"Tak sangka akan adalah tetamu pada hari ini," ujarnya sambil tersenyum.
Wanita bertopeng itu berjalan mendekati aku. Aku dapat rasakan bahawa dia adalah pemilik tempat ini. Nampak pelik sekiranya wanita memiliki tempat seperti ini dan menjalani aktiviti berbahaya itu tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.
Lagi pula, aku kenal bertapa bagusnya tempat ini ketika wanita ini menjalankan aktiviti itu. Dia juga tidak kelihatan terlalu polos dalam menjalankan tugasnya.
"Jadi apa yang kamu nak sampai pukau pelayan saya untuk datang ke sini?" Soalnya.
Jadi dia tahu aku pukau pelayan dia supaya tunjukan aku arah ke sini. Memang dia bukan manusia biasa dapat tahu semua itu.
"Aku mahukan maklumat," balas aku.
Mata aku menatap wanita yang asik tersenyum itu. Di sebalik senyuman yang indah itu, memiliki sesuatu yang sangat bahaya. Wanita itu bukan wanita biasa.
Dia adalah seseorang yang bekerja di sebalik bayang negara ini untuk mengumpulkan maklumat dari semua arah lalu menjualnya kepada orang yang ingin tahu seperti aku sekarang.
Maklumat yang dia dapat bukanlah maklumat biasa melainkan maklumat besar dan maklumat yang dijaga ketat oleh kerajaan. Disebabkan kerjanya yang sungguh bahaya itu, dia sukar untuk ditemui dan dia sentiasa bersembunyi dengan identiti lainnya supaya tidak diketahui oleh pihak kerajaan.
"Kamu tahu peraturannya bukan. Kalau mahu maklumat maka bayaran dia juga harus setimpal dengan maklumat itu," ujar wanita itu.
Aku tersenyum sinis. Sudah semestinya aku tahu dan aku sudah sediakan semua itu.
"Aku tahu jadi aku datang sini."
Wanita itu menatap aku seketika. Dia mesti mahu pastikan siapa identiti aku sekarang. Aku menggunakan jubah dan meutup hampir separuh muka aku, jadi agak mustahil dia tahu kalau sekali pandang.
"Kalau begitu, jemputlah duduk dahulu," dia mempelawa aku untuk duduk di sofa yang sudah tersedia.
Aku menerima pelawaan itu, lalu duduk di sofa tempat di hadapanya. Mata aku melihat wanita yang langsung tidak merasakan takut itu. Dia memang sudah profesional dalam kerja begini sehingga tidak merasakan takut lagi.
"Jadi apa maklumat yang kamu mahukan?" Soalnya.
"Maklumat kerajaan ini," wanita itu terkejut mendengar ayat aku tadi.
Siapa tidak terkejut aku mahukan maklumat yang sungguh besar begitu. Bukan calang-calang orang mahukan maklumat begitu.
"Maklumat yang sungguh berbahaya. Apa kamu mahu buat dengan maklumat begitu?"
"Itu bukan urusan kau. Aku mahukan maklumat tentang aktiviti raja kerajaan ini sekarang," pinta aku.
Setelah kejadian beberapa bulan lepas, aku dan putera Noir terputus hubungan membuatkan aku tidak tahu apa-apa yang dirancang oleh raja itu.
Aku tahu dia mesti ada rancang apa-apa. Mustahil dia akan tinggal diam sahaja atas apa yang berlaku. Jadi disebabkan itu dia mahu sangat memburu aku untuk dapatkan kekuatan aku ini.
"Lihat dari rupa kamu ni, mesti kamu bukan orang biasa," ujarnya.
Aku hanya diam mendengar semua itu. Aku tiada masa mahu berbual kosong sama dia.
Wanita itu berdiri dari duduknya lalu berjalan menuju ke meja di penjuru bilik ini. Dia mengambil beberapa kertas yang dia simpan di balik almari meja tersebut. Kemudian dia kembali ke sini dan menghulurkan kertas itu kepada aku.
"Maklumat yang kau mahu," katanya.
Aku mengambil kertas itu dan membacanya satu-persatu. Dalam kertas itu mengatakan bahawa raja itu memang ada membuat sesuatu tanpa pengetahuan para bangsawan terutamanya Duke Kylo.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...