(◍•ᴗ•◍)❤ AE 24

1.1K 71 2
                                    

" Mana mana mana?!!" Terlompat kecil Liana setempat di situ. Excited sangat nak jumpa Kak piya dia.

Amaya memanjangkan leher tapi still tak nampak sebab dia pendek. 159 cm.. haihh.. redho jelah.

" Ha tu! tu!" Liana menunjuk ke arah seorang perempuan yang nun jauh di sana.

Perempuan itu berniqab dan berjubah babyblue dan baru sahaja dilanggar oleh seseorang. Dah langgar tak minta maaf pulak tu. Nak kena dia ni!

Liana mengepal penumbuk lalu menarik tangan Amaya yang masih tercari-cari keberadaan Kak piya.

" Assalamualaikum kak Piya!" laung Liana beberapa langkah dari Kak Piya.

Terhinjut bahu Kak Piya mendengarnya.

" Huwaaa! Kak Piya tantekk!!!" jerit Amaya pula dah nampak Kak Piya. Dia kan tak tau malu.

Kak Piya menggeleng kepala melihat dua orang perempuan itu. Haih.. apalah dosa aku dapat kawan gitu.

Dia menanti ditempat dia berdiri. Biar Amaya dan Liana je yang berjalan, dia malas nak bukak kaki.

" Kak Piya! Kak Piya sihat?!" tanya Liana dihadapan muka Kak Piya dengan suara yang kuat.

Kak Piya mengangguk dan meletakkan jari di mulut Liana. Ramai orang yang lalu lalang melihat mereka.

" Slowkan suara Aish.." tegur dia. Mereka berpelukan seketika lalu berjalan menuju ke Subway untuk alas perut.

" Tadi kenapa Kak Piya tak marah je perempuan yang langgar Kak Piya tadi?" tanya Liana dengan wajah cemberut.

Kak Piya tersenyum nipis disebalik niqabnya. "Biarlah. Bukannya akak gedebuk jatuh pun..." ujarnya lalu menyelak sikit kain niqabnya ke tepi untuk makan sandwich Subway. Lapar do..

" Tapi still.." Kak Piya mengangkat tangan suruh berhenti bercakap sebab Liana makan sambil bercakap. Tersembur pula tu. Dia memeriksa sekiranya tudungnya terkena sayur yang terkeluar dari mulut Liana tadi. Ingat dia tak nampak?

Liana memasamkan muka. Amaya tergelak kecil dengan gelagat mereka.

" Kak Piya nak duduk berapa lama dekat sini?" soal Amaya. Sejak tadi dia tunggu turn nak cakap.

" Akak tak tau lagi. Ikutlah. Kalau akak rasa nak stay sini lama sikit, akak staylah." jawab Kak Piya.

" Mia..."

Amaya dan Liana menoleh memandang belakang mereka. Kak Piya pula mengangkat kepala.

Izz and the geng.

"Abang? Abang buat apa dekat sini?" tanya Amaya. Terkejut tiba tiba orang hensem ni muncul.

" Aaron?"

Aaron tersengih. " Kanda ikut Izz." jawabnya.

Izz menunjukkan beg sandang Amaya dan meletakkannya di riba isterinya itu. Dia mengambil tempat di meja bersebelah dengan meja isterinya.

Dia melirik ke arah perempuan dihadapan Amaya kemudian memandang Amaya. Kening diangkat sebelah tanda "siapa ni?"

" Ouh ni.. Kak Piya. Awfiyya Nafeesa. Akak.. ni suami saya, Izz telur dadar i mean Izz Haidar." terlepas cakap pulak. Renungan Izz diabaikan.

Kak Piya memandang ke arah lelaki itu dan mengangguk sekali tanda hormat. Mereka pun berbuat benda yang sama.

Dan tiba tiba senyap.

Mereka tak biasa dengan perempuan bertudung litup siap purdah lagi. Sebab tu diam je.

"Macam mana boleh kenal?" tanya Izz. Dia mengambil satu sandwich yang baru sahaja diletakkan oleh Adreann.

" Sayang dm kak Piya, tanya pasal tudung. Lepas tu jadi kawan. Kak Piya selalu ajar kitorang tutorial tudung. That's why boleh rapat."

Mereka mengangguk.

" Thank you." ucap Izz. Syukur. In Syaa Allah lepas daripada menanggung dosa Amaya dalam bab aurat pemakaian.

Kak Piya mengangguk.

" Yang sebelah Izz tu pula bakal suami Aish. Nama dia Aaron Davis." Liana menunjuk ke arah Aaron yang dah terbatuk batuk. Tersedak roti mungkin.

" Ehem ehem.. saya Aaron. Bakal suami Liana." katanya lalu meminum air untuk hilangkan perit tersedak.

" Saya Zayne. Zayne Fateh." Zayne memperkenalkan diri sendiri memandangkan tak ada sesiapa yang nak tolong perkenalkan dia.

" Saya pula Adreann Zayqi. Panggil Adreann."

Kak Piya mengangguk tanpa melihat ke arah mereka dengan senyuman nipis yang tidak kelihatan.

" Nama saya Awfiyya Nafeesa." walaupun Amaya dah perkenalkan dia tadi, dia nak perkenalkan diri lagi sekali sebab tak tau nak balas apa.

" Em.. sorry. Akak kena pergi sekarang. Owner rumah dah mesej. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi eh?" Kak Piya bingkas bangun dari duduk turut sama dengan mereka yang lain.

Pelanggan yang lain tengok semacam terkejut bila kerusi ditolak serentak macam tu.

" Okeylah kalau macam tu. Hati hati." pesan Amaya sebelum memeluk Kak Piya.

" Hiks.. hiks... Bye Kak Piya.. nanti mesej lah Aish. Ajak jumpa." kata Liana dalam pelukan Kak Piya.

Geleng kepala Aaron dibuatnya. Cengeng!

Kak Piya menggosok belakang Liana. " Jagakan Aish ye Aya?" pinta Kak Piya. Sempat dia berbisik sesuatu di telinga Liana sebelum pergi meninggalkan mereka.

Tergelak Liana dengan kata kata Kak Piya tadi.

_skip_

" Long." panggil Liana kepada Liyyan yang tengah melayan Shin Chan di sofa.

" Hmm"

" Kak Piya dah balik." Liyyan mengerutkan dahi.

" Kak Piya kata jaga jaga bawah katil. Tengok ada orang ke tak." Liana terkekeh ketawa. Pesanan dari Kak Piya tadi serius kelakar. Lain macam.

" Kak Piya mana pulak?" tanya Liyyan.

" Abang ni amnesia ke? Kak Piya, Awfiyya Nafeesa."

Liyyan bingkas bangun mendekati adiknya. Bahu Liana dicengkam tak berapa kuat.

" Bila dia balik? Dia dekat mana sekarang? Macam mana kau boleh jumpa dia? Asal tak roger aku?" bertalu talu persoalan dilontarkan ke arah Liana.

Terkebil kebil Liana yang nak menjawabnya.

" Tadi. Tak tau. Airport. Tak nak." jawabnya untuk soalan Liyyan satu persatu.

Liyyan melepaskan bahu Liana dan pergi naik ke bilik.

Liana menjeling abangnya. Sebut nama Kak Piya je gelabah satu badan. Apa masalah abang dia seekor ni?

_skip_

"Abang tak rasa nak cari ibu ke?" tanya Amaya sedang dia dan Adam duduk tengok kartun di sofa. Singgah rumah abang Adam hari ni yuhoo! Izz tengah kerja.

Adam melihat adiknya ditepi kemudian menoleh semula ke arah tv. "I want to but i don't know if i can stand it."

" Stand what?"

" Seeing mother face. I think it would hurt me." katanya dengan nada sedih.

Dia berumur 7 tahun ketika dirinya ditinggalkan oleh ibunya. Seorang pun taknak jaga dia. Dahlah adik dia awal awal lagi dihantar ke rumah anak yatim. Lebih tepat lagi dibuang. Dia dikurung di dalam rumah selepas itu.

Amaya memandang Adam dengan pandangan yang biasa. Kalau aku jumpa perempuan tu.. aku nak tau kenapa dia buang aku.

" What is her name?" soal Amaya. Dia tak kenal siapa ibu dia. Kot kotlah Adam tau.

Adam menggeleng. "I can't remember. Only her face." Ya.. dia hanya tau muka ibunya.

" I want to know bout her."

" So let's go to Ehmad Amin's old house." sambung Amaya.

Adam mengangguk. Nasib baik dia ingat lagi rumah lamanya yang sekarang tiada penghuni.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now