"Susn dicar luv marti!" Aku menyebut kuat mantera itu.
Cahaya tadi semakin terang dan satu bebola cahaya mula keluar dari badan lelaki tadi. Bebola cahaya itulah teras sihir yang aku katakan.
Rupanya sederhana sahaja dengan bentuk bulat sebesar guli namun ianya sangat berharga untuk seorang penyihir seperti aku. Tanpa teras itu aku mungkin sukar untuk hidup.
Bebola cahaya tadi terapung dan mula bergerak ke arah aku. Aku membuka tangan aku apabila bebola aku sampai kepada aku. Mulut aku tersenyum melihat bebola yang akan menyelamatkan aku sekarang.
Mata aku menatap bebola cahaya itu. Masih ada lagi sisa sihir kesucian dalam teras ini tetapi hampir 80% isi teras ini sudah bertukar menjadi sihir kegelapan. Air mata naga juga masih tidak cukup untuk menukar sepenuhnya.
Nampaknya aku terpaksa gunakan sihir iblis aku. Disebabkan aku asalnya setengah iblis, jadi aku masih ada sihir yang seakan iblis betul. Dengan sihir itu aku mungkin dapat mengubah sepenuhnya teras ini.
Mata merah aku mula menyalahkan warna merahnya bertanda aku sedang menggunakan sihir iblis aku. Setelah itu, bebola cahaya putih tadi terus aku mencium bola tersebut dan bola itu terus bertukar warna menjadi warna hitam.
Inilah teras sihir kegelapan yang aku mahukan. Gelap yang tiada cahaya yang akan mengganggu sihir kegelapan aku. Sungguh sama dengan teras aku yang rosak ini.
Tanpa membuang masa lagi, aku terus menelan bebola itu. Beberapa saat selepas itu, aku dapat rasakan bahawa badan aku mula menerima teras baharu tersebut.
Tiada penolakan sihir berlaku bermakna tubuh aku menerima teras tersebut. Aku tersenyum puas gembira kerana akhirnya teras aku sembuh. Kalau begini bererti aku sudah boleh menggunakan sepenuhnya sihir aku.
"Bagaimana kakak? Teras tadi dapat ke?" Soal Nale.
Aku mengangkat tangan aku cuba mengeluarkan sedikit sihir aku. Satu asap hitam terus muncul di hadapan aku yang membentuk satu pusaran angin lalu dilepaskan oleh aku tempat ke pintu manara ini.
Bruk!
Tiba pintu itu terus roboh dengan wujudnya satu bulatan tepat di sana. Terbeliak besar mata aku melihat serangan itu. Tadi rasanya aku guna sihir yang terlemah, jadi bagaimana pintu itu boleh sampai begitu.
Dulu aku guna sihir begitu, tidak akan berlaku apa-apa padanya. Paling tidak pun hanya goresan sedikit sahaja. Tetapi sekarang berbeza. Serangan terlemah tadi seakan serangan terkuat yang aku pernah gunakan.
Bukankah ini bermakna teras yang aku gunakan sekarang sangat kuat berbanding teras aku yang lama. Ini memang satu pekerja yang menakjubkan.
"Teras ini baik cuma rasanya kakak terpaksa ambil masa untuk biasakan guna teras baru ini," ujar aku kepada Nale sambil tertawa janggal.
Muka budak itu juga kelihatan terkejut dengan serangan yang aku bagi tadi. Mesti dia tidak jangka bahawa aku boleh buat serangan begitu dengan mudah sahaja.
"Waktu kamu tangkap lelaki tu, memang sihir dia kuat ke?" Soal aku.
"Tak, malah dia tidak langsung menunjuk aura sihirnya."
Itu bermaksud teras lelaki itu lemah dan yang membuat teras ini kuat ialah air mata naga itu. Bukan sahaja membentuk baharu teras tersebut tetapi turut menambahkan kekuatan teras itu. Satu penemuan yang baharu.
"Kalau kakak tak biasa guna teras begitu, nanti akan berlaku pecahan mana ke?" Soal Nale sambil berjalan mendekati aku.
"Mungkin juga, jadi sebab itu kakak mesti berlatih untuk kawal mana dari teras baru ini. Kakak takut pecahan mana itu akan berlaku pada waktu yang bahaya."
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...