CHAPTER 29

3.6K 152 2
                                    

HAPPY READING!

   "JANGANLAH gerak sangat. Nanti rosak," bebel Ben apabila Nadia asyik menoleh ke kiri dan kanan. Entah apa
budak ni tengok.

   "Awak buat cantik-cantik tau. Saya nak nampak cantik,"kata Nadia sambil memandang wajah Ben yang
sedang serius dengan cat neon di tangannya.

   "Hmm..."balas Ben malas. Dia sibuk 'mewarnai' wajah Nadia dengan cat neon yang pastinya selamat untuk kulit. Last sekali tiga garis lurus dilukis pada kedua-dua pipi Nadia. "Macam kucing."

   "Kucing?" soal Nadia hairan. Dia mengambil telefonnya dan melihat
pantulan wajahnya melalui camera
depan.

   "Pandaikan aku?"

   "Pandai! Comellah," ujar Nadia teruja. Tidak sangka Ben memiliki bakat dalam seni walaupun tidak seberapa. "Tolong ambil gambar, please."

   Ben mengambil telefon Nadia dan mengambil beberapa gambar Nadia
dengan pelbagai pose. Tadi pelukis sekarang tukang gambar. Sebenarnya best juga sesekali jadi kuli ni.

  "Thank you. Now saya pula warna-warna muka awak."

   "No," bantah Ben. Dia menggelengkan kepala beberapa kali.

   "Alah....Please. Tak banyak. Sikit je," ujar Nadia memujuk. Lengan Ben diurut-urut perlahan. "Bolehlah... Please..."

   "Yalah..." putus Ben akhir mengalah. "tapi jangan banyak sangat and jangan sesekali lukis yang bukan-bukan."

   "Aye aye capten!" balas Nadia
bersemangat. Dia pantas mengambil berus warna yang agak tirus dan dicelupkan ke dalam cat neon berwarna biru muda.

   "Benjamin..." sebut Nadia perlahan selaras dengan tangannya yang menulis perkataan 'Benjamin' pada
pipi sebelah kiri Ben. Perkataan
'Benjamin' ditulis dalam tulisan berangkai yang sangat kemas dan cantik. "Done!"

    "Tengok!" ujar Nadia sambil menghulurkan telefonnya kepada Ben. "Okay tak?"

   "Bolehlah."

   "Kalau macam tu jom tangkap gambar."

   "Bukan tadi aku dah tangkapkan untuk kau ke?" soal Ben hairan.

   "Yang tu lain. Yang ni kita dua."

   "Tak payahlah..."

   "Alahh....Aw-"

   "Kau nikan!" potong Ben pantas
kerana malas mendengar rengekan Nadia. "Cerewet. Cepatlah."

   "Yeah! Okay awak senyumlah sikit. One, two, smile!" Ben hanya menurut dan patuh demgan kehendak Nadia. Disuruh senyum Ben senyum,disuruh
buat poker face, Ben buat. "One more time."

   "Dahlah tu. Jom kita cari Khai
dengan kawan kau tu. Dah lama
gila kita jalan-jalan."

   "Kejap saya chat Farhanie dulu, tanya dia orang dekat mana," ujar Nadia perlahan.

   "Baguslah," gumam Ben. Dia menarik Nadia duduk di sampingnya. Tangan Ben gatal memgusap rambut Nadia lalu memperbaiki kedudukan
LED flower crown yang masih terletak elok di atas kepala Nadia.

***

Farhanie.
Awak dengan Khai dekat mana?

    "Nadia chat I. Dia tanya kita dekat mana?"

   "Balaslah. Cakap kita dekat mana," kata Khai tanpa memandang wajah Farhanie. Dia sibuk dengan makanan ringan di tangannya. "Itu pun tak tahu."

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now