" Akak! Nak teh ais satu!"
Amaya memandang skeptikal ke arah pemuda yang baru melolong itu. Suka hati ja panggil dia akak.
"Sini takde teh ais! Pergi kedai mamak sebelah sana tu! Shuhh!" halau Amaya.
Pemuda tadi dan rakannya menghamburkan ketawa melihat amarah gadis itu.
"Melawak je.. chill bro" sambung lelaki itu selepas tertawa.
Amaya pun pasrah. Malas nak melayan kaki pengacau tu. Suka cari masalah dekat sini. Haihh apalah nasib.
"Kau nak order apa, Syed? " dengan malas Amaya bertanya.
" Aku nak.... Kau" matanya merenung Amaya dengan tersenyum gatal.
Mata Amaya melihat babi bakar depannya tanpa perasaan. Lama lama macam ni aku boleh pergi Tanjung Rambutan.
"Betul betul lah" nafas berat dihembuskan sekali. Jangan risau wangi je.
"Okey okey.. kasi aku dua iced mocha. Nak semanis kau." kenyit mata sekali.
"Kau duduk sana dulu." balas Amaya sebelum sambung buat kerja. Macam ni lah susahnya bekerja sambil belajar. Tambah pulak muka aku yang lawa ni. Ramai orang nak try.
Ya. Dia bekerja di sebuah kafe berdekatan dengan universitinya. Selalu terjumpa senior, junior, sir, madam dan 'member' dia dari universiti. Contohnya babi bakar tu lah. Nasib baik sini ja lelaki itu cari pasal. Kalau sampai dekat uni kena kacau jugak memang dah kena swing mamat tu.
Tinggal pun sorang sorang. Sendu banget.
Sebenarnya dia boleh ja nak duduk dengan kawan tapi tu la. Dia kena rahsiakan kerjanya yang satu lagi.
_skip_
Amaya menghempaskan badannya ke atas katil. Busuk badan dihiraukan. Termenung seketika.
"Siapa ek? Lepas Dato' Azlan.. emm" dia berfikir kejap.
".. ha! Dato' Alimin right? Betul lah dia... " Dia bingkas bangun mencari Samsung Galaxy Z Flip miliknya. Army di sini.
" Alamat dia.. alah asal dia ni duduk jauh sangat?! " Badannya dihempas ke katil semula. Pening memikirkan salah siapa rumah Dato' Alimin tu jauh sangat.
"Haihh.."
Salah rumah tu sebab tak reti berdiri jalan duduk dekat dengan aku.
_skip_
*Vroom vroom*
Amaya keluar dari perkarangan rumahnya dengan menaiki moto.
Gps dikerling. Dalam hati masih membebel kenapa rumah tu jauh sangat.
Amaya turun dari moto berdekatan dengan rumah Dato' Alimin. Dia naik ke bangunan tinggi yang hampir dengan bilik lelaki itu.
"Uihh.. tua tua pun nak buat maksiat. Tak patut tak patut. Orang bila dah tua, kenalah buat pahala. Ini? Tambah dosa buat apa? Tak sempat taubat dah mampus baru tau. Eh! Akulah yang nak bunuh dia. Kena bagi signal ka suruh solat?" bebel dia sorang sorang sambil menyediakan alatan menembak.
Muncung snipernya dihalakan tepat ke arah kepala botak tengah tu. Naik muntah tengok lama lama kepala botak tu dalam adegan berpelukan dalam bilik dengan seorang perempuan. Siap menari lagi.
" Aku dah suruh taubat taknak dengar. Mati kau!" serentak itu pelurunya menembus tingkap bilik lelaki itu dan tepat mengenai dahi berkedut seribunya. Perempuan tadi menjerit terkejut dengan kejadian didepan mata.
" Nak bunuh tak eh perempuan tu? Takpe lah. Bagi peluang taubat."
Amaya turun dari bangunan tersebut dan mendekati rumah Dato' Alimin yang tengah kecoh dengan suara menjerit. Dia meletakkan kristal plastik berwarna biru sebagai tanda takziah dan tanda dia yang membunuh orang tua tu dan pergi dengan motonya.
YOU ARE READING
C || Amaya Edlyn
Humor𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam h...