||PROMOTE TIME||
a) AGAIN by milkywhiteeeAzim mengenggam erat telefon miliknya. Di skrin, jelas terpampang video vlog Aira dan Syafiq di zoo. Kemesraan pasangan itu membuatkan hatinya panas. Ah seharusnya dia yang berada di sana. Kenapa Syafiq yang memeluk dan mencium Aira? Harusnya dia!
"Bodoh"
Dia membaling iPhone miliknya ke atas meja. Kakinya diletak di atas meja. Ini bilik dia. Bilik yang dipenuhi dengan gambar dan informasi berkaitan Aira.
Sebab itu dia melarang keras sekiranya Azira ingin masuk ke dalam biliknya ini. Takut rahsia dia kantoi.
"Berbahagialah dulu dengan mamat tu sayang"
Bibirnya mengukir senyuman senget. Pisau dicucuk di gambar Syafiq. Dia tergelak kuat.
------------------------
"Hai Aira!"
Heykal tiba tiba datang daripada tepi. Aira yang sedang memberi Mika makan hanya tersenyum. Dah tahu dah Heykal datang daripada mana.
"Hai Heykal. Cari Syafiq ke? Dia ada kat dalam"
Aira berdiri. Pintu kandang Mika dikunci nya. Heykal angguk.
Mereka berdua beriringan masuk. Syafiq yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton tv tidak sedar akan kehadiran Heykal.
"Bro!"
Heykal tiba tiba duduk di atas paha Syafiq. Syafiq yang terkejut segera menolak Heykal jatuh. Tindakan refleks. Heykal mengaduh kesakitan.
"Sakit nyah!"
"Bodoh yang kau tiba tiba duduk atas paha aku kenapa lahanat!"
Syafiq menjerit kuat. Aira yang sedang membuka peti sejuk hanya mampu tergelak. Heykal merengus.
"Sampai hati you lahanatkan I"
"Eh kau kenapa cibai"
Heykal berdiri tegak. "Yelah aku salah" dia menghempaskan diri di atas sofa. Mulutnya memuncung.
Aira datang membawa dua gelas dan sekotak apple juice.
"Nah minum"
"Thankyou my sugar"
"Uwerkk!"
Heykal membuat muka jijik. Syafiq di sebelahnya segera mencekik Heykal. Heykal senyum sinis. Heh cari pasal ekkk..
YOU ARE READING
KERANAMU [2]√
Romance[KERANAMU 1 TIADA KERANA DIDELETE OLEH WATTPAD] [SEQUEL KERANAMU] -beautiful cover by @atieiza❤- 2 tahun hidup berjauhan,akhirnya Aira kembali pulang ke Malaysia selepas sahaja dia tamat belajar. Bumi Korea ditinggalkan dan dia kembali ke pangkuan...