cp 161

1.6K 288 21
                                    

"Sariel," panggil aku.

Muka datar Sariel yang tiba datang ke sini menatap aku. Mesti dia marah kerana aku pergi tanpa beritahu tadi. Lihat muka sahaja begitu tetapi di dalam hatinya sudah panas membara mahu marah sama aku.

Memang tadi aku mahu beritahu dia bahawa aku mahu balik tetapi aku tidak sempat kerana aku tidak menjumpai dia. Apatah lagi waktu itu aku tengah nak cepat, mana mungkin aku ada masa untuk cari dia.

"Siapa dia kakak?" Soal Nale.

Aku menoleh ke arah Nale lalu cuba memikirkan cara untuk menerangkan situasi sekarang. Kalau aku kata yang Sariel ini adalah dewi yang datang selamatkan aku dulu mesti budak ini tidak faham.

Lebih baik aku ceritakan semuanya terus supaya Nale faham dan aku juga boleh jelaskaj situasi sebenar yang terjadi sekarang.

"Sariel, aku-"

"Kenapa kau lari?" Soal pendek Sariel.

"Aku bukan lari tetapi aku kena balik sebentar. Kau tahukan apa kerja aku. Mana mungkin aku akan tinggalkan tempat ini dalam masa yang lama," jelas aku.

Mata Sariel tajam melihat aku. Dia memang marahlah. Tak pernah aku lihat dia tatap aku begitu sejak aku datang ke sana. Rasanya ini kali pertama aku melihat tatapan tajam yang akan membunuh aku kalau aku tak jelaskan dengan lebih terperinci.

"Aku tahu kau marah sebab aku pergi dalam keadaan aku masih sakit tetapi biar aku jelaskan pada kau dan Nale dulu."

Sariel hanya diam tidak membalas apa-apa lagi. Itu bermakna dia setuju mahu mendengar penjelasan aku sekarang. Lebih baik begitu daripada dia membenci aku selepas ini.

"Kakak sakit ke?" Nada Nale kedengaran terkejut. Dia masih lagi belum tahu bahawa aku memang sakit sekarang.

"Kakak akak ceritakan segalanya sekarang," ujar aku lalu aku mula menuju ke sofa yang tersedia di kawasan itu.

Aku mula menceritakan kepada Nale dahulu bagaimana mulanya penuduhab terhadap aku dan bagaimana aku berjaya melarikan diri. Selepas itu aku juga mula menceritakan kenapa aku terpaksa kembali ke sini kepada Sariel.

Reaksi Nale mendengar cerita aku itu memang kelihatan sungguh marah. Anak matanya sampai bergegar seperti dia ada niat membunuh yang sungguh mendalam.

Aku tahu dia memang sangat benci kalau ada orang cuba apa-apakan aku tetapi aku tak sangka dia akan jadi begini.

Manakala Sariel pula tetap dengan muka datarnya. Walaupun begitu tetapi aku dsapat rasakan bahawa da satu perasaan di hati dewi itu. Susah aku ungkapkan dewi itu kalau tidak kenal lama. Sedangkan aku juga tidak faham apa yang dewi itu fikirkan bersama muka datarnya itu.

"Jadi macam tu lah, bagaimana kakak diiktiraf sebagai pengkhianat negara. Kakak mungkin susah mahu tunjukkan muka di tempat umum lagi," aku mengakhirkan cerita itu.

"Kenapa kakak diam sahaja kalau kakak memang tidak bersalah? Si sampah itu memang sudah menempah maut," ujar Nale yang berakhir dengan marah akan raja itu.

"Kakak bukan diam tetapi ada sesuatu yang sembunyikan kebenaran yang kakak ingin katakan. Lelaki itu memang sudah rancang semua ini dengan terperinci. Dia membuat semua yang kakak katakan adalah salah dan cuba memerangkap kakak. Tapi untungnya kakak dapat larikan diri walaupun sudah jadi begini."

Kalau dikenangkan situasi pada hari itu memang membuat hati aku panas. Anak mata merah aku memang bergegar kerana niat membunuh aku sangat tinggi. Aku memang tidak boleh maafkan dia.

Walaupun dia melutut mencium bumi, jangan harap aku maafkan dua anak beranak itu. Aku mahu nyawa mereka sebagai balasan apa yang telah mereka lakukan pada aku di kehidupan ini dan sebelum ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now