BAB 29

3.9K 349 25
                                    

Airish melihat jurujual yang sedang memasukkan barang-barang yang dia beli tadi ke dalam beg plastik.

Kalau ikutkan hati dia, memang dia takut nak pergi ke supermarket seorang diri tapi dia tak nak susahkan umi dia pula. Ini pun driver suaminya yang tolong hantarkan. Nak harapkan dia? Jalan kawasan situ pun dia tak tahu!

"Semua RM40.56," beritahu jurujual itu dengan senyuman mesra yang tidak lekang di bibir seraya menghulur beg plastik tadi.

Airish lantas menghulur not RM50 kepada jurujual itu. Sempat dia berterima kasih kepada jurujual setelah mendapatkan baki.

Tidak mengambil masa yang lama, kakinya dihayun melangkah keluar dari supermarket itu. Dia tercari-cari taman yang berhampiran. Kata driver suaminya, dia akan tunggu di taman yang berhampiran supermarket itu.

Tempat parkir di supermarket itu tadi semua penuh! Mungkin sebab harini hujung minggu? Sebab tu ramai yang menyerbu supermarket harini.

"Taman tu ke?" gumamnya seraya mengorak langkah ke taman yang tidak jauh dari supermarket itu.

Melebar senyumnya bila matanya dihidangkan dengan pemandangan yang cukup indah. Taman itu cukup cantik dengan pelbagai jenis pokok bunga yang ditanam sepanjang laluan.

Dulu, memang sudah menjadi hobinya untuk datang ke taman semata-mata nak tengok bunga yang dari pelbagai spesis! Tak pun dia datang ke taman sebab nak cari idea untuk melukis.

Biasalah... dekat taman ni rasa tenang dan damai je. Otak pun bergeliga dalam keadaan suasana yang tenang.

Tiba-tiba bulu romanya menegak sembilan puluh darjah. Perasaan itu datang lagi! Rasa dirinya diperhatikan dan... diekori. Memori ngeri semalam terimbau kembali. Ketar lutut dia!

Jangan la dia diapa-apakan lagi. Peristiwa semalam dah cukup buat dia rasa trauma. Serik! Tak kisahlah walapun sekarang ni siang sekalipun. Kadang-kadang tengah terang-benderang pun orang berani lagi nak buat jenayah!

"Mana la Pakcik Man ni?" Matanya meliar mencari driver yang dikenali sebagai Pakcik Man itu. Berpeluh-peluh badannya ketika ini. Bukan sebab panas tapi sebab takut! Cuaca pada hari itu tak ada la panas. Mendung je.

Dalam kekalutan, terasa bahunya dirempuh kasar oleh seorang lelaki. Nasib baik tak berguling dia jatuh di atas tanah.

"Sorry, tak sengaja," ucap lelaki itu. Akan tetapi, kepalanya langsung tidak diangkat untuk memandang wajah Airish. Jaga pandangan ke apa? Tapi kenapa dia nampak mencurigakan? Seusai itu, dia hanya pergi begitu saja.

Terpinga-pinga Airish dibuatnya. Macam tu je? Tapi okeylah. Sekurang-kurangnya lelaki itu masih berperikemanusiaan untuk meminta maaf. Belum sempat dia menghadam apa yang terjadi, terasa tangannya ditarik kasar memaksanya untuk berlari.

Habis berterabur barang yang dibelinya tadi. Sia-sia je dia bersusah-payah datang ke supermarket! Oleh kerana kakinya masih belum dapat menyaingi langkah gerangan yang menariknya tadi, dia hanya dapat melihat susuk gerangan itu dari belakang. Lelaki! Ya Allah! Bala apa pula ni?

"Lepaslah! Apa main tarik-tarik orang ni!" marahnya tapi entah kenapa kakinya masih setia mengikut langkah jejaka itu. Mungkin sebab dia ditarik secara paksa? Kalau dia berhenti, agaknya memang tersembam la wajah cantik dia ni!

Secara tidak sengaja, dia terpandang ke belakang sambil meneruskan lariannya. Terbelalak matanya apabila dia nampak ada beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam mengejar dia. Geng lelaki-lelaki semalam ke?

Banyak mata-mata yang sedang memandang mereka yang berkejaran tanpa ada niat untuk menolong. Dah macam tengah menyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai je!

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now