HAPPY READING!
NADIA menuruni tangga perlahan-lahan. Dari ruang tamu kedengaran suara Ben dan mummynya sedang berbual rancak. Entah apa yang dibualkan mereka berdua.
"Adik, turun pun kamu. Lama
kami tunggu kamu tau," kata Puan Nazirina sebaik sahaja Nadia duduk di sampingnya."Alah, macam mummy tak kenal
anak sendiri," gurau Nadia. Ben
hanya diam memerhati perbualan diantara dua beranak itu."Iyalah tu..."
"Tapi kak Nadhirah lebih lama kan mummy? Adik nombor dua paling lambat. Hehehe"
"Adik-"
"Uhuk! Uhuk!" Ben berpura-pura batuk untuk menarik perhatian Nadia dan Puan Nazirina. Nampaknya dia
akan dilupakan jika dia terus mendiamkan diri."Sorry Ben. Auntie lupa pula kamu ada dekat sini. Kalau macam tu kamu dua berbual dulu. Auntie nak
siapkan minum petang dulu.""Nak adik tolong?" tanya Nadia kepada mummynya.
"Tak payah, adik berbual je dengan Ben. Tak baik biarkan tetamu sendiri. Ada bibik yang tolong mummy."
"Okay mummy." Ben mengeluarkan telefon dari poket seluar apabila telefonnya berdering bertalu-talu.
"Siapa?" soal Nadia ingin tahu. Dia cuma melihat nama yang tertera pada skrin telefon Ben.
"Zack," balas Ben malas. Nadia berpindah tempat duduk. Dia sengaja duduk di sebelah Ben.
"Hello bos. Kau datang tak malam ni?" tanya Zack sebaik sahaja talian tersambung.
"Datang. Dalam pukul 8 atau 9 malam macam tu aku sampai."
"Okay bos!" Ben langsung menamatkan panggilan sebaik sahaja Zack berkata begitu.
"Awak nak pergi mana malam ni?" Berkedip-kedip mata Nadia merenung wajah tampan Ben.
Pipi pau milik Nadia dicucuk-cucuk geram sehingga menjadikan pipi Nadia merah. "Rahsiah. sibuk je."
"Kedekutnya. Orang tanya je."
Tanpa menghiraukan Nadia, Ben memulakan game onlinenya, Mobile Legend. Jangan cakap Ben tidak mahir dalam game ni. Top global Fanny ni bos...
"Awak..."
"Hmm?"
"Tak apalah..."
"Kau ni,kenapa?" soal Ben hairan.
"Tak ada. Saya cuma nak kacau awak main game," ucap Nadia lalu ketawa perlahan.
***
"Jemput minum Ben. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri," ujar Puan Nazirina. Nadia turut berdiri untuk membantu mummynya menghidangkan minum petang. Teh panas, kuih cucur udang dan karipap yang masih panas menjadi menu minum petang mereka.
"Okay auntie."
"Adik tuangkan teh untuk Ben," arah Puan Nazirina. Perlakuan Nadia yang baru ingin mengambil sebiji kuih terhenti apabila mendengar arahan mummynya.'Bukannya Ben tak pandai ambil sendiri...' rungut Nadia perlahan.
"Nah.." Nadia menghulurkan secawan teh panas untuk Ben. Ben menyambutnya lalu mengucapkan terima kasih dengan perlahan tapi masih dapat didengar oleh Nadia.
"Jangan malu-malu. Tengah hujan-hujan ni memang sedap minum teh panas. Lebih-lebih lagi kalau ada kuih panas-panas," terang Puan Nazirina sambil tersenyum manis.
Ben hanya mengangguk paham. Dia mengambil sebiji cucur udang menggunakan garfu dan dimasukkannya ke dalam mulut sedikit-demi sedikit. Sedap! Rasa udang yang sedap. Rangup pula tu.
Tangannya mengambil cucur udang yang kedua namun Ben terpaku melihat Nadia menyumbatkan dua biji kuih cucur udang sekaligus ke dalam mulutnya. Mak aih! Ini kes kebulur ke apa?
"Adik, apa makan macam tu! Makanlah sikit-sikit. Tak ada yang nak rebut kuih tu dari awak," tegur Puan Nazirina. Kepalanya digeleng-geleng. Apa punya anak perempuan.
"Sowey mum..nyum...mummy" kata Nadia dengan mulut yang penuh dengan kuih.
"Habiskan kuih dalam mulut adik tu dulu baru bercakap. Tak sopan bercakap dengan mulut penuh macam tu. Tengok Ben yang lelaki pun tak macam adik."
"Iyalah..."
Ben mengunyah kuih cucur udang perlahan sambil menjeling jam tangannya.
4.21 p.m.
Teh panas yang masih belum diusik di atas meja diambil. Ditiup perlahan sebelum dihirup. Perfect! Sesuai dengan lidahnya.
***
"Auntie, rasanya elok saya balik sekarang. Hujan pun dah redah,"ujar Ben perlahan.
"Iyalah. Hati-hati bawa motor tu. Lain kali jemputlah datang rumah lagi."
"Okay auntie. Thanks sebab benarkan saya tumpang mandi, tumpang makan..."
"Perkara kecil Ben." Ben berdiri dan bersalam dengan Puan Nazirina. "Adik, tolong hantar Ben ke depan."
"Okay mummy..."
***
Ben mengelap tempat duduk motornya yang basah akibat terkena hujan dengan tisu yang diberikan oleh Nadia.
"Aku balik dulu."
"Okay,hati-hati. Jangan bawa motor laju sangat."
"Hmm..." balas Ben. Tangannya sibuk memakaikan helmet pada kepalanya.
"Hoodie yang awak pakai tu tak perlu awak pulangkan. Saya bagi awak," kata Nadia.
"Betul ni? Tak menyesal?"
"Betullah. Kenapa? Awak tak nak?"
"Mana ada. Aku suka. "Nadia tersenyum suka."Kau tahu tak apa yang paling aku suka dengan hoodie ni?"
"Apa?"
"Hoodie ni wangi macam kau." Lagi-lagi pipi Nadia berubah merah. Kenapa mulut Ben tiba-tiba manis lain macam? Salah ambik ubat ke?
"Me-mengada. Cepat balik. Nanti hujan turun lagi habis awak."
"Kau halau aku?"
"Ma..mana a..da.."
"Tak apa. Aku balik dulu. Nanti rehat." Ben mengusap rambut Nadia lagi. Rasanya Ben obses dengan rambut Nadia sampai tangan dia tak henti-henti mengusap kepala Nadia. Haih!
"Okay, bye awak!"
"Bye..." Ben menghidupkan enjin motornya dan meluncur perlahan menjauhi pekarangan rumah Nadia. Setelah bayangan motor Ben tidak kelihatan barulah Nadia masuk kembali ke dalam rumahnya.
"Ben dah pulang?" tanya Puan Nazirina.
"Dah," jawap Nadia sambil mengemas piring dan cawan yang telah digunakan di atas meja. Bibik keluarganya turut sama membantu. "Mummy, Nadia naik kejap. Nak rest."
"Okay sayang!" kata Puan Nazirina lalu mengambil sebuah majalah tentang kecantikkan seraya duduk di atas sofa mewah miliknya. Nadia melangkah ke bilik tidurnya dengan tenaga yang masih tersisa.
"Penatnya. Tidur kejaplah."Nadia membaringkan tubuhnya di atas katil kesayangannya. Tidak menunggu lama mata Nadia tertutup dan mulai masuk ke dalam dunia tipu-tipu.
Bersambung...
Sy update lagi sebab awak baik hati vote kelmarin. Tq.Muahhh.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...