"Kenapa kau cakap seakan kau adalah dia?" Soal naga itu.
Dia tidak faham kenapa semakin lama dia melihat sosok gadis di hadapannya semakin itu dia mula melihat figura orang itu berada dalam gadis tersebut.
Gadis kecil yang rapuh itu tidak sama seperti orang itu namun keteguhan mereka memang sangat sama. Sikap yang selalu mengutamakan orang lain sebelum diri mereka. Memang sangat serupa.
Bukan sahaja pada sikap malah pada rupa paras mereka juga sama. Gambut hitam dan mata yang berwarna merah darah. Kalau berdiri sebelah menyebelah dua orang itu memang kelihatan seakan klon masing-masing yang berlainan jantina.
Dan itulah yang membuat naga tersebut semakin mengingati sosok orang itu ataupun Aries. Sosok yang menjadi keluarganya dahulu, sosok yang mengubah makna hidupnya dahulu dan sosok yang telah menyelamatkannya ketika dia dalam kesusahan.
Semuanya ada satu orang yang sudah tiada lagi di dunia ini. Orang yang telah berkorban demi dunia yang sudah rapuh ini.
"Kau cakap seakan kau tahu isi hatinya. Apa kau tahu apa yang kau cuba sampai sekarang?" Naga itu bertanya lagi.
Irene yang berada di hadapan menatap tajam naga itu sambil tangannya menggenggam kuat. Dia geram dikatakan begitu.
Irene sedar bahawa dia bukan Aries, tetapi dia tahu isi hati Aries. Semuanya sudah diceritakan oleh Ryzel dahulu. Mustahil Ryzel akan menipu ketika menceritakan semua itu dengan mulut yang tersenyum.
"Zaon," tiba Irene menyebut nama tersebut.
Naga itu tersentak apabila mendengar nama yang sudah lama dia lupakan itu.
"Zaon itu nama kau kan?" Soal Irene.
"Bagaimana kau tahu?"
Tiada sesiapa tahu nama itu kecuali Aries dan sahabat lamanya. Itu adalah nama yang berharga tetapi dia sudah lupakan nama itu apabila Aries pergi.
Baginya tiada guna lagi nama tersebut kalau orang yang memberinya nama itu sudah tidak dapat memanggilnya lagi.
"Zaon bermakna naga yang kuat dan tabah akan apa yang berlaku. Itu adalah nama yang sungguh berharga yang diberikan kepada kau. Kenapa kau lupakan nama itu?"
Melihat Irene berkata begitu membuat naga tersebut terdiam. Caranya bercakap memang sungguh sama dengan Aries. Dan yang lebih terkejutnya, gadis itu tahu maksud nama yang dikatakan tadi.
Semua itu membuat memorinya bersama Aries berputar kembali. Dia mula ingat bagaimana dia berjumpa Aries di gua ini ketika dia masih menjadi naga kecil dan bagaimana kehidupannya setelah menjadi milik Aries. Tidak sekali pun dia terseksa.
Aries menjaganya layak seorang manusia bukan naga. Dengan hati yang sungguh suci Aries berikan segala yang dia mampu kepadanya walaupun dia tidak minta. Itulah kebaikan Aries yang susah dia lupakan.
"Zaon, itu adalah nama kau sekarang. Maksud nama itu ialah naga yang kuat dan tabah. Aku beri nama itu supaya kau boleh jadi seperti mana maksudnya."
Ayat yang dikatakan Aries dulu mula bermain di kepalanya. Memang sungguh sama seperti mana gadis itu kata padanya tadi.
Gadis itu memang seorang yang misteri. Dia datang ke sini dan secara tiba tahu akan Aries dan kehidupan mereka seakan dia pernah melihat bagaimana kehidupan mereka dahulu.
"Kenapa kau sungguh serupa dengan dia?" Soal naga itu di dalam hati.
Entah kenapa melihat gadis itu membuat hatinya sedikit terbuka. Hal itu kali terakhir berlaku apabila dia bersama Aries beberapa puluh tahun lepas.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...