" Ishh lembapnya boxer ni!" hampir 600 saat Amaya tunggu gerangan itu tapi tak tiba tiba. Aku maqohhh!
Kepalanya disandarkan pada cermin tingkap kafe yang menghadap luar. Boleh nampak luar dalam. Nak baca wattpad malas. Scroll tiktok malas. Ig? Dah lama tak bukak. Hm..
Tidur je la. Diorang kenal muka aku. Kot.
Setelah hampir setengah jam, Izz dan kawan kawannya melangkah masuk ke dalam kafe dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket.
"Mana perempuan tu?" tanya Izz.
Kawan kawannya hanya diam.
"Kau cakap dengan siapa?" tanya Aaron. Siapa yang nak kena jawab ni?
"Atok kau." Izz menjeling. " Korang lah. Ada nampak tak perempuan tu?" Soalan tadi diulang.
"Ouh cakaplah awal awal."
"Tak."
"Tak."
"Tu bukan dia ke?" Adreann menunjuk ke arah sudut kafe. Izz berjalan mendekati tempat yang ditunjuk.
Dia melihat muka Amaya yang tengah tidur. Siap terbukak mulut lagi. Nasib baik takde air liur.
"Sedapnya dia tidur.. oi bangun lah!" sergah Aaron. Kesian dekat tingkap tu. Mulut Amaya melekap kat situ. Entah busuk ke tak.
Amaya pun bangun dengan terkejut. Dia melihat 4 jejaka berdiri tegak dihadapan dirinya yang kenit ini. Memanglah kenit kalau tengah duduk.
"Best tidur?" Izz menyapa. Lebih kepada menyindir.
"Best la jugak. " Amaya membetulkan duduknya. Biar sopan sikit. Berskirt pulak dia hari ni kan. Ha..
"Kalau awak semua datang esok lagi best. Boleh saya overnight dekat sini terus." perli dia.
"Lambat sikit ja pun. Dah, jom pergi kereta aku. Cekelat kau tu dalam satu kotak. Tapi aku malas bawak sini." tanpa menunggu, Izz berpaling dan berjalan keluar dulu.
"Haih.. dahlah datang lambat pastu nak heret aku ke sana ke sini pulak. Erm.. dan macam lagu legend tu. Kesana kesini kesana kesini." Amaya berjalan keluar sambil membebel. Lagi sekali dirinya diapit oleh kawan kawan Izz. Suka sangat jadi bodyguard tak bergaji dia. Nak buat macam mana ye dok?
Amaya mengangkat kening di depan kereta Izz. Fuyyoo lamborgh ni bosskur.
"Hitam macam hati tuan dia...mmph!"
Dia menekup mulut yang dah terlepas cakap. Nasib baik Izz jauh daripada dia. Fuh selamat.
Gelak halus menyapa ditelinga Amaya dari arah belakang. Dia memusingkan badan ke belakang dan melihat Zayne dan Adreann yang tengah menahan tawa dengan muka polos.
"Jangan bagitau dia pliss?" Kedua dua belah tangan dirapatkan.
Zayne dan Adreann menunduk melihat Amaya. Pendek.
"Okey shorty. But not for free." Adreann menggoyangkan jari telunjuknya dihadapan Amaya.
" Awak nak ap-"
"Nah ni makanan kau. Blah blah." Izz memotong. Sejak tadi dia tengok Zayne, Adreann dan perempuan ni bersembang. Entah lah sembang apa.
"Oh okey." Amaya menyambut kotak sederhana besar itu dan mengalih pandangan melihat Adreann. Dia mengenyit mata. Suruh simpan rahsia tu.
" Kau balik naik apa?" soal Izz. Amaya beralih semula pandangannya dan menghadap Izz.
"Nanti ada kawan saya ambik. "
"Your name?"
Nak bagitau ke tak? Lah nama je kan..
"Saya Edlyn." Bagi nama belakang. Setakat ni Qiy je yang suka panggil dia dengan nama belakang. Kekadang Ed kekadang Lyn.
"Awak nama apa?"
Tersembur Aaron yang tengah minum air. " Kau tak tau nama dia?"
Amaya menggeleng. Rasa macam tau macam tak tau. Entah. Aku tak ingat.
"Aku Izz Haidar."
Amaya membulat mulut bentuk 'o'.
"Kau tau tak nama aku apa? Nama dia? Dia?" Aaron bertanya sambil menunjuk ke arah Zayne dan Adreann.
" Tak. Saya kena tau ke?" Aaron tercengang. Ada lagi homosapiens yang tak tau nama dia?! Lacoste berjaya ni!
"Dia Zayne. Bukan Zayn Malik. Zayne Fateh."
" Yang agak hensem tapi kurang sikit daripada aku ni pulak Adreann Zayqi."
Amaya mengangguk. Dia ada hutang dengan Adreann tu.
"Nama aku pulak nama yang kau kena ingat sampai bila bila. Aaron Davis. Macam nama omputeh kan? Memang aku ada mix. Dan lahirlah seketul Aaron yang sangat hensem dan penuh dengan cinta." Aaron menghayati intro nya sampai terpejam mata.
Dia membuka mata dan melihat tiada seorang manusia pun dihadapannya. Mana diorang? Dia berpusing kebelakang melihat kawan kawannya berkumpul dengan Amaya dan seorang lelaki. Siapa pulak tu? Kakinya mendekati kelompok itu.
"Hah Aaron, ni kawan saya. Nama dia Naqiy Faiq. Qiy, ni Aaron." Amaya menegur Aaron ketika dia nampak Aaron berjalan ke arah mereka tadi.
" Bukan Aaron je. Aaron Davis. Davis tu jangan tinggal." Aaron berjabat tangan dengan Qiy. Kenapa aku tak pernah nampak dia? Asal dia hensem sangat? Tak boleh jadi ni.
"Edlyn. Aku dengan kawan kau ni siapa lagi hensem?" soalnya tanpa melihat Amaya.
" Mestilah aku. Kan Ed?" genggaman tangannya dan Aaron tidak dilepaskan. Aku hensem lagi.
"Aku kan? Baik kau jujur." Aaron mengugut.
"Hm saya rasa Izz lagi hensem." Amaya terus masuk ke dalam kereta lepas berkata sedemikian. Dua dua hensem tapi yang lagi hensem bagi dia Izz.
Tingkap sebelahnya yang memang sedia terbuka dihiasi dengan kepala Aaron.
"Aku dengan mamat ni je. Izz tak masuk." katanya.
"Haih..korang dua sama sama hensem. Tak lebih tak kurang. Dah. Jom Qiy. Hantar aku balik cepat. Aku kena pergi kafe lepas ni."
"Yes mem." Qiy mentabik dan berlari masuk ke dalam kereta. Mereka berlalu meninggalkan 4 lelaki tadi.
"Mana ada. Aku lagi hensem. Aku rasa mata Edlyn rosak." rungut Aaron. Kesian Zayne terpaksa menadahkan telinga.
Adreann mendekati Izz yang daru tadi mendiamkan diri. " Kau dah kenapa beruk?" tanyanya 'prihatin'.
"Kau rasa ada ke persahabatan antara lelaki dengan perempuan?"
Adreann berfikir kejap. " Kalau aku maybe ada tapi susah nak cari." Adreann merenung sisi wajah Izz. " Kau tengah cakap pasal Edlyn ke?"
Izz mengerutkan dahi. " Mana ada!" bentaknya perlahan. Walaupun betul, aku tak boleh mengaku. Malu.
" Weh Izz! Eric mana ek? Aku dah lama tak nampak dia." Aaron bertanya.
"Busy." pendek sahaja Izz balas.
"Busy sangat ke? Malam ni aku boleh kacau dia tak? Aku nak ajak dia main game."
" Izz bukan PA. Kau mesej la dia. Bukannya takde nombor dia pun." tutur Adreann. Yang PA nya Eric bukan Izz.
"Oh haah la. Lupa."
Zayne menggelengkan kepala melihat kebodohan Aaron. Dia berhenti bila Aaron melihat mukanya. Dia nak apa ini?
" Tapi aku tak lupa yang aku hensem." kata Aaron dan terus berjalan masuk kedalam keretanya. Zayne tayang muka pasrah je. Malas nak fikir pasal Aaron. Buat sakit kepala je.
YOU ARE READING
C || Amaya Edlyn
Humor𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam h...