cp 187

1.6K 249 23
                                    

"Maafkan saya, Delina," tiba aku terdengar suara tuan Ryzel.

Mata aku melihat ke arah bayangan tadi dan di sana aku melihat sosok tuan Ryzel menangis sambil memeluk ibu. Bukan sahaja tuan Ryzel malah ibu juga turut begitu. Aku tidak faham kenapa dia begitu?

"Tolong jangan tinggalkan saya, Ryzel," ucap ibu.

"Saya tidak boleh. Saya terpaksa lakukan semua ini. Ini demi masa depan awak juga."

Jangan kata ini adalah memori ketika mereka berdua terpisah atas arahan raja iblis dulu kepada tuan Ryzel. Aku ingat lagi dulu, aku pernah dapat memori ibu menangis merayu supaya tidak ditinggalkan oleh tuan Ryzel.

Jadi begini rupanya siatuasi sebenar. Tidak sangka ianya lebih menyakitkan melihat secara langsung kejadian itu dihadapan mata. Mesti tuan Ryzel selalu menyimpan memori ini kerana di sinilah bermulanya titik kehancuran kebahagiaan mereka.

"Kalau awak pergi sekali pun, saya akan tetap dalam bahaya. Saya boleh lihat semua itu. Apa awak mahu lihat kebahagiaan kita hancur begitu sahaja?" Suara ibu keras cuba untuk memberhentikan tuan Ryzel.

"Delina, saya janji. Satu hari saya akan kembali dan bawa kebahagian itu. Jadi untuk kali ini sahaja, lepaskan saya."

"Tak, awak tak akan buat begitu..."

"Percayalah ini janji saya. Walau dunia ini hancur saya akan cari awak."

Sedih mendengar janji itu keran aku tahu sampai akhirnya pun janji itu tetap juga tidak kecapaian. Ibu pergi sebelum tuan Ryzel sempat menemuinya.

Agak-agaknya apa reaksi tuan Ryzel akan hal ini bila dia ingin berjumpa sama ibu tetapi ibu sudah tiada. Yang dia jumpa hanyalah aku. Mesti aku sedih tetapi dalam masa yang sama dia terpaksa melihat sosok wanita yang dia cintai berada dalam diri aku.

Entah kenapa aku merasa bersalah walaupun memang bukan salah aku. Kalau ibu pula, rasanya dia maafkan atau tidak tuan Ryzel berbuat begitu sekarang?

"Ibu sentiasa maafkan ayah kamu."

Aku terdengar suara wanita di belakang aku. Aku cuba menoleh namun terhenti apabila satu tangan memeluk lembut aku dari belakang.

Tangan itu putih dan cahaja. Aku juga dapat melihat rambut perang jatuh memanjang ke bahu aku. Rasanya aku tahu siapa sosok itu.

"Ibu."

Tangan aku menyentuh tangannya yang terasa sungguh sejuk. Pelukan itu memang terasa nostalgia. Walaupun selama ini ibu berada di dalam diri aku tetapi dia tidak boleh keluar menampakkan dirinya selalu.

Kali terakhir aku melihat dia adalah ketika aku mengetahui kebenaran tentang tuan Ryzel. Dan selepas itu tidak pernah sekali dia muncul lagi. Hanya suara yang boleh aku dengari.

"Walaupun dia tinggalkan ibu dahulu, tetapi dia tidak pernah sekali pun lupakan ibu dan kamu. Malah ketika dia tahu ibu pergi kerana kamu, dia tidak pernah salahkan kamu dan terus anggap kamu anak dia."

Kata-kata ibu itu seakan membuka hati aku. Kenapa agaknya ibu mempunyai hati yang sungguh mulia? Dia seakan tahu bahawa tuan Ryzel seorang yang setia.

"Ibu masih berharap ke untuk kita bertiga hidup bersama?" Soal aku.

"Ibu sentiasa berharap tetapi kadang-kala tidak semua benda yang ibu nak akan ibu dapat. Jadi sekarang ibu hanya berharap untuk kamu dapat kebahagiaan kamu sahaja."

Aku tersenyum nipis. Suara lembut itu memang menenangkan hati aku. Dia selalu berharap yang terbaik untuk aku walaupun aku kelihatan mustahil untuk mencapainya.

Aku memusingkan badan aku untuk melihat sosok ibu aku itu. Wajah wanita itu memang tidak pernah berubah sejak kematiannya dahulu. Mungkin sebab dia bukan lagi manusia jadi dia tidak akan tua seperti aku ini.

Tangan wanita itu dipegang oleh aku lalu digenggam kuat. Dengan ini, aku ingin berjanji sesuatu dengannya. Sama seperti mana tuan Ryzel lakukan.

"Ibu, mungkin bukan sekarang tetapi Irene akan berjanji mencari kebahagiaan itu. Waktu itu, Irene nak ibu lihat Irene menetapi janji ini," ujar aku sambil tersenyum.

Memang bukan sekarang kerana aku harus musnahkan semua yang hancurkan hidup aku ini tetapi aku yakin satu hari nanti aku akan menemui kebahagiaan yang aku inginkan.

Wanita itu tersenyum lalu satu pelukan hangat hadir daripadanya. Dia mengusap perlahan rambut aku sama seperti dia selalu lakukan dahulu.

"Ibu akan lihat. Bukan ibu sahaja malah ayah kamu juga akan lihat. Kami doakan kamu mendapat kebahagiaan itu walaupun tanpa kami."

Lalai aku mendengar suara itu, sehingga aku tidak sedar bahawa air mata aku mengalir ke pipi. Aku terharu kerana akan tetap mempercayai aku.

Kalau tuan Ryzel ada di sini, mungkin dia juga akan mempercayai aku. Mereka adalah yang keluarga terbaik untuk aku. Aku cemburu melihat orang lain mempunyai keluarga yang indah sedangkan keluarga aku adalah yang terbaik untuk aku.

Mereka tiada disamping aku tetapi aku dapat rasakan bahawa mereka akan selalu ada untuk aku. Bukan itu sahaja, mereka juga siap melindungi aku dan berharap yang terbaik untuk aku.

Ya, mereka adalah yang terbaik. Ibu bapa yang aku inginkan, ibu bapa yang membuat aku disayangi dan ibu bapa yang sentiasa menyayangi aku. Hanya mereka yang ada semua itu.

"Irene, jagalah diri kamu. Ibu akan selalu melihat kamu, jadi jagalah diri kamu," ujarnya sebelum mencium dahi aku dan hilang semula menjadi debu.

Aku agak sedih namun sedikit gembira melihat dia pergi. Sekurangnya aku dapat melihat sosok yang aku sayang walaupun hanya seketika. Aku tidak akan minta banyak kerana bersyukur bahawa dia dapat munculkan dirinya lagi.

Badan aku dipusingkan menuju ke arah bebola cahaya tadi. Cahaya ya sudah menghilang dan bayangan aku juga turut begitu. Rantai serta anting-anting yang ada di atas bebola itu diambil oleh aku lalu terus aku menggengamnya.

Dua benda ini adalah bukti satu hari nanti semua dendam yang ada dalam diri aku akan terbalas. Aku tidak kisah sebanyak mana aku harus berkorban asalkan aku dapat apa yang aku mahu.

Dan selepas itu akan cari kebahagiaan aku. Mungkin sekarang aku masih tidak tahu apa erti kebahagiaan dalam hidup ini tetapi menjelang waktu aku mungkin tahu juga.

Apabila sampai waktu itu, aku harap aku sudah boleh menerima segalanya dan semua keseksaan yang aku hadapi akan berakhir.

Aku lakukan semua ini bukan untuk aku sahaja tetapi untuk ibu aku juga. Itu adalah janji aku maka aku harus menetapinya. Sama juga bermaksud aku tidak boleh tumbang selama aku masih belum menetap janji itu.

Aku kena kuat. Tidak boleh lemah dan yang paling penting, jangan biarkan sesiapa mengawal aku sebagaimana yang berlaku pada kehidupan pertama aku.

Semua keseksaan aku bermula di sana maka aku akan cuba mengelakkan selama aku cuba mencapai janji aku. Tetapi sebelum aku mencapai janji itu, aku harus berterus terang dahulu.

Berterus terang atas apa yang terjadi selama ini kenapa orang yang harus aku beritahu. Mereka berhak mengetahui semua itu sebelum mereka melakukan hal yang sama juga buat kali kedua. Aku tidak mahu berasa menyesal kehilangan mereka buat kali kedua.

Memandangkan season 2 dah nak tamat, jadi aku nak tanya korang scena mana paling best yang korang akan baca banyak kali dan kenapa?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Memandangkan season 2 dah nak tamat, jadi aku nak tanya korang scena mana paling best yang korang akan baca banyak kali dan kenapa?

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now