Izz melirik Amaya yang dah tertidur di atas katil. Amaya tidur di atas rusuk kiri menghadap meja Izz.
Comel
Dia mencuit sedikit hidung Amaya dan Amaya merengek tidak suka. Tangannya mencubit pipi gebu Amaya pula. Tapi hanya perlahan takut bini dia terbangun.
Izz kembali fokus dihadapan komputernya. Video yang dihantar oleh Eric dibuka.
Video penerangan Arlo.
Dia melihat Arlo yang terbaring di atas lantai rumah seksa dengan hidung berdarah.
" Sekarang kau bagitau aku apa yang kau dah buat sebelum aku tembak 'barang' kau."
Tersenyum Izz mendengarnya.
"Okey okey. Aku bagitau, aku bagitau."
" Ameera. Ehmad. Roseanne. Kamil. Aku yang buat." Izz menggenggam tangannya menahan geram walaupun dia dah tau.
Flashback
" Aku buat Ameera ajak Roseann pergi dekat jambatan tu. Ta--tapi dia sendiri yang bawak Kamil! Aku tak suruh! Ehmad nak dia ja yang mati bukan Kamil!"
" Kau cakap slow slow takleh ke? Tak perlu jerit jerit. Aku bukan dekat benua lain pun." kata Eric dengan nada menyampah. Dia mengorek sedikit telinganya.
Dah la menyampah dengan muka dia nih. Tambah suara dia pulak. Tambah bau badan dia pulak. Bau arak lagi. Memang nak kena sepak lah mamat ni.
Arlo menundukkan sedikit wajahnya. Takut Eric mencelek jari kotor itu pada mukanya.
" Asal kau bunuh aunty Ameera?" Pistol nya masih menyasarkan barang Arlo.
" Se--sebab.. sebab aku jeles! Aku jeles dia yang dapat Ariffin! Sepatutnya Ariffin tu aku yang punya! Orang tua Ameera tu sepatutnya ambil berat pasal aku! Bukan Ameera! Aku buat macam dia tak tahan hidup dengan Ariffin and dia nak bunuh diri! Aku nak senangkan hidup Ariffin je! Aku tak salah! Tak salah!"
Buk!
"Apahal kau pukul aku?!!" jerit Arlo.
Eric meniup tepi pistolnya. "Aku dah kata jangan jerit, jangan jeritlah! Kau nak aku buat kau pekak ke? Nak aku potong telinga kau tu?!" marah Eric.
Arlo menelan air liur dan menggeleng.
" Lepas tu? Sambunglah cerita."
" Aku tolong Ehmad. Di--dia yang mintak tolong. Aku offer je.."
"Halah bodo bodo je kau. Lagi?"
" Ehmad kena langgar kereta Roseanne dengan Kamil. Tapi dia lupa dia pakai seatbelt sebab tu pertama kali dia bawak kereta setelah lama tak bawak. Dia excited. Waktu dah terlanggar tu dia kena keluar dari kereta tu tak dia tak reti bukak belt tu. Jadi dia mati sekali.."
Pap!
Eric menepuk dahinya. "Bodo amat! " komennya.
"Lepas tu?"
"Ak--aku marah. Aku ada dekat situ jugak tapi aku dengan Ameera. Bila aku nampak Ehmad mati dalam kereta,aku bunuh Ameera dan campak dia jatuh dari jambatan."
Bibirnya diketap. Kepala Arlo diketuk lagi menggunakan pistol. Lima kali. Biar benjol.
"Ak! Aak! Sakitlah!"
Tiba tiba Eric teringatkan sesuatu. "Mayat yang ada dekat rumah Ehmad. Kau ke dia yang buat?" tanyanya.
" Heh.. tu? Akulah yang buat. Tapi Ehmad nak body tu so aku bagilah tapi organ aku jual. Duit pula separuh aku separuh dia." terangnya sambil tersenyum senyum. Teringat kenangan kotor dia dengan Ehmad.
YOU ARE READING
C || Amaya Edlyn
Humor𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam h...