- 23 ;

148 28 0
                                    

YEBIN meneruskan langkahnya untuk ke sekolah , setahunya Heeseung tak ada teman wanita tetapi keakraban serta ciuman di pipi Heeseung tadi buat hatinya sakit.

Setibanya di kelas , Heeseung masih belum tiba hanya ada lima orang pelajar di kelas tersebut.

Namun dapat dia lihat beberapa bungkusan hadiah telah diletakan di atas meja Heeseung , pasti dari pelajar kelas lain.

Yebin melabuhkan punggung nya di tempat duduknya , kotak kecil hadiah dikeluarkan dari beg sekolahnya.

‘ Patut ke aku letak saja hadiah ni dekat meja dia? ’. Yebin menyoal sendiri sambil mengigit bibir.

‘ Tapi apa lagi erti hadiah ni pada dia kalau dia sudah ada teman wanita? ’. Yebin mengembungkan pipinya , kotak kecil hadiah itu dimasukkan semula kedalam beg sekolahnya.

Selepas beberapa minit masa berlalu , Heeseung mula masuk ke kelas tersebut kemudian masuk beberapa pelajar perempuan untuk menyerahkan hadiah pada Heeseung.

Yebin hanya melakukan kerjanya sendiri iaitu menulis nota seperti tiada apa yang berlaku di dalam kelas tersebut.

Heeseung mengambil hadiah tersebut dengan senyuman nipis dan pelajar-pelajar perempuan itu mula meninggalkan kelas.

Heeseung berpaling melihat Yebin di tempat duduknya , sepertinya gadis itu lebih sibuk dengan kerjanya dan tidak memandangnya lansung kearahnya.

Heeseung menoleh hadapan semula , dia sudah berhasrat akan memberitahu sesuatu pada Yebin sempena hari lahirnya. Harap Yebin ada waktu untuk nya.

Belum lagi tamat waktu persekolahan tetapi Yebin sudah mengemas alat tulis serta buku-buku nya lalu keluar dari kelas tersebut , dia perlu waktu sendiri. Heeseung perasan akan hal itu.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungWhere stories live. Discover now