(◍•ᴗ•◍)❤ AE 10

1.7K 94 3
                                    

Melinda mengorak langkah. Laju mendekati Izz dan kawan-kawannya. Panas hati masih tak turun melihat kemesraan antara Izz dan Amaya tadi.

"You!" Tangannya menarik lengan Izz. Kuat. Membuatkan Izz sedikit tersentak. Dia memandang muka Melinda dengan muka dingin.

" Kau tak tau halal haram ke ha?!" jerkah dia depan muka Melinda. Bahu terhinjut sikit tapi jerkahan Izz tak berkesan pada dia.

" I want to know the truth." tangan yang masih memegang lengan Izz ditepis. Muka orang yang menepis tangannya dipandang bengis.

" Haram ughtey.." dengan selamba Zayne  berkata.

" Truth apanya?" soal Izz. Matanya mercerlung melihat Melinda.

" Betul ke you couple dengan perempuan gile tu?" jarinya menunjuk Amaya yang tengah berjalan terlompat lompat mengikut petak petak jubin universiti.

Izz melihat arah yang ditunjuk Melinda. Dia nak gelak  namun sempat ditahan. Aduh hodoh betul perangainya. Tak padan muka. Hilang terus amarahnya tadi.

" Yes. I am. " katanya tanpa melihat Melinda. Senyuman manis menghiasi mukanya tatkala itu.

" Erghh! Talk to my face!" api cemburu meluap luap apabila ternampak senyuman Izz untuk perempuan gila tu.

Izz memandang tepat ke dalam mata Melinda. Lesap senyuman dia yang manis mintak potong kaki tadi.

" I said. I AM couple with Edlyn. She's the one for me.. and you! Who are you to know about my truth? Sedar diri sikit!" semburnya depan muka Melinda dan pergi begitu sahaja.

" Kan aku dah cakap. Jangan malukan diri kau dah.. haih.." sempat Zayne menasihati Melinda yang dah tertunduk. Dia mengerling orang ramai di situ. Mereka menggelakkan tingkah Melinda tadi. Kan dah kena marah dengan Izz.

Melinda menjeling. Dia merengus dan melanggar bahu Zayne. Cukup tak suka bila orang tegur dia.

"Eh eh dia ni! Main tolak tolak pulak. Tolak kepala kang melayang gigi." Aaron menepis nepis bahu Zayne. Kononnya nak buang keharaman.

" Dah dah.. berkilat dah bahu aku tu." ditegur Zayne baru dia berhenti.

" Haih.. nasib Izz lah jadi orang hensem. Untung aku comel." Eric membuka langkah masuk ke dalam uni.  Aaron membuat muka ' kepala hotak kau!' dan tangannya memegang tangan Adreann dan Zayne disebelah.

" Jom." tangan digoyang- goyang seraya kaki melangkah. Adreann dan Zayne mengeluh.

_skip_

" Sayang..."

Panggilannya tidak dilayan. Cuba lagi.

" Sayaanggg.."

" Apa Izz? " tanya Amaya tanpa pusing belakang. Buat apa nak tengok muka Izz. Petang nanti pun jumpa dia jugak.

" Jangan lah fokus sangat. Tengoklah aku. Aku boring ni.." masam mencuka muka Izz. Amaya membuat muka annoying. Sumpahlah ni Izz yang orang kata garang, muka tak pernah senyum,badboy and bijak?

" Awak yang boring kenapa saya pulak kena tengok awak? "

" Aku nak tengok muka kau lah, sayang. Baru hilang sikit rasa boring."

Liana, Adreann, Zayne dan Aaron buat muka menyampah. Eric jangan tanya sebab Eric takde kat sini. Tu ha dia dekat depan. Bukan lecturer. Dia hanya memantau je. Nanti kalau ada apa apa report dekat Tuan Ariffin.

" Tu. Muka Adreann ada. Muka Zayne ada. Muka Aaron pun ada. Pilih je nak tenung yang mana. Liana tak bolehla.. Liana saya punya."

Izz cemberut. " Habis tu saya siapa punya?"  Dia mengetuk kepala berlapik tudung Amaya dengan pen.

C || Amaya EdlynWhere stories live. Discover now