Ayat yang ditunggu tunggu sudah pun keluar! Amaya tersengih. Dia mengambil secawan teh dan meminumnya.
" Hah! Mana menantu daddy?"
Amaya tersembur sikit. Terkejut dengan suara itu. Izz yang diduduk dikerusi sebelahnya menghulurkan tisu.
" Mana satu?" tanya orang itu setelah duduk berhadapan dengan Izz, Amaya dan Liana.
Amaya mengangkat tangan. Rasa macam ada buat salah je. " Saya Tuan."
Tuan Ariffin senyum. Pandai anak dia cari isteri. Sejuk mata memandang.
" Ha letak lah tangan tu. Nak angkat sampai esok ke?" Amaya menurunkan tangan.
" Nama siapa?" tanya dia. Amaya masih tak mengangkat muka melihat bakal mertua dia.
" Amaya. Amaya Edlyn. Panggil Aya je" jawabnya sambil mengangkat muka.
Terkejut. Terkaku. Terkedu.
Tuan Ariffin! Costumer dia!
Muka yang terkejut dicover secepat mungkin. Aduh macam mana dia boleh tak tau yang ayah Izz ni Tuan Ariffin! Tu lah! Taknak cek background Izz lagi.
" Mana bakal bini kau?" suara tu..
Nutfal duduk disebelah Tuan Ariffin.
" Kacang?!" jerit Amaya.
Mereka membuat muka pelik memandang Amaya. Liana pula buat tak kenal. Hanya senyum sahaja. Nutfal pula buat muka terkejut. Nani?!
" Aa... ada kacang? Saya suka kacang."
Mereka bertambah pelik. Tak lama lepas itu ketawa mereka pecah.
" HAHAHA Kalau nak kacang mintak je. Tak perlu sampai bagitau rumah sebelah. Sini ada." kata perempuan itu sebelum ke dapur. Terselit sindiran di situ.
" Aku dah kata.. perangai dia akan keluar sendiri." gelak Aaron.
Izz memandang Amaya. " Tak tau pulak yang kau suka kacang."
" Aa.. saya me- memang suka kacang. Sejak dalam perut lagi."
Mereka sambung lagi ketawa. Nutfal yang mulanya merenung Amaya dengan tajam pun ketawa.
" Ha.. nah kacang."
" Terima kasih." ucap Amaya sambil tangan mengambil bekas kacang gajus.
" Nama akak Izyan. Kakak Izz." Amaya mengangguk sambil mengunyah kacangnya. Sedap pula kacang gajus ni.
" Aku Nutfal Hadiyan. Abang ipar Izz." katanya sambil mata mencerlung memandang Amaya. Amaya senyum dan membuat isyarat guna mata.
" Jumpa dekat luar."
" Kau sakit mata ke Edlyn?" tanya Adreann.
" Huh?"
" Terkenyit kenyit."
" Oh ha! Serbuk kacang masuk mata. Haha."
" Dah dah pasal kacang. Kita cakap pasal kahwin pulak." celah Tuan Ariffin.
" Nak kahwin bila?"
" Dua minggu depan." jawab Izz dan Amaya serentak.
" Siapa yang uruskan nanti?"
" Kak Izyan dengan mak Liana." serentak lagi.
" Siapa Liana?"
" Ni."
" Tu."
Mereka berdua menunjuk ke arah Liana dan Liana juga menunjuk ke arah dirinya.
" Dinda Aaron tu. Lawa tak?"
" Lawa. Nak kahwin sekali?"
" Takpe Tuan! Kita settle Izz dengan Aya dulu." tolaknya sambil menjeling Aaron yang tengah terkekek ketawa.
" Oh.. Aya?"
" Saya Tuan!." Terus tegak badan Amaya. Tuan Ariffin tergelak kecil.
" Lek lah.. daddy tak makan orang pun." Rasa macam dalam tentera pulak bila tengok Amaya panggil dia Tuan.
" Hehe.."
" Nak tunang tak?"
" Tak. Kahwin terus." sekali lagi. Serentak jugak mereka menjawab.
" Kuat betul jodoh." komen Eric.
" Okey kalau dah takde apa apa, daddy nak baik dulu. Aya dengan Liana duduk la sini dulu. Rehat rehat. Nanti redup sikit baru balik. "
Amaya dengan Liana mengangguk.
" Aya.. aku nak cakap dengan kau. Kat luar." panggil Nutfal setelah Tuan Ariffin naik atas.
" Buat apa?" tanya Izz. Nak tahu jugak!
" Takde apa pun. Just abang kepada bakal adik." dia mengenyit mata dan berlalu keluar diikuti Amaya.
Sesampai di luar, Nutfal terus bertanya.
"Macam mana Aya boleh ada dekat sini?"" Ni kan Malaysia? Izz dengan Aya pulak satu uni. Jadi boom! Terjumpa."
" Abang Nut macam mana boleh ada dekat sini? Kenapa hari tu tiba tiba tinggalkan Aya?" Mata dia dah berkaca.
" Eh kau jangan nangis.. aku bukan seng- okey aku memang sengaja tapi takdelah tinggalkan kau sorang sorang. Kan Adam jaga kau.." pujuk Nutfal. Perempuan kedua yang boleh lembutkan hati dia selain Izyan ialah Amaya.
" Huwaa.." raung dia. Tak berapa kuat.
" A- abang Adam pun tinggal kan Aya lepas setahun abang pergi. Ta- tapi Aya dah jumpa dia dah.."
" Lah! Kenapa dia tak bagitau aku?"
" Manalah Aya tau. Aya bukan abang Adam." selamba dia jawab lepas habis lap air mata. Ini kalau Izz nampak mesti dia sibuk tanya.
" Ye lah yelah. Nanti kau nak jumpa dengan dia ke?" tanya Nutfal.
" Hm. Lepas ni dekat tempat dia. Abang nak join ke?"
" Naklah. Aku nak dengar cerita kau." kata Nutfal sambil tersenyum. Kalau boleh peluk Amaya ni dah lama dia peluk. Tapi bakal suami ada dekat dalam. Kang ada gusti pulak depan ni.
" Hehe.." Amaya sengih. " Tukar lah jadi abang Hadi. Aya nak jumpa dia pulak."
Dua saat.
" Hai abang!"
" Hai. Lama tak abang tak jumpa Aya. Aya sihat?" lembut Hadi bertanya.
" Sihat lah. Jom masuk. Nanti bini abang jeles dengan Aya." ajak dia. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah bersama sama.
" Bila abang kahwin? "
" Dua tahun lepas." jawab Hadi.
"Anak ada?"
" Ada dekat Fateh. Pergilah ambik."
" Siapa Fateh?"
" Zayne."
" Oh." Amaya berlari masuk ke dalam dan menculik Naura daripada Zayne. Marah Zayne. Nak pukul tak boleh nanti dia yang mampus. Biar je lah sambil dipujuk oleh Eric.
Bukan pujuk. Dia gantikan tempat Naura. Lelaki itu tengah duduk atas riba dia sekarang. Bodoh punya orang tua.
YOU ARE READING
C || Amaya Edlyn
Humor𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam h...
(◍•ᴗ•◍)❤ AE 14
Start from the beginning