cp 182

1.5K 256 10
                                    

Kaki aku menginjak tanah di hutan tempat berlakunya pembantaian beberapa hari lepas. Aku dan Nale sama-sama ke sana untuk memeriksa adakah apa yang kami fikirkan adalah betul atau salah.

Aku berjalan menuju ke khemah yang ditinggalkan di situ. Melihat dari segi tempat ini, rasanya belum ada orang yang sampai sini. Tidak ada atau pun benda bergerak selepas kejadian malam itu.

Pelik juga. Tak kan raja itu tidak tahu ataupun dia memang tidak menghantar seseorang untuk memeriksa tempat ini. Semakin aneh pergerakan raja itu beberapa bulan ini. Pergerakannya agak sukar untuk aku baca. Semua dirancang dengan teliti dan tidak seperti dulu lagi.

Di dalam khemah bekas pengawal itu, mata aku memandang sekeliling mencari apa sahaja yang boleh dijadikan bukti aktiviti yang dijalankan di sini. Kaki aku bergerak ke arah meja di khemah itu dan aku terus mengambil beberapa helai kertas yang ditinggalkan berselerak di sana.

Di dalam kertas itu tertulis senarai nama orang yang sungguh banyak. Seingat aku pengawal yang menjaga kawasan ini bukannya banyak sangat seperti yang tertulis di dalam kertas ini. Nama dalam kertas ini sangat banyak dan agak mustahil untuk di sorokkan keberadaannya.

Jadi mustahil malam itu aku tidak melihat mereka ini. Tetapi malam itu aku memang tidak melihat mereka melainkan hanya para pengawal yang menjaga kawasan ini. Senarai nama ini memang ada sesuatu yang disorokkan.

Kertas itu diletakkan kembali ke tempat asal lalu aku cuba mencari bukti lain lagi. Aku menemui satu buku sihir yang tersimpan di bawah meja ini. Ini adalah buku sihir ritual. Apa buku ini buat di tempat ini?

Pelik sungguh apa yang tersorok di sini. Awalnya aku jumpa senarai nama dan sekarang buku sihir. Apa sebenarnya terjadi di sini?

Aku mengeluh pasrah lalu aku mula berjalan keluar dari khemah itu. Aku menuju ke arah Nale yang sedang cuba melakukan sihir di siti. Sekarang dia cuba memeriksa kehadiran roh manusia di sini. Itu adalah sihir yang hanya dia boleh lakukan.

Kalau aku boleh hidupkan mayat maka dia boleh berbicara dengan mayat. Teknik sihir kami berdua tidak jauh beza tetapi memiliki keunikan tersendiri.

Setelah beberapa saat berdiri di situ, akhir dia menoleh kembali ke arah aku dengan muka yang agak serius. Rasanya dia sudah dapat jawapannya.

"Bagaimana?" Soal aku.

"Saya dapat rasakan kehadiran banyak mayat di sini. Mereka semua dibunuh secara serentak."

Kalau secara serentak itu, rasanya itu tidak salah lagi adalah pengorbanan manusia dan boleh jadi juga senarai nama aku jumpa tadi adalah nama manusia yang dikorbankan di sini.

Mengikut senarai nama tadi, hampir 100 orang terlibat dan itu bermaksud 100 orang sudah mati di sini. Raja itu memang sudah melampau. Dia telah membunuh 100 orang manusia hanya untuk panggil haiwan spirit.

Nampaknya sikap keperimanusian dia sudah hilang ditelan dengan ketamakan yang tidak pernah cukup. Kalau terus begitu, aku tidak terkejut kalau separuh dari penduduk negara ini akan lenyap dalam satu malam sahaja.

"Kakak, saya bukan sahaja merasai kehadiran mayat di sini tetapi saya juga dapat rasakan kehadiran haiwan spirit yang lain. Bukan haiwan spirit yang kita jumpa hari itu tetapi haiwan spirit yang berbeza."

"Apa!" Aku terkejut mendengar kata itu.

Jadi yang aku jumpa pada malam itu bukan yang sepenuhnya. Berapa banyak dia telah panggil haiwan spirit datang ke dunia manusia? Lelaki itu memang cuba mencabar keseimbangan dunia sekarang.

Kalau semakin banyak haiwan spirit dipanggil ke dunsi manusia maka keseimbangan dunia ini akan menurun. Dan kalau semakin lama, maka akan berlaku satu bencana yang tidak diingini.

"Kamu dapat kesan berapa yang dipanggil tak?"

"Saya tak dapat sepenuhnya tetapi saya dapat rasakan ada dua yang masih hidup sekarang."

Dua sahaja sudah cukup banyak. Kalau dicampurkan dengan yang dibunuh oleh Name hari itu sudah empat. Tetapi itu hanya angka yang boleh dia tahu. Aku masih tidak tahu lagi kalau dia ada panggil yang lain ditempat lain pula. Orang tua yang menyusahkan betullah.

"Rasanya lelaki itu tahu bahawa akan salah satu markas dia dimusnahkan nanti, jadi dia pindahkan dua haiwan itu ke tempat lain. Tetapi dimana tempat itu?" Keluh aku akan masalah ini.

"Apa kata kita cuba periksa gua tempat batu sihir itu tersimpan dahulu? Mana tahu kita dapat maklumat di sana," cadang Nale.

"Kalau begitu baiklah," aku setuju.

Kami berdua mula berjalan menuju ke gua tersebut dan sesampai di sana, aku tidsk langsung merasakan aura batu sihir itu. Kaki aku terus memasuki gua itu dan apa yang aku jangkakan memang berlaku.

Batu sihir di dalam gua itu sudah tiada. Nampaknya raja itu memang tidak kisahkan markas tadi tetapi dia kisahkan batu ini. Jadi sebab itu dia ambil batu ini dahulu.

Aku juga boleh nampak kesan tapak kaki di sekeliling gua ini. Kesannya kelihatan masih baru bermakna orang yang dihantar itu mungkin sampai beberapa hari lepas.

"Hari tu, kamu periksa tempat ini, banyak ke batu sihir yang mereka ada?"

"Ada dua kotak kayu penuh tetapi itu hanya batu sihir yang tidak berapa kuat."

Dua kotak kayu itu cukup banyak tetapi untungnya bukan batu sihir yang kuat. Mungkin raja itu agak susah menjumpai batu sihir yang kuat pada masa sekarang, jadi dia gunakan batu sihir yang ada sahaja.

Tap... Tap... Tap...

Tiba aku terdengar bunyi hentakan kaki. Aku dan Nale saling memandang lalu kami terus menelepotasikan diri kami pergi ke atas gua itu. Kami tidak boleh biarkan diri kami terdedah dengan orang luar. Boleh jadi orang yang datang tadi adalah pengawal.

"Jadi apa kakak nak buat sekarang?" Soal Nale.

Aku sebenarnya masih ingin menyiasat tempat ini tetapi keberadaan orang yang datang tadi mengganggu aku. Rasanya aku hanya boleh balik buat masa sekarang.

"Kita ba-" kata aku terhenti apabila kau terdengar suara hentakan kaki yang kuat dan banyak menuju ke arah gua itu.

Mata aku memandang ke arah kami datang tadi dan tiba aku melihat terdapat hampir 10 orang pengawal datang lengkap berpakaian baju besi mereka. Apa mereka datang sini untuk menangkap aku?

Sayangnya aku sudah mahu balik sekarang. Mungkin lain kali sahaja.

Teng! Teng! Tang!

Aku mendengar suara pedang saling berlanggar. Mata aku memandang sekilas ke arah pengawal tadi yang sedang berlawan sama 2 orang lelaki.

Tunggu dulu!

Cara berperang dua orang lelaki itu kenapa kelihatan tidsk asing. Terutama sekali lelaki yang berjubah hitam itu. Itu adalah teknik berpedang yang pernah aku lihat dahulu. Tepatnya ketika kejadian majlis malam itu.

Teknik yang ringan namun pergerakan yang laju dan licik. Di negara ini hanya ada satu orang yang aku kenal memiliki teknik berperang yang sangat bagus begitu.

Jangan cakap itu adalah...

"Putera Noir."

Irene dan Noir akan bertemu lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Irene dan Noir akan bertemu lagi.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now