cp 168

1.6K 268 19
                                    

Tangan aku sibuk menulis satu lingkaran sihir di atas lantai ini dengan menggunakan satu ramuan cecair. Lingkaran itu agak besar membuat aku dan Nale terpaksa melakukannya bersama.

Membuat lingkaran sihir ini bukanlah senang kerana sekali salah cara melakukannya maka sihir pada lingkaran itu tidak akan berjalan. Apatah lagi sekarang aku dan Nale membuat lingkaran sihir yang kuat.

Salah lukis atau tulis manteranya maka nanti akan muncul pecahan sihir yang boleh membunuh kami berdua. Memang satu sihir berbahaya.

Setelah hampir 30 minit kami berdua melukis lingkaran sihir ini, kami berdua mula bergerak keluar dari lingkaran itu.

"Nale, mana orang tu?" Soal aku.

Snap!

Nale memetik jarinya lalu muncul seorang lelaki yang tidak sedarkan diri tepat di hadapan aku. Muka lelaki itu penuh dengan kesan luka bermakna dia mesti sudah kena hajar sama Nale sebelum ini.

"Mana kamu dapat orang ni?"

"Dia penyamun yang cuba serang saya dulu."

Memang patutlah kena hajar. Kalau dia tidak cuba serang Nale rasanya dia tidak akan dapat seperti ini. Mungkin dia hanya akan dipengsankan sahaja. Tapi apa-apalah. Akhirnya nanti dia tetap aku mati sebab aku.

"Ritual ni memerlukan mangsa tersedar, jadi kamu bangunkan dia," arah aku.

Nale menurut arahan aku lalu muncul air dari udara tepat mengena lelaki itu. Tanpa menunggu sesaat lelaki itu terus tersedar dari pengsannya. Senang juga nak bangunkan lelaki ini.

Lelaki yang sudah tersedar itu mula bangun sambil memandang pelik sekelilingnya dan terhenti apabila melihat aku dan Nale.

"Kau! Kau yang serang aku dan kawan aku hari tu kan," lelaki itu menunjuk ke arah Nale.

Mukanya langsung tidak kelihatan takut menunjukkan jari ke arah Nale. Kalau orang lain hendak bercakap pun rasanya sudah kelu lidah.

Aku kagum dengan keberanian dia. Rasanya pertama kali aku dapat jumpa orang yang tidak takut bercakap kasar begitu pada Nale.

"Mana kawan-kawan aku?"

Aku menoleh ke arah Nale yang hanya menatap lelaki itu. Tatapan Nale hanya tekun ke arah lelaki itu tetapi aku tahu maksud di balik tatapan itu.

Dia sakarang sedang bersabar mahu membunuh lelaki itu. Nale bukan seorang yang penyabar kalau dalam membunuh, jadi sekarang dia sedaya upaya bersabar supaya tidak tarik nyawa lelaki itu.

"Jawab soalan aku!" Jerkah lelaki itu. Dia juga mula berdiri semula.

"Mati," balas Nale dengan satu perkataan sahaja.

"Mati! Apa kau dah buat?" Lelaki itu mula berjalan ke arah Nale seperti mahu memukul Nale.

Aku dengan pantas memetik jari aku membuat lelaki itu terkaku di situ sahaja. Kalau dia sentuh Nale, bukan sahaja teras dia yang aku ambil tetapi nyawa dia sekali aku akan ambil.

"Ka-kau! Apa kau dah buat? Lepaskan aku," arahnya.

"Diam atau nyawa kau melayang sekarang," balas aku sambil menatap tajam dirinya.

"Kau penyihir kegelapan Irene! Kau sekarang adalah buruan negara inikan? Lebih baik kau lepaskan aku, kalau kau tak nak kena tangkap lagi," ugutnya.

Aku hanya terdiam menatap dia.

"Kalau kau tak nak aku bongkarkan tempat kau berada sekarang, lebih baik kau ikut cakap aku."

Aku menatapnya lagi. Semakin lama semakin dalam aku menatapnya. Telinga aku hanya mendengar omongan kosong lelaki itu.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now