Bang!
Bang!
Bang!Amaya berlari ke laman belakang rumah. Terkedu dia dengan apa yang dia baru lihat.
Allahu...
Hancur beb!
Dengan patung patung yang dah tembus, patah, terpisah dua, hancur. Dengan rumput yang sebelum ini lawa, dah serupa muka bulan. Berlubang. Botak sana botak sini. Agaknya sebab takde apa nak ditembak, Arlo dengan Izz mula tembak sesama sendiri.
Dah tak tau nak berhentikan ke tak, dia duduk je ditepi. Nampak seronok la pulak tengok depa tembak tembak.
Ku tembak kau, kau mampus, nasib kau!
" HHAHAHAHA!!"
" Lembaplah uncle nih!"
" I don't give my all yet, boy."
Izz menjatuhkan pistol nya kesisi. "Come on uncle! I'm not boy anymore. I'm a man!" rungut dia. Dibaling pistol itu jauh tanda tak suka. Amaya yang melihat ketawa perlahan. Comel je suami dia merajuk.
Arlo ketawa. " Yeah yeah.. you're a man, man."
Izz senyum puas.
Amaya yang seronok tenung badan belakang Izz tak perasan dengan peluru yang dilepaskan dan menuju ke arah dirinya.
Bang!
Izz pantas berpusing ke belakang dan membulat mata memandang Amaya yang hampir terkena tembakan Uncle Arlo.
Amaya tercengang sekejap. Fuh.. nasib baik sempat elak. Kalau tak buta mata dia. Peluru tadi macam dah di aim ke mata dia.
" Ah! Sorry belle femme! I didn't see you there." Arlo melaung dari tempat dia berdiri manakala Izz berlari ke arah Amaya. Dipegang kedua belah pipi Amaya dan matanya meliar risau ada kecederaan.
" Are you okay Mia?" Amaya memandang wajah kerisauan Izz. Terus dia tersenyum. " Sayang okay lah abang. Don't worry." katanya sambil memegang tangan Izz yang melekap dipipi.
Izz menghela nafas lega. Dia berpusing kebelakang menghadap Uncle Arlo yang sedang memerhatikan mereka.
" Careful Uncle. I'll shoot you till you're dead if my wife injured even a little."
" Hey rileks man. She's doing fine, right? Beside i am your uncle though. How could you let me die." katanya sambil tergelak sinis.
Izz mengepal tangan dan mengetap bibir. "I don't care!" katanya dengan keras. Arlo terpampam seketika.
"Okay.. okay.. i'm sorry little girl. I missed my target." katanya dengan kedua belah tangan diangkat paras bahu.
Tangan Izz disentuh perlahan oleh Amaya. Lelaki itu menatap muka Amaya semula.
" Takpe abang. Bukannya sayang kena pun." pujuk dia. Parah kalau Izz marah. Ternampak urat urat mengancam yang timbul dekat lengan Izz.
Izz senyum.
" Lagi pun tadi sayang tak ready. Kalau ready, peluru tu pun sayang boleh tangkap." kembang semangkuk hidung dia puji diri sendiri. Izz gelak macho.
" Now get up sweetheart. Jom masuk." katanya menarik tangan Amaya untuk bangun.
" Cermin ni?" Amaya menunjuk ke arah cermin yang dah retak terkena tembakan tadi.
" Biar je. Daddy kaya." katanya selamba lalu menarik tangan Amaya masuk ke dalam rumah.
Arlo berdiri di situ sejak tadi tanpa dihiraukan pasangan itu. Bibir diketap. Dia merengus kasar sebelum turut masuk ke dalam rumah.
Hadi senyum sinis melihat kejadian yang berada didepan matanya. There is enemy in the blanket. Scissors in cloth. Prawn beside kepci.
_skip_
Amaya termenung sorang sorang dalam bilik. Izz takde. Dia pergi tolong daddy buat kerja.
Badannya berubah posisi menghadap balkoni. Dia pasti. Dia sangat pasti tadi dia ada ber-eye contact dengan Uncle Arlo. Sangat pasti sebab dia sempat nampak Uncle Arlo senyum dekat dia. Senyum yang penuh makna.
"Dia saja tembak aku ke?"
" Tapi kenapa dia nak tembak aku?" monolog dia seorang diri.
"Hah.. maybe dia tak sengaja kot. Terkejut tengok aku yang lawa ni sebab tu terlepas tembakan... Hm.. let's consider that as the reason. Sekarang aku nak jumpa Doo joon" aka hero Positively yours.
_skip_
Arlo melihat anak saudaranya yang sedang menyuap bubur kepada Naura. Dia mendekati dua beranak itu.
" Hai " sapanya lalu duduk dihadapan Izyan.
Izyan senyum kekok ke arah Arlo. "Hai uncle." tapi dibalas juga sapaan lelaki itu.
" Where's your husband?" Izyan mengerutkan dahi. The hell cari laki aku?!
" Kenapa cari Hadi?" Arlo memusingkan kepala kebelakang. Susuk tubuh Hadi menghiasi mata. Dia senyum.
" Just nak sembang sembang. Takkan Hadi nak suruh uncle sembang dengan Izyan pulak haha"
Hadi tidak memberikan apa apa reaksi sama seperti sewaktu sesi kenal kenal tadi. Dia berjalan ke arah isterinya dan memeluk pinggang Izyan.
" I'm not interested in chatting with you." dia terus mengangkat tubuh Naura dan meletakkannya mangkuk bubur ditangan Izyan lalu menarik pinggang isterinya itu berjalan keluar dari kawasan dapur.
"Shit!" carut Arlo. Dia turut sama naik ke biliknya selepas dibiarkan sorang sorang dua kali dalam sehari.
_skip_
Adam memasuki satu bilik yang berada dihujung tingkat dua itu. Pejabat Ehmad. Dulu kalau dia dekat sikit je dengan bilik ni mesti kena libas dengan tali pinggang.
Puih berhabuk yang amat!
Dia berada di rumah Ehmad untuk menyambung pencarian surat kesihatan Ehmad. Hari tu ada yang potong line. That's why..
Dia pergi ke bahagian buku buku yang dah tidak tersusun dan hampir semuanya dikoyak. Dia mencari disitu.
Tapi tak jumpa.
Dia berpindah ke meja Ehmad pula. Ada darah beberapa titik. Titik yang mempunyai keluasan yang besar. Bukan titik dah tu kalau saiz sebesar itik.
Dia membuka kesemua laci laci di situ tetapi tak jumpa apa apa. Ada satu sahaja laci yang berkunci.
Takde kunci?
Bukan masalah.
Dia menumbuk laci itu. Laci kayu itu pun patah dan berlubang dengan tumbukan Adam. Biasalah meja kayu ni dah lama memang bagitu.
Dia mengambil beberapa surat yang agak banyak di dalam itu dengan berhati hati. Reput nanti kang.
Setelah berjaya, dia meniliti surat tersebut. Mata dia mula membesar dan keningnya berkerut menyelak setiap isi surat surat itu.
" Hahahha.." dia gelak dan menepuk dahi sendiri. Tangannya itu menggosok belakang leher.
Hah... That's how you play huh?
Dia menyimpan kesemua surat tersebut dalam sebuah kotak hitam yang dibawa tadi. Kemudian, dia berjalan keluar dari situ dengan hati yang senang sambil bersiul siul.
Tinggal nak membunuh je.
Senyuman sinis terlakar diwajah.
YOU ARE READING
C || Amaya Edlyn
Humor𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam h...