"Eh mana rantai sayang yg lama?"
Soal Fazril kepadaku sebaik sahaja duduk disebelahku. Tangan pula sudah menuding ke arah rantaiku.
"Ra-rantai lama?"
"Haah, yg bentuk love."Rantai Daniel.
"Err...err rantai tu dah putus."
"Ouh lah yeke. Saya lupa nak tanya awak, mana awak beli rantai tu? Tiba2 je awak pakai. Setahu saya, saya takde belikan."Ahh sudah, apa aku nak jwb? Muka Fazril agak suspicious dengan aku.
"Saya beli rantai baru. Cantik tak awak?"
Soalku dengan nada lembut, cuba menukar topik. Aku juga sudah menukar kedudukan agar lebih dekat dengannya.
Saja aku buat sebegini, ingin dia lupakan soalannya tadi dan hilangkan suspicious dia tu.
Aku kan jarang bermanja dengan dia, so kalau sekarang ni tiba2 aku buat macam ni, mesti dia terus lupa apa yg baru saja dia ckp.Muka Fazril agak terkejut bila kedudukan kami serapat ini.
"Huh? Ca-cantik."
"Awak suka yg mana? Yg dulu tu ke atau yg ni?"Soalku sambil memegang rantai butterfly ini.
Fazril diam buat seketika, fikir sama ada yg baru ini atau yg dulu lebih menarik perhatiannya.
"Emmm yg ni kut. Cantik pun cantik, pulak tu warna biru. Pandai sayang pilih."
Senyumanku dah lebar sampai ke telinga. Ehek, memang aku yg pilih. Yer tau aku pandai.
"Kan? Saya pun rasa yg ni. Disebabkan ni warna favourite awaklah saya pilih ni. So rasa macam awak sentiasa ada dengan saya."
Pelikkan? Aku pun pelik kenapa aku ckp macam tu.
Tak semena2, pipiku dicubit Fazril.
"Aww, kenapa sweet sangat ni."
Buatkan aku tertunduk malu. Hati aku juga secara tiba2 berdebar.
Makin hari makin aku pelik dengan diri sendiri. Pelik dengan tingkah laku aku terhadap dia.
Pelik dengan percakapan aku dekat dia.
Dan pelik dengan perasaan aku setiap kali ada dengan dia.🌵🌵🌵
"Hai Liya."
Aku toleh memandang empunya suara yg menegurku tiba2.
Siapa ni?
"Emm sorry tapi awak siapa?"
"Saya Malik. Takkan x kenal?"Malik mana pula ni? Sejak bila aku ada kawan nama Malik.
"Malik? Siapa ya? Maaf, saya tak kenal."
"Saya Malik. Takkan x kenal?"
YOU ARE READING
You're My Destiny
Romance"Goda saya." Kata isterinya secara tiba-tiba. "What?" Kening Fazril berkerut mendengar kata-kata Liya. "Buat saya jatuh cinta dengan awak untuk kali yg kedua~" Siapa je tak terkejut kalau buka2 mata di tahun yg berbeza. Lagi terkejut bila baru dap...