Sepanjang duduk bersama mereka azielah hanya dijadikan seorang hamba. kau memang tak pandai cuci...