Dum!
Ayden yang sedang mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja kerjanya terus mengangkat wajah apabila pintu bilik pejabatnya dibuka secara kasar.
Tajam mata helangnya memandang ke arah Mark yang sedang mengatur langkah menuju ke meja kerjanya.
"Kenapa tak hempas sampai roboh terus je?" Haydar yang duduk di atas sofa tidak jauh dari meja kerja Ayden menyindir.
"Entahlah anak tapir ni. Dasar enggak ada akhlak!" Ivan yang turut berada di situ bersuara. Rasa nak sembelih je anak tapir tu! Suka hati dia je main hempas-hempas pintu. Nasib baik dia tak ada sakit jantung!
Mark memekakkan telinganya. Langsung tidak mengendahkan Haydar dan Ivan. Boleh pula dia buat-buat Haydar dan Ivan tu tak wujud.
"Nah!" Dia mencampak satu fail yang berwarna hitam di atas meja sebelum dia menarik kerusi di hadapan sepupunya itu.
Ayden membelek fail yang diberikan oleh Mark sebentar tadi. Rasa menggelegak je darahnya melihat isi di dalam fail itu. Mark ni tak boleh ke kalau serius sikit? Tentang kerja pun nak main-main lagi!
"Buat. Semula." Ayden menekankan ayatnya. Satu persatu dia menyebut perkataan itu lantas dia mencampak semula fail itu ke arah Mark. Kalau tadi Mark campak fail tu di atas meja kerjanya, kalini biar dia pula yang campak fail tu sampai lenyek wajah Mark!
Terbelalak mata Mark. Mana taknya, sebut perkataan 'kerja' pun dia dah malas tahap gaban apatah lagi nak siapkan semua kerja tu. Ni Ayden suruh dia buat semula pula! Memang taklah dia nak buat.
"Euw! Dislike, dislike!" Sempat dia menganjing. Terpamer reaksi geli-geleman di wajahnya. Ewah! Orang suruh buat semula je pun bukannya ada perkara yang menggelikan dan menjijikkan pun.
"Menyetan je kerja kau. Lantak kaulah! Yang aku tahu, aku nak kau siapkan harini jugak!" tegas Ayden dengan suara dinginnya. Malas betul nak bercakap dengan orang yang tak pernah nak serius ni. Sakit otak!
Mark buat-buat tidak dengar. Memang harini dia nak jadi pekak ke apa? Karang memang betul-betul pekak baru tahu! Dia memusingkan kerusi yang didudukinya tanpa henti. Dah serupa kipas dia berpusing!
"Wuhuuu best tho main benda ni! Rugi kau tak try, Ivan!" jeritnya nyaring sambil tergelak suka. Tangannya pula dilambai-lambai di awang-awangan.
Haydar dan Ivan berpandangan sebelum senyuman penuh makna terhias di bibir mereka. Bagai ada mentol yang menyala di tepi kepala mereka berdua saat ini.
"Jangan mendekat! Saya dah pening ni." Seakan tahu dengan rancangan Ivan, bersungguh-sungguh Mark melarang Ivan supaya tidak mendekatinya. Kalau dah sekepala, memang dia boleh baca la fikiran Ivan!
Tanpa dia sempat berbuat apa-apa, Ivan sudah pun memusingkan kerusi yang didudukinya dengan laju. Macam melayang-layang je rohnya ketika ini. Pening oi!
"Pening la bodoh! Oi beruk! Berhenti!" Dia menjerit lantang. Mukanya bertukar menjadi warna hijau. Pening tambah takut!
Gedebuk!
Haydar dan Ivan terkekeh-kekeh ketawa apabila Mark sudah jatuh tersembam tercium lantai bilik pejabat Ayden. Makin galak mereka ketawa apabila terpandang muka cemberut Mark. Hambik kau!
Ayden hanya memandang kosong. Wajahnya tidak beriak. Beku dan serius! Pelipisnya diurut lembut. Rasa macam nak mengamuk je sekarang ni. Pejabat pun dorang boleh buat macam rumah. Bala betul!
"Ada apa-apa lagi ke? Aku dah kena balik ni." Dia menyampuk setelah mengerling sekilas jam tangan yang terletak elok di pergelangan tangannya. Makin lama dia dekat sini, memang akan terkena darah tinggi la gamaknya.
YOU ARE READING
Mrs. Ayden
Action[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihadapinya. Ditambah pula, dia sudah tidak seperti dulu. Hari-harinya gelap-gelita tanpa warna-warni yan...