Setelah selesai makan, zafran membuat pembayaran. Azielah yang masih setia di tempat duduk memandang zafran dari jauh. "kenapa dia tiba-tiba bawa aku pergi makan eh, lepastu belikan aku gaun cantik macam ni dan kasut tinggi harga dia entah berapa. Ni mesti ada something?"
Zafran melihat azielah yang termenung jauh, idea nakal muncul di benak fikirannya.
"encik ni bakinya" kata cashier tersebut. Zafran mengambil baki wang dan mengucapkan terima kasih lalu pergi ke meja makan semula. Melihat azielah yang termenung jauh teringat pula dia kepada tiara ex girlfriend dan kini menjadi tunang kawan baiknya iaitu qar qaisar. Sejujurnya, dahulu perasaan sayang padanya memang sangat mendalam tetapi disebabkan terjadi satu peristiwa dimana tiara menjadi orang tengah, zafran tidak mampu memaafkan tiara sekali gus membuang tiara dalam hidupnya.
Semua salah tiara, kalau tidak empayar yang dibina selama 10 tahun bersama xi xiang musnah. Tiara dihantar oleh seseorang yang merupakan musuh ketat zafran. Niat tiara untuk memusnahkan segalanya agar tidak membawa keuntungan kepada pekerjaan mereka tetapi dia juga terperangkap dengan jerat sendiri.
Selepas kejadian tersebut berlaku, serta merta tiara dibuang daripada mengikut kumpulan mereka. Zafran juga memutuskan hubungan bersama tiara. Pelbagai ayat manis dan rayuan tiara lontarkan malah zafran tidak mengambil peduli.
Kejadian yang berlaku sebulan lepas sewaktu dia membawa azielah berjalan-jalan ke mall. Terserempak pula dengan qaisar dan lebih mengejutkan lagi tiara ex nya kini menjadi tunang kepada sahabatnya. Gila!
Azielah mengangkat punggung dan pergi ke arah zafran. Nampaknya zafran memang menjelajah semua planet ni. Azielah memetik jari sebanyak tiga kali. Tiada tindak balas dilakukan zafran. Idea nakal muncul di benak fikiran azielah. Anak tekak dibetulkan sedikit.
1
2
3
PAKCIK ZAFRAN!!
Zafran terus berhenti mengelamun. Anak mata tajam menikam azielah. Zafran menjadi dingin dan muka agak serius, azielah hanya berlagak tenang sambil tersenyum memandang zafran.
Siapa suruh mengkhayal kan dah kena!
"Kau memang tak ada adab langsung dengan aku kan?!"
"well siapa suruh awak mengelamun lama sangat. Penat tahu tak saya tunggu awak!"
"Pandai melawan eh sekarang! Siapa ajar?"
"Awak" selamba sahaja azielah berbicara lalu pergi meninggalkan zafran sendirian disitu.
Kurang ajar punya minah!
KERETA HONDA zafran memasuki perkarangan rumah. Kereta diparkir di tempat khasnya. Maklumlah kereta harus dijaga rapi supaya tiada berlaku perkara buruk. Zafran bersandar di seat carnya, dia meregangkan badannya buat seketika. Azielah hanya menjadi pemerhati zafran dari tadi.
"apa pandang-pandang!"
"awak kenapa tak keluar lagi?" soal azielah.
"suka hati akulah nak keluar ke tak nak! Ini kereta aku juga. Aku nak tidur sini ke sampai esok pun aku tak kisah!" mata dipenjamkan seketika.
Azielah mendengar sahaja terus telinga menggelegak panas seolah-olah api keluar daripada telinganya. Sudah nama zafran memang orangnya dingin, beku, gila ergh semualah. Annoying sungguh!
" Awak ni menguji kesabaran saya tahu tak. Saya tanya awak elok-elok, awak balas yang menyakitkan hati saya..."
"siapa suruh kau tanya soalan macam tu dekat aku. Kau dah tahu aku macam mana kan. So, tak payah aku nak ulang banyak kali. Faham!"
"Menyampah betullah mamat ni. Kalau kau adik aku dah lama aku lunyai kepala kau sampai hancur. Puas hati aku!"
Bisik azielah dalam hati.Mata dibuka semula, zafran memandang disebelahnya masih ada lagi azielah yang tercegat disitu. "kau memang tak nak keluar dari kereta aku ke?!"
"Nak keluarlah ni!" rungutnya lagi. Kasut tinggi yang dibeli dibuka perlahan-lahan. Malas nak pakai sebab tinggi nak mampus. Baik berkaki ayam masuk rumah daripada pakai heels macam orang gila! Rimas dibuatnya.
"ke kau nak tidur dengan aku dekat sini sama-sama" senyuman senget diberikan.
Bulu roma azielah mula naik. Pelik semacam saja zafran ni. Lebih baik aku keluar sebelum dia buat apa-apa. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Bahaya kalah harimau. "eii... Tak nak saya. Saya rela tidur dekat dalam rumah daripada duduk sini dengan awak. Jangan haraplah.."
"so, bla."
"ish dasar mamat kerek!"
"apa kau kata"
Zafran mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Matanya terarah ke pondok sekuriti. Mukanya kembali tegang dan serius. Sewaktu dia restoran tadi, pengawal rumah ada telefon seorang pakcik datang bagi hadiah. Tak tahu pula hadiah apa. Ini membuatkan hati zafran tertanya-tanya siapa yang tiba-tiba terbuka hati mahu memberikan hadiah, yang peliknya waktu malam pula tu!
Setelah memastikan azielah sudah betul-betul masuk ke dalam rumah. Zafran keluar daripada perut kereta dan terus ke pondok sekuriti.
"Assalamulaikum pak mat"
"waalaikumsalam tuan zafran... Ouh ye ini barangnya" pak mat menghulurkan kotak berbalut plastik itu kepada zafran.
"Boleh saya tahu pak mat ada tanya tak kenapa dia nak jumpa saya?"
"Dia kata tuan balas jasa dia lepastu tuan banyak bantu dia sebab tu dia nak jumpa tuan"
"Macam mana dia tahu rumah saya,sedangkan saya tak pernah bagi sesiapa alamat rumah ni kecuali orang tertentu sahaja tahu"
"itu saya tak pasti. Mungkin tuan boleh tanya empunya badan tapi dia tak ada tinggalkan pula nombor telefon atau alamat rumah dia. Dia datang sini cuma bagi kotak ni lepastu terus pergi macam tu sahaja"
"Pak mat tak ada rasa curiga langsung dengan pakcik tu?" zafran seperti penyiasat.
"pada mulanya saya agak curiga juga. lepas saya dengar dia cakap dia nak balas jasa tuan firasat saya dia orang baik"
"terima kasih pak mat, oh lupa pak mat tak ada tahu apa-apa lagi pasal pakcik tua tu?"
"Saya lupa pakcik yang bagi kotak ni orang cina sebab masa dia cakap dengan saya loghat dia kedengaran cina"
Zafran mulai curiga. Cina! Ini tak lain tak bukan...
"sekali lagi terima kasih pak mat"
"sama-sama tuan!"
Zafran terus berjalan laju bersama kotak berwarna hitam di tangan. Mukanya memang agak tegang semacam. Sampai sahaja di bilik pintu dikunci agar tiada sesiapa masuk. Baju kot dibuka dan dilempar di atas katil. Hanya baju kemeja putih saya tersarung dibadan. Lengan baju disingsingkan ke atas dan butang baju dibuka satu.
Dada zafran berdegup kencang saat mahu membuka kotak yang berbalut plastik hitam. Dia yakin dan pasti pemberi kotak ini bukan calang-calang orang atau kemungkinan merupakan musuh kepada zafran atau mungkin orang yang zafran kenal.
Zafran duduk di sofa berhadapan katilnya sambil memegang cutter untuk membuka kotak tersebut. Dicutter perlahan-lahan sehingga plastik hitam sudah terbuka. Kotak perlahan-lahan dibuka sedikit, matanya membulat besar lalu melempar kotak itu jauh.
Dada dipegang sehingga nafas tercungap-cungap. Zafran berdiri mendekati kotak itu dan melihat seekor bangkai burung merpati warna hitam berlumuran darah dan terdapat satu kertas A4 putih tertulis 'jaga orang yang kau sayang' tetapi tulisan itu berwarna merah seolah-olah ditulis menggunakan darah.
Zafran menggepal menumbuk. Nafas ditarik perlahan. Mata dipejam lalu dibuka semula. Telefon dikocek telefon lantas diambil. Nombor bob didail.
Perang sudah bermula!
Sorry readers author main prank tdi hehe.
Skrg tk prank dah btw selamat membaca😜Don't forget to vote and comment 👇❤️
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]
RomanceUNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudaranya. Kehidupannya tidaklah seindah disangka. Sepanjang duduk bersama mereka azielah hanya dijadikan seorang hamba. kau memang tak pandai cuci...