Aku menyandar kepenatan di sebatang pokok yang berada di hutan tersebut. Masuk hari ini, sudah sebulan aku berlatih cuba untuk mengawal mana aku.
Sikit demi sedikit aku berjaya namun masih jauh untuk aku kawal sepenuhnya. Sekarang aku tidak ubah seperti umur aku 5 tahun dulu yang tidak pandai mengawal mana aku sendiri.
Malah aku rasa mungkin lebih teruk dari itu. Aku kerap sekali terlepas kendali sihir aku sehingga menyebabkan serangan yang luar biasa. Mahu hancur hutan ini kalau tidak ada sihir pelindung yang Norn lakukan.
Rasanya hal ini akan mengambil masa yang cukup lama untuk aku berjaya menggunakan sihir aku seperti dulu. Mungkin akan mengambil bertahun juga.
"Kakak sudah habis berlatih ke?" Tiba suara Nale kedengaran.
Aku melihat ke langit dan kelihatan Nale datang ke arah aku dengan terbang di udara. Hebat betul budak tu. Dalam 15 tahun sudah cipta sihir yang boleh menerbangkan manusia.
Sedang aku masih tidak terfikir mahu membuat sihir begitu. Tetapi budak itu sudah lakukannya. Aku tidak tahulah di masa hadapan apa lagi yang dia akan cipta.
"Ya, kakak baru habis tadi," balas aku kepada pertanyaannya.
Aku mula berdiri semula lalu berjalan ke tengah kawasan ini. Tangan aku diangkat dan semua tanah yang hancur disebabkan serangan aku tadi mula pulih serta pokok yang tumbang juga mula dibetulkan kembali. Sekarang hutan ini susah kembali sedia kala.
"Kenapa kamu datang sini? Ada apa-apa terjadi di menara tu ke?" Soal aku.
"Tak, saya hanya bosan duduk sana seorang diri."
Aku tertawa kecil mendengar jawapan itu. Sejak aku sudah kembali ini dia memang selalu berada di samping aku.
Dia sampaikan sanggup datang ke tempat jauh seperti kawasan ini hanya untuk bertemu dengan aku. Memakan tenaga untuk sampai ke tempat ini apatah lagi kawasan ini satu kawasan yang berbahaya. Sekeliling dipenuhi dengan benda yang bahaya seperti gunung berapi.
Jangan hairan kenapa aku pilih tempat berbahaya begini untuk berlatih. Satu-satunya alasan aku memilih tempat ini kerana ianya jauh dari negara itu. Aku boleh bersembunyi di sini untuk berlatih supaya aku tidak dikesan oleh raja sampah itu.
"Selepas orang tu buat kakak begini, kakak tak nak balas dendam ke?" Soal Nale.
Siapa sahaja tidak mahu membalas dendam? Itu memang niat aku dari dulu. Semua rancangan membalas dendam aku akan berjaya kalau raja itu tidak mula membuat perangkap pada aku.
"Kakak akan balas dendam tapi bukan sekarang. Semua strategi kakak selama ini, kakak mesti atur kembali," balas aku.
Hati aku memang panas memikirkan hal itu. Yang membuat aku semakin panas ialah dia memaksa aku memakai rantai sihir itu. Aku lebih rela mati daripada dipaksa pakai benda itu.
"Kalau begitu, biar saya tolong kakak," pintanya membuat aku terkejut.
"Kamu nak tolong kakak? Kenapa pula?"
Selama ini membalas dendam adalah hal aku bukan dia. Aku tidak mahu pun dia masuk campur hal aku. Itu akan membahayakan nyawanya.
"Saya juga ada dendam dengan orang itu selepas apa yang dia lakukan pada kakak. Saya tak boleh maafkan dia."
"Tapi kamu tahukan itu sangat berbahaya dan kamu-"
"Saya tetap akan balas dendam. Saya lakukan sebab saya mahu bukan sebab kakak yang arahkan," tegasnya. Dapat aku melihat matanya bersinar sangat memaksudkan ayat tadi.
Dulu aku pernah pesan pada dia supaya selalu ikut kata hatinya dan jangan sesekali ikut arahan orang termasuklah aku. Tapi tak sangka dia akan gunakan pesanan itu pada waktu sekarang.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...