"Darah iblis."
"Darah iblis! Macam mana boleh jadi macam tu pula?" Aku terkejut.
Sekarang ni kami tengah bercerita tentang batu sihir tetapi apabila Sariel mengatakan bahawa rantai aku daripada darah iblis, memang sah aku terkejut. Apa kena-mengena batu sihir dengan darah iblis?
"Kau tahukan, asal usul batu sihir adalah sihir kesucian dan mustahil untuk kau yang ada sihir kegelapan gunakannya. Jadi takkan kau tak rasa pelik macam kau boleh gunakan rantai itu tanpa membahayakan sihir kau," bicara Sariel.
Ada betulnya juga. Selama ini aku juga tidak pernah gunakan batu sihir kerana adanya sihir kesucian dalam batu itu. Tetapi aku tidak tahu pula tentang rantai ini.
Sebelum aku gunakan rantai ini, aku dapat rasakan satu aura sihir kegelapan yang kuat. Awalnya aku fikir batu sihir di rantai ini memang batu sihir kegelapan, jadi sebab itu aku tidak kisah sangat apabila menggunakannya.
"Jadi macam mana batu sihir ini boleh berfungsi pada aku?"
"Itu gunanya darah iblis. Aku rasa ayah kau tukar mantera di dalam batu itu menggunakan darah dia. Itu satu yang agak mustahil untuk dilakukan tetapi tidak untuk lelaki itu. Kalau dia memang sudah sayangkan kau, mati sekali pun dia tetap akan cuba tolong kau."
Aku sedikit tersenyum mendengar kata itu. Tidak sangka bahawa dia sanggup begitu sekali sama aku walaupun dulu aku tidak tahu siapa dirinya sebenarnya.
Aku tidak faham kenapa agaknya dia sorokkan bahawa dia adalah ayah aku sedangkan dia sanggup berbuat sampai begini hanya untuk menyelamatkan aku. Apa yang sebenarnya dia ingin lakukan?
"Seingat aku, batu begitu boleh simpan memori. Kau pernah cuba lihat ke?" Soal Sariel.
"Simpan memori?" Aku tidak faham.
"Itu pun kau tak tahu ke? Batu sihir ini boleh simpan memori seseorang itu dan boleh dilihat dengan satu alat sihir. Ianya sama sahaja dengan konsep batu memori."
Aku tidak tahu pula semua itu. Selama ini aku pakai kerana ini adalah hadiah terakhir dari tuan Ryzel tetapi tidak tahu pula ada tersimpan memori di sini.
"Bagaimana alat yang kau katakan tu?" Aku menanyakan tentang alat itu. Kalau aku mahu lihat memori itu maka aku mesti tahu alat yang dimaksudkan.
Sariel mengangkat tangannya lalu muncul bayangan satu alat yang berbentuk bebola permata berwarna putih. Saiz benda itu hampir sebesar kepala manusia.
"Ini alatnya tapi alat ini adalah alat kuno yang mungkin sudah tiada."
Melihat benda itu membuat aku seakan teringat aku sesuatu benda. Benda bulat berwarna putih itu aku pernah lihat tetapi dimana ya. Aku cuba berfikir, fikir dan fikir.
Dan secara tiba aku teringat sesuatu. Ya, aku memang pernah lihat benda itu dulu. Tidak salah lagi benda itulah yang aku nampak.
Aku mula berdiri dan bersedia untuk telepotasi balik ke menara sihir.
"Sariel, aku kena pergi dulu," kata aku sebelum meninggalkan dewi itu.
Tidak sampai seminit, aku terus sampai di perpustakaan menara ini. Tangan aku dengan pantas mengambil satu buku berwarna putih dan muncul satu laluan rahsia. Itu adakah laluan pergi ke bilik kerja rahsia ibu aku dulu.
Terbuka sahaja laluan itu, aku terus melangkah masuk. Lilin dan menerangi laluan itu terbuka sendiri apabila aku melangkah masuk dan sesampai ruang kerja itu, aku pergi ke meja di penjuru bilik.
Kain putih yang menutupi meja itu ditarik oleh aku dan berterbangan debu ke udara. Aku sengaja letak kain putih itu supaya debu tidak mengena meja itu tetapi tak sangka pula sampai banyak ini debunya. Aku sampai terbatuk dengan debu itu.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...