Mata aku membaca satu persatu maklumat yang aku dapat daripada penyerangan haiwan spirit yang aku dan Nale lakukan beberapa hari lepas. Melalui maklumat itu, aku dapati ada satu hal yang aneh.
Aku tidak tahu bagaimana raja itu mendapat kekuatan sihir untuk memanggil haiwan spirit. Ritual pemanggil bukanlah hal yang senang malah sangat susah untuk orang yang lemah sihir sepertinya.
Jadi disini memang aneh bagaimana dia boleh memanggil bukan satu tetapi 3 haiwan spirit tingkat tinggi. Nale sahaja hanya boleh panggil satu iaitu Towser.
"Nale, untuk kekalkan haiwan spirit di dunia ini, mereka perlu makan mana yang banyakkan?" Soal aku.
"Ya, tetapi ada yang tidak seperti Demy," balasnya sambil melihat Demy yang berbaring di lantai itu.
Demy aku faham kenapa tidak. Hal itu kerana Demy adalah haiwan spirit istimewa yang datang bukan sebab dipanggil tetapi dibuang. Kalau dibuang bermakna dia boleh hidup sendiri tanpa mengharapkan makanan dari orang lain.
"Kamu tak rasa pelik ke bagaimana orang tu dapat panggil semua haiwan spirit tingkat tinggi dengan mudah?"
"Saya juga rasa pelik. Semua haiwan itu tingkat tinggi dan mungkin lebih tinggi dari Towser. Mereka memerlukan mana yang banyak untuk menjaga haiwan itu."
Mana umpanan makanan kepada haiwan spirit dan itulah kenapa ramai penyihir tidak mahu memanggil haiwan spirit. Mereka takut mana mereka akan diserap oleh haiwan itu selama mereka hidup. Kalau mana sudah tiada, itu bermakna hidup mereka akan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa boleh mati.
Tetapi untuk kes ini rasanya para penyihir tidak masuk campur. Mereka mesti tahu akibatnya, jadi bermaksud raja itu ada cara lain untuk memanggil haiwan spirit itu.
"Tapi kakak, saya pernah baca yang haiwan spirit tidak semestinya hanya makan mana tuan dia sahaja. Dia juga boleh makan mana orang lain," bicara Nale.
"Bagaimana itu?" Aku tidak faham. Aku bukannya arif sangat tentang haiwan spirit.
"Makanan utama haiwan spirit adalah mana. Kalau tuan haiwan itu tidak mahu berikan mana kepada haiwan itu, haiwan itu boleh ambil daripada orang lain. Asalkan seseorang itu ada mana maka dia boleh makan," terangnya.
Jadi disini syarat menjaga haiwan spirit tidak hanya untuk tergantung pada tuan itu sendiri tetapi boleh juga jadikan orang lain untuk memberi makan. Itu kedengaran sangat kejam. Membiarkan orang yang tidak terlibat masuk campur dengan hal sendiri.
"Haiwan spirit tingkat tinggi perlukan mana yang banyak. Bukan sahaja untuk diberi makan tetapi untuk memanggilnya sahaja sudah mengambil separuh daripada mana tubuh seorang manusia itu," bicaranya lagi.
Aku menyandar di kerusi ini memikirkan hal itu. Kejadian ini sangatlah aneh. Bagaimana mereka memanggil haiwan spirit tingkat tinggi itu kalau mana mereka sangat lemah. Malah aku rasa Duke Kylo sendiri juga agak mustahil untuk memanggil haiwan itu dengan mananya sendiri.
"Tidak semua manusia ada mana yang cukup untuk memanggil haiwan spirit," ujar aku.
"Saya juga rasa kita perlukan 10 orang menusia untuk panggil haiwan itu. Untuk seorang manusia yang lemah sihirnya memang agak mustahil."
Itu sangat betul. Kalau untuk Nale memang dia dapat kerana tubuh dia ada mana yang tidak akan habis. Lagi pula dia bukan manusia, memang sah dia ada mana yang sangat banyak berbanding makhluk lain.
Tapi untuk kes ini bagaimana mereka dapatkan mana yang banyak. Tak kan mereka kumpul sepuluh manusia untuk panggil haiwan itu. Itu sangat mustahil kerana syarat ritual pemanggil hanya seorang yang dibenarkan melakukannya.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...