"Norn, Lexu."
Dia iblis aku itu terus muncul di hadapan aku sebaik sahaja aku memanggil nama mereka. Badan mereka di tundukkan memberi kehormatan kepada aku.
Sebelum aku mulakan percakapan aku ini, aku melihat dahulu sekeliling untuk memastikan bahawa tiada orang di sini. Aku tidak mahu ada orang yang dengar termasuklah Nale.
"Aku ada sesuatu yang aku nak beritahu kau, jadi harap kau tak terkejut."
Dua orang itu hanya diam memandang ke arah aku. Rasanya sekarang mungkin masa yang tepat untuk memberitahu dua iblis bawahan aku ini tentang kejadian selama ini.
"Aku sebenarnya datang dari masa hadapan."
Dua orang itu terkaku di hadapan aku. Walaupun mereka tidak mengatakan apa-apa tetapi aku tahu bahawa mereka terkejut.
Mata mereka sahaja tidak melihat ke tempat lain setelah aku mengatakan hal itu. Mesti dia berasa pelik dengan apa yang aku katakan.
"Apa maksud cik?" Soal Norn.
"Maksud aku, aku datang dari masa hadapan kerana ada seseorang telah putarkan waktu untuk aku. Dan sebab kenapa aku berubah selama ini. Rasanya itu kau sedarkan?" Mata aku melihat Norn.
Mustahil dia tidak sedar aku berubah 5 tahun lepas. Dia adalah iblis yang sentiasa bersama aku sejak ibu pergi, jadi dia kenal bagaimana sikap aku selama itu. Jadi dia mesti hairan kenapa aku tiba-tiba berubah membenci Duke Kylo sedangkan dulu aku selalu cuba dapatkan perhatiannya.
"Itu..." katanya terhenti memandang ke arah Lexu.
Lexu pula hanya diam turut memandang pelik ke arah Norn. Nampaknya bukan senang untuk memberitahu mereka tentang hal ini.
Memutarkan masa adalah hal yang agak mustahil untuk dipercayai. Tidak pernah seorang pun berjaya lakukan sihir begitu tetapi kenapa putera Noir berjaya? Dan yang paling penting, kenapa dia lakukan untuk aku? Apa tujuan dia mahu selamatkan aku?
"Kalau begitu, kenapa cik mengatakan hal ini? Bukankah lebih baik cik tidak beritahu sahaja," ujar Lexu.
Aku terdiam seketika. Memang betul katanya lebih baik aku diam sahaja akan hal itu tetapi aku mesti juga beritahu mereka kerana merekalah penyebab penyesalan terbesar aku terjadi pada kehidupan pertama aku.
"Itu sebab aku tak nak korang mati lagi untuk aku."
Dua orang itu terkejut. Aku tidak tahu sama ada mereka mahu percaya atau tidak tetapi apa yang aku katakan adalah benar.
Di kehidupan pertama aku, Norn dan Lexu mati kerana cuba mempertahankan aku dari pecahan sihir akibat peperangan sihir yang cuba raja itu lakukan. Jiwa mereka berdua hancur dan itu bermaksud mereka memang tidak boleh dihidupkan lagi. Bagi puak iblis, walaupun mereka abadi tetapi kalau jiwa mereka hancur sepenuhnya mereka memang tidak akan dapat dihidupkan kembali. Jadi sebab itu aku menyesal.
Waktu itu aku sangat menyesal kerana telah menggunakan dua iblis aku itu. Norn dan Lexu telah hidup bersama aku sangat lama malah rapat dengan aku lebih dari keluarga Duke. Dan apabila aku kehilangan mereka, aku mula hilang akal.
Aku sudah tiada lagi orang yang boleh aku percaya. Waktu sekarang mungkin aku ada Nale tetapi dulu aku tiada sesiapa kecuali dua iblis aku ini. Jadi aku amat menyesal sehingga aku tidak boleh berfikir betul akan keputusan yang aku lakukan dan akhirnya aku pergi dari dunia ini.
"Aku semula ini agak susah untuk korang percayai, tetapi tolong untuk kali ini jangan korbankan diri korang untuk aku. Selemah mana pun aku, jangan sesekali korbankan diri korang untuk aku."
"Tapi cik, kami adalah iblis bawahan cik. Tugas kami untuk melindungi cik."
Aku mengeluh pasrah. Mereka memang berdegil dalam hal ini. Tidak tahulah kenapa mereka terlalu setia dengan orang seperti aku.
"Aku sanggup lepas korang dari ikatan perjanjian jiwa aku."
Kali ini aku nekad. Aku sanggup lepaskan perjanjian yang sudah lama terikat demi mereka berdua.
Tangan aku diangkat dan bersedia mahu melepaskan ikatan perjanjian itu namun terhenti apabila mereka berdua menahan tangan aku daripada berbuat begitu.
"Cik, walaupun kata begitu, kami berdua tidak mahu memutuskan ikatan itu," kata Norn membuat aku terkejut.
"Kenapa pula? Kau sudah lama bersama aku dan sudah sampai masa untuk kau bebas."
"Cik, kami memilih bersama cik kerana itu adalah pilihan kami sendiri. Kami tidak pernah dipaksa sesiapa," Lexu menjawab.
Pilihan mereka? Jadi terkorban untuk aku juga adalah pilihan mereka.
"Kenapa korang terlalu setia pada aku?" Soal aku.
Dari awal aku membuat perjanjian sama mereka, tidak pernah sekali mereka melanggar perintah aku. Kesetiaan mereka pada aku memang kuat.
"Bagi saya, cik seorang yang berbeza dari manusia lain. Ketika cik mengikat perjanjian dengan saya, cik tidak pernah sekali menyalah gunakan kuasa saya. Jadi sebab itu saya telah tekad untuk terus setia kepada cik," balas Lexu.
Kali pertama aku melihat Lexu mahu bercakap panjang begitu. Lexu boleh dikatakan sangat dingin berbanding dengan Norn, jadi agak jarang aku mendengar dia bercakap panjang.
"Saya juga begitu. Awalnya ini adalah tugas yang puan Delina amanahkan pada saya tetapi sekarang saya memang iklas mahu menjadi bawahan cik selamanya. Jadi biarkan saya tetap berada di samping cik," balas Norn pula.
Selama ini aku selalu berfikir bahawa Norn menjaga aku kerana itu adalah amanah tuannya dahulu iaitu ibu aku. Tetapi aku tak sangka rupanya selama ini dia memang iklas bersama kau. Bukan sebab amanah itu tetapi kerana dia memang sudah takad di hati sama seperti Lexu.
Mendengar jawapan daripada dua iblis ini entah kenapa membuat hati aku senang. Aku tidak sangka rupanya selama ini mereka memang iklas untuk setia bersama aku.
Bukan disebabkan ikatan perjanjian yang ada tetapi disebabkan oleh keikhlasan hati mereka sendiri. Jadi itu juga bermaksud di kehidupan lalu, mereka mengorban diri mereka kerana mereka memang mahu selamatkan aku.
"Cik, ini adalah permintaan terakhir kami. Biarlah kami bersama cik sehingga akhir hayat cik."
Mata aku melihat ke arah mereka lalu akh mengeluh pasrah. Kenapa agaknya aku mendapat bawahan yang sungguh setia begini?
"Kalau begitu baiklah. Tetapi jangan sesekali berkorban demi aku lagi. Itu adalah satu arahan," aku menegaskan kata aku.
Mereka berdua tersenyum lalu menangguk kepala. Aku sangat berharap dia masa hadapan mereka tidak akan melakukan hal yang sama lagi. Kalau mereka tetap melakukan hal itu, aku tidak aku sejauh mana aku boleh tahan atas penyesalan itu.
Aku mungkin akan hilang akal lagi dan akan menggila melepaskan segala sihir yang aku ada untuk musnahkan negara ini yang menjadi penyebab mereka mati.
Harap sahaja sejarah yang sama tidak akan berulang. Mereka adalah orang yang sangat aku percayai dan kalau mereka tiada maka sama sahaja aku sudah hilang kepercayaan aku kepada orang lagi.
Sebelum last cp utk season 2 keluar, aku nak tanya korang siapa watak kegemaran korang selain Irene dan kenapa?
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...