Tangan aku menggendong musang ini menuju ke bilik kajian di menara ini. Hari ini aku mahu cuba mencari tahu tentang ibu melalui haiwan ini jadi aku bawanya ke sini.
Tangan aku melepaskan musang tersebut ke atas meja di bilik itu lalu mata aku melihat ke arahnya. Aura sihir yang dia keluarkan memang kuat. Mesti dia juga kuat ketika berada di alam ilusi dahulu. Aku tidak tahu kenapa para dewa membuang Demy ini.
Adakah dia berbuat salah atau dewa itu tidak mahu hadir satu kuasa yang sangat kuat di alam ilusi? Aku memang tidak faham apa yang kata dewa fikirkan.
"Jadi Demy, macam mana kau jumpa dengan ibu aku?" Soal aku.
Demy yang menjilat tangannya menggunakan lidah itu menoleh ke arah aku. Sekarang aku tidak tahu, dia ini musang atau kucing buat begitu.
"Demy kenal puteri ketika Demy hampir dimakan oleh haiwan yang besar di hutan salji. Puteri selamatkan Demy waktu itu."
Penjelasan yang terlalu singkat. Susah untuk aku cari maklumat lain. Mungkin aku boleh tanya dia soalan lain.
"Waktu kau jumpa ibu, dia seperti mana?"
"Puteri nampak muda macam budak-budak sahaja."
Kalau macam budak-budak itu bermaksud mereka berdua berjumpa ketika ibu masih kecil. Cukup lama sudah itu. Kagum aku dia masih ingat ibu.
"Demy juga ada jumpa seorang wanita bersama dia waktu tu."
"Wanita? Siapa? Bagaimana rupa dia?" Bertalu aku menanyakan soalan.
"Dia ada rambut hitam dan kelihatan sungguh dewasa. Demy fikir dia mungkin ibu kepada puteri," balas musang itu dengan teragak-agak.
Rambut hitam dan kelihatan dewasa, itu adalah rupa paras wanita yang aku lihat rumah agam lama itu dahulu. Kalau teori aku tak salah, rumah itu adakah rumah tempat ibu dibesarkan dan wanita rambut hitam itu adalah ibu kepada ibu.
Bukankah itu bermaksud wanita dalam lukisan itu nenek aku. Tetapi kenapa muka mereka berdua tidak sama langsung, malah sungguh jauh bezanya. Dan satu lagi yang membuat aku tertanya ialah apa yang dibicarakan oleh wanita itu kepada ibu dalam memori aku.
Dia kata dia akan buat apa sahaja demi ibu. Badannya waktu itu kelihatan gelisah seakan ada sesuatu terjadi. Apa yang terjadi sebenarnya?
Terlalu banyak misteri kelahiran ibu yang aku tidak tahu. Kalau betul wanita dalam lukisan itu adalah nenek aku, maka aku hak itu mengetahui semua itu.
Aku yakin, ibu memberikan aku memori begini kerana dia mahu aku tahu rahsia yang dia simpan tetapi dia tidak sempat memberitahu aku. Bagi aku, hidup ibu sungguh misteri. Banyak perkara aku tidak tahu tentang dia walaupun dia adalah ibu aku sendiri.
"Demy nak tanya, puteri masih ada mimpi buruk ke?" Tiba dia menyoal.
"Mimpi buruk?" Aku tidak faham.
"Dulu Demy selalu lihat mimpi puteri dan Demy selalu lihat dia bermimpi buruk. Hampir setiap malam dia begitu sampai satu hari wanita yang bersamanya memberikan dia satu benda untuk menghalau mimpi itu. Tapi walaupun dengan benda itu, puteri tetap akan mimpi buruk," nadanga bertukar sedih.
Mimpi buruk dan benda untuk menghalau mimpi buruk. Itu mesti Dreamcatcher yang aku jumpa dahulu.
Seingat aku mimpi buruk terjadi keraba trauma kisah lampau, jadi itu bermaksud ibu mempunyai kisah lampau yang teruk sehingga menjadi trauma di dalam dirinya.
Satu lagi misteri ibu aku sudah pecahkan. Sekarang aku tahu bahawa rumah agam itu adalah rumah ibu dibesarkan dan dia akan kisah silam yang kelam. Tidak lupa juga dengan wanita berambut hitam itu. Aku yakin dia sosok yang sangat penting untuk ibu.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...