(◍•ᴗ•◍)❤ AE 18

1.3K 81 16
                                    

Amaya memasuki bilik dia dengan Izz. Perlahan lahan pintu ditutup. Dia mendekati Izz yang tengah baring di atas katil membelakangi dirinya.

" Awak..." bahu Izz dicuit. Dia mengeluh apabila Izz tidak membalasnya.

" Izz Haidar..." digoyang-goyang pula bahu Izz.

Izz mendengus. Dia bangun dan duduk bersila sambil memeluk tubuh depan Amaya.

" Explain Mia." tegas suara dia.

" Nak bagitau la ni." muncung mulutnya.

" Saya... bunuh Ferika." tutur dia perlahan sambil menunduk.

" Why?!" jerit Izz tiba tiba. Terhinjut bahu Amaya terkejut. Dia menjeling wajah Izz. Marah betul. Chill la.

" Cuba perlahankan suara dulu. Awak nak saya cepat mampus ke terkejut dengan suara kuat awak tu?"

Izz tersentak dan menarik nafas dalam dalam lalu menghembuskannya.

" Kenapa Mia buat macam tu?" tanya dia lepas dah bertenang.

" Kerja."

Izz memandang muka Amaya lama. " Kerja?"

Amaya mengangguk dua kali.

" Kerja apa?" soal dia.

" Ehehe.."

" Eh eh kau.. aku tanya bukan suruh gelak. Hehe.. hehe!"

" Bawak saya jumpa daddy dulu. Then saya bagitau kerja saya."

Izz pun bangun dan melangkah ke pintu. Dia berpusing melihat Amaya yang masih duduk di katil.

" Jomlah." Amaya mengangkat tangan meminta dukung. Terjungkit hujung bibir Izz. Amaya memang manja macam ni ke?

Dia pun dengan rela hati mendukung Amaya di belakang. Dapat dirasakan hembusan nafas lembut Amaya dilehernya.

_skip_

" So Aya nak cakap yang Aya ni Exzer?!"

Kuat suara Tuan Ariffin. Terkejut. Begitu juga dengan yang lain. Mereka sekarang ada di ruang tamu rumah. Semua ada kat situ.

Amaya menge piss dengan senyuman dibibir. Izz pun terkejut dan melihat isterinya. Patutlah kasar. Eh.

" Haah. Assasin, silent killer. Membunuh aje kerjanya."

Kesemua mata termasuk Naura memandang Hadi. Adam pun sama tapi dengan riak biasa memandangkan dia dah tau.

" Hubby tau?"

" Ye sayang."

" Macam mana Hadi boleh tau?" tanya Tuan Ariffin pula musykil. Aaron, Adreann dan Zayne pula memandang antara satu sama lain dengan mata terbeliak.

" Easy. I am the one who teach her all those thing."

Bertambah tambah terkejut mereka.

"Tapi Liana, Qiy dengan family diorang tak tau lagi so Aya minta tolong rahsiakan. Boleh?" matanya memandang wajah wajah di situ dengan tangan dirapatkan.

Tuan Ariffin menghela nafas. Ingat boleh dapat menantu lemah lembut, malu anjing gitu. Tapi sekali dapat pembunuh upahan. Hm.. redho.

" So sekarang terang kat kita semua kenapa dengan Zenith." arah Adam sambil mata menjeling Zenith yang berdiri dibelakang sofa.

" Dia yang tolong bagitau pasal Mytra nak serang kita malam ni. Then, Aya bagitau abang Hadi tolong sediakan anak buah dia."

Mereka mengangguk. Hanya Izz sahaja still terpegun dengan kebenaran yang diberitahu.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now