15 September 2023
Tarikh tu...tarikh tu merupakan tarikh di mana aku tukar takdir. Hari yg aku berjumpa dengan Aliya dan bagitaunya segala pasal Daniel.
Dan haritu juga hari di mana Fazril jumpa Aliya? Dan Aliya menangis teruk?
Adakah ini bermaksud yg Aliya nangis disebabkan...
dia putus dengan Daniel?
Sampai berbulan2 dia menangis? Tak dpt nak terima yg Daniel akan curang dengan dia? Macam tu?
Tak lain tak bukan, memang itu sahaja jawapannya.
Jadi maksudnya, Aliya merana sangat dulu.
Aliya terseksa berbulan2, disebabkan aku.Dapat aku rasakan air mataku yg mula bertakung di tubir mata. Sedih melihat nasib diri sendiri.
Aku pasti dia terseksa, sebab aku tahu macam mana aku sayangkan daniel. Aku terlalu sayangkan daniel. Jadi pengakuan yg daniel curang dengan Aliya, sememangnya akan membuat dia merana.
Kenapa aku seksa diri aku sendiri?
"Lagi sayang nak tahu apa?"
Aku kembali ke realiti.
"Err...bi-bila kita kahwin?"
"Kita kahwin? Hari favourite awak sayang."Keningku bertaut.
"Your birthday"
Buat kali yg kedua, hati aku rasa seakan ditusuk dengan beribu jarum.
My birthday...
" 2 May 2024, tarikh kita kahwin."
....Tarikh yg sama perkahwinan aku dan Daniel.
"Du-dua May?"
Fazril mengangguk dengan cerianya. Secara tiba2 dia bangun dan mengambil sesuatu kemudian duduk semula di sebelahku.
Album.
Album tersebut dibuka seperti ingin mencari sesuatu.
"Ni awak tengok ni."
Jarinya menuding ke salah satu gambar di dalam album tersebut.
Aku mengambil album itu dan diletakkan di peha. Aku lihat gambar tersebut secara menunduk.
Gambar perkahwinan kami.
"Baju ni...."
Air mata aku jatuh akhirnya membasahi pipi.
Aku x dpt nak tahan lagi kesedihan ini.
"Lawakan baju ni? Sayang yg pilih juga."
Baju pengantin yg berwarna putih, yg juga merupakan baju aku dan Daniel. Sama. Design, warna, semua sama.
Cuma pasangan yg berbeza...
"Saya ingat time tu awak nak pilih baju lain. Tapi bila nampak baju ni terus awak pil--"
Kata2nya terhenti dan dia memandangku dengan kening yg berkerut.
YOU ARE READING
You're My Destiny
Romance"Goda saya." Kata isterinya secara tiba-tiba. "What?" Kening Fazril berkerut mendengar kata-kata Liya. "Buat saya jatuh cinta dengan awak untuk kali yg kedua~" Siapa je tak terkejut kalau buka2 mata di tahun yg berbeza. Lagi terkejut bila baru dap...