" Settle pasal Hael?"
"Of course uncle. As you know i am superb." kembang hidung Eric memuji diri sendiri
" Dah mati?"
" Of course uncle. As you know i am superb." Zenith meng copy Eric dengan gaya yang lebih gedik.
" You copy Tom!"
" You jerky scrappy dog!"
" You call me dog? Buto!"
" Woi! Apa buto buto depan uncle ni? Korang duduk sana! Jauh jauh. Dekat je nak gaduh. Haih.. beruban rambut aku!"
" Ha..ha.. uncle dah naik hantu. Semua salah kau.. ha..ha.." Eric menggerakkan jari telunjuk nya ke atas dan ke bawah di depan Zenith.
Zenith pula menjelir lidah dan membekukan muka semula. Sejak Eric suruh dia tengok kartun, otak dia dah tak berapa betul. Tak tipu. Semua salah Eric!
" Dah jom balik, get ready untuk majlis malam ni. Pakai hesmes hesmes. Dan kau Eric!"
" Yes uncle?"
" Baik kau pakai tuxedo. Kalau aku nampak kau pakai baju badut hidung merah pegang belon tu lagi, kau memang aku campak dalam kandang buaya."
Eric sengih. Dia saja ja melawak hari tu yang dia nak pakai baju IT tu. hahaha memang urut dada lah uncle Ariffin waktu tu.
" Don't worry uncle. I'll be the most handsome person this night. Don't fight me."
" Haha you can't Eric.." Tuan Ariffin menggeleng kepala sambil tertawa.
"Why?"
" Because i am the most handsome man, boy." Dia keluar dari office itu sebaik sahaja berkata. Eric mencebik dengan Tuan Ariffin yang terlebih perasan.
" Kau, kau nak pakai tuxedo kaler apa?" tanya dia kepada Zenith.
" Pink." sepatah Zenith menjawab sebelum turut sama keluar dari office itu. Dia nak cepat, balik kang nak tengok Larva.
" Haih.. 2 stupid man with a handsome and smart man. They are so lucky to have me. Ehem.. anyone out there, who want to have prince Eric as your life partner?"
Sekarang kita boleh tau siapa yang stupid. Hm..
_skip_
" Abang, tolong zipkan baju ni." Amaya menghalakan belakangnya yang terdedah di depan Izz.
Izz pula menelan air liur melihat belakang Amaya. Sambil menutup mata, dia menzipkan juga baju Amaya itu.
Amaya melihat kekurangan pakaiannya dihadapan cermin. Dress labuh berwarna unggu pastel sangat kena dengan kulitnya yang putih kemerah-merahan. Awningnya dibetulkan sedikit.
Dia memusing kebelakang dan melihat Izz yang segak dengan kemeja putih. Masih belum memakai kotnya.
" Meh sayang tolong." Dia menarik tali leher hitam yang dipegang oleh Izz lalu meletakkannya disekeliling leher suaminya itu. Terasa pinggang nya dipegang oleh Izz.
Dia mendongak.
" You're so beautiful." ujar Izz lalu melagakan hidungnya dengan hidung Amaya.
" I know."
Izz tergelak kecil. " I want to ask you a question."
" Tanyalah." tangan Amaya sibuk mengikat leher Izz menggunakan tali leher. Macam kasar sangat bunyinya. Memakaikan Izz tali leher.
"Do you love me, mia?" terhenti tangan Amaya dari terus melakukan kerja.
Ya, dia tak pernah mengaku sepatah kata 'love you' pun sepanjang mereka berkahwin tapi..
" Abang.. kalau sayang tak cintakan abang, we don't have this,my husbaby." Tangan Izz diraih dan diletakkan di atas perut nya.
" I love you. Sayang sayang dan cintakan abang. With all attention and love you gave me, of course i do." pipi Izz diusap penuh kasih sayang.
Izz memejam mata menikmati usapan tangan Amaya di pipinya.
' I love you.. my husbaby..'
Kata kata itu akan melekat di dalam hatinya. Melekat kuat sebab dia menggunakan gam dinosaur dan bukan gam gajah.
" Thank you sayang... " Dia menyebamkan mukanya di bahu Amaya.
" Do you love me?"
" I love you. So much. Much much more than anyone who love you. Uncountable love. Special for you." kata Izz dengan penuh syahdu.
Badannya dibelakang terasa ditepuk tepuk perlahan oleh tangan Amaya.
" Sekarang bangun. I do love you but i love my awning too. " Dia menolak perlahan badan besar Izz menjauh dan mengambil hand begnya. Perlahan-lahan dia mengaturkan langkah keluar dari bilik dengan perut belonnya.
Izz memuncungkan mulut. Dia mengambil kotnya dan turut sama turun apabila mendengar suara Amaya memanggilnya dari bawah.
_skip_
"Aaron Davis bin Nizam Darwin."
" Ye saya."
" Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Liliana Aishmeen binti Rosli dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai."
" Aku terima nikahnya Liliana Aishmeen binti Rosli dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai."
"Sah?"
"Sah.."
"Alhamdullilah.." mereka sama mengangkat tangan membaca doa. Selesai sahaja sesi pernikahan, majlis perkahwinan mereka pun bermula. Ramai tetamu mula membanjiri dewan perkahwinan Liana dan Aaron.
" Yo! Tahniah!" ucap Amaya. Tadi tak sempat nak cakap sebab Izz asyik dok menggatal dengannya.
"Sama sama" kata Liana. Dia sangat cantik malam ni dengan gown royal purple. Tergugat iman Aaron dibuatnya.
" Sa-- terima kasih." dia menjeling sedikit Liana.
" Haih.. sedapnya suara kawan aku." Izz senyum melihat Zayne yang sedang bernyanyi di atas pentas. Memang sedap sampai mereka semua terpana melihatnya. Tambah dengan muka bak pangeran lak tu an.
" Time time gini baru nak ngaku member. Dasar lu anjay." Aaron juga turut senyum melihat kawannya itu. Nak juga nyanyi tapi suaranya khas untuk memanggil hujan sahaja.
" Mana Kak Piya?" semua mata memandang ke arah Amaya. "Liana."
" Ouh aku ke.. tak tau lah. Dia tak mesej kau lagi ke?"
"Entah la ..kejap." dia mengambil telefonnya di dalam beg yang dipegang oleh Izz. Chat dengan Kak Piya dibuka.
" Dia dah sampai. Jomlah. " Dia bangun dan menarik lembut tangan Liana. Sempat lengannya dipegang oleh Izz. Lelaki itu memandangnya dengan mata bulat.
" Jumpa kawan je abang." senyum nipis diukir buat sedapkan hati suaminya. "Balik sini cepat and hati hati." pesan Izz sebelum melepaskan tangan Amaya.
"Jom." Mereka pergi ke laluan masuk dewan tersebut lalu mencari batang hidung kak Piya.
" Tu."
" Assalamualaikum Aish, Aya." Kak Piya datang bersama seorang gadis yang hanya menunduk dibelakangnya.
" Waalaikumussalam kak Piya." jawab mereka serentak.
" Tu siapa Kak Piya?" Liana bertanya sambil menjuihkan bibirnya kedepan menunjuk ke arah gadis di belakang kak Piya.
" Assalamualaikum. I, Melinda."
YOU ARE READING
C || Amaya Edlyn
Humor𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam h...