CHAPTER 47

3K 136 19
                                    

HAPPY READING!

    NADIA meringkuk kesejukkan kerana  suhu pada waktu pagi kali ini agak rendah dari biasanya. Ditambah lagi kawasan sekeliling tapak perkhemahan ini masih hijau dan terjaga dari tangan-tangan manusia yang tamak.

   Pelajar dan fasilitator juga masih belum berkeliaran di luar kerana jam baru menunjukkan pukul 4.08 pagi. Namun Nadia sudah terbangun sejak tadi. Walaupun dia tidur agak lewat namun entah kenapa dia tetap terbangun pagi-pagi buta. Mungkin Nadia tidak biasa dengan tempat ini.

   Kepalanya juga sudah tidak lagi pening kerana sebelum tidur semalam dia sembat menelan sebiji panadol. Kepalanya sempat berpinang-pinang semalam dan untungnya dia membawa ubat bersamanya.

   “Haih.” Nadia melepaskan keluhan berat. Selimut yang dibawanya dari rumah dipeluk erat sambil merenung siling khemah. Dia termenung mengenang nasib dirinya sendiri. Setelah penat termenung Nadia akhirnya mengambil telefon dan memakai airpods pemberian Ben. Pertama sekali dia membuka aplikasi Tiktok dan melihat-lihat video yang lalu di fypnya. Sesekali dia tersenyum dan ketawa pelahan. Mungkin ada video yang lawak muncul di berandanya.

   “Babe,” Nadia membuka sebelah airpodsnya dan melirik ke arah Farhanie yang sudah membuka matanya. “awalnya you bangun. Tidurlah lagi.”

  “Saya tak dapat tidur lagi. Awak tidur je. Nanti saya kejutkan awak,” ujar Nadia berbisik. Dia takut Rose pula yang terbangun kerana suaranya.

   “Okay jangan lupa tau.”

   “Okay.”

***

   Tidak sedar masa berlalu, sang suria mula menunjukkan diri. Keadaan yang awalnya sunyi mulai bertukar menjadi riuh rendah. Usai mandi Nadia tetap berada di dalam khemah menunggu Farhanie selesai membersihkan diri. Selepas ini mereka akan bersarapan sebelum aktiviti pertama hari ini dimulakan.

    "Nadia, sorry I lambat. Banyak sangat orang dekat washroom tadi."

   "Tak apa. Bukannya lama sangat," balas Nadia. Dia tersenyum melihat kekalutan Farhanie menyimpan dan mengambil barang-barang peribadinya. "Tak payahlah cepat sangat."

   "Hehehe. Jom, sarapan. I lapar pula."

   "Jom." Nadia dan Farhanie berjalan dengan tangan yang bergandingan. Sempat juga Farhanie melirik ke kiri dan kanan, melihat sekeliling. Mana tahu kelibat Anisah dan rakan baiknya muncul.

   "Itu Khai,Ben dengan Zack. Diorang dah ambil sarapan. Jom kita ambil makanan dulu baru kita pergi sana."

   "Okay." Mereka berdua berbaris dengan pelajar yang lainnya untuk mengambil makanan mereka.

   "Morning," sapa Farhanie apabila mereka berdua tiba di meja ketiga lelaki itu. Farhanie duduk di samping Khai manakala Nadia di samping Ben. Ben kini berada diantara Zack dan Nadia.

   "Lajunya you makan," kata Farhanie melihat piring Khai yang sudah licin tidak seperti piring Zack yang masih belum habis separuh pun.

   "Lapar," jawap Khai santai.

    Ben berdehem beberapa kali sebelum memulakan bicaranya. "Kau okay?"

   "Okay."

   "Kalau tak aku bawa kau balik sekarang." Nadia menggelengkan kepalanya. Jika dia balik sekarang mesti kedua orang tuanya risau dan menanyakan kenapa dia balik lebih awal dari yang dijadualkan.

   "Tak apa. Tak apa. Saya dah okay."

   Ben tidak habis fikir dengan perangai Nadia. Kenapa nak berlakon seolah-olah dia okay padahal kenyataannya tidak?

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now