Aku terduduk diam di dalam penjara ini. Kepala aku ditundukkan melihat lantai kotor sambil aku memeluk kaki.
Tak sangkakan bahawa aku akan kembali ke tempat kotor ini. Disini adalah tempat dimana aku menghabiskan masa aku sebelum aku dihukum mati dahulu. Aku memang bencikan tempat ini.
Tapi kenapa!
Kenapa aku harus kembali ke sini? Aku sudah lakukan semuanya demi mengelak semua ini berlaku lagi dan sekarang kejadian berulang kembali.
Aku kembali ke sini tanpa peneman dan terus keseorangan. Cahaya matahari juga tidak dapat menjadi peneman aku kini. Semuanya gelap seperti kehidupan aku sekarang.
Rasanya ini adalah pengakhiran aku. Semua yang aku lakukan selama ini hanya sia-sia dan kebenaran yang aku temui juga terus menyakiti aku. Apa gunakan aku kembali ke kehidupan ini kalau kejadian yang sama akan berlaku.
Mungkin kali ini aku harus menyerah sahaja. Teruskan hidup pun sudah tidak berguna kalau asik diperdaya oleh orang lain. Aku cukup penat hidup begini sehingga aku rasa hidup aku ini tidak berguna langsung.
Kalau ibu dengar semua ini mesti dia akan marah pada aku tetapi maaf ibu. Aku memang sudah terlalu penat. Semua orang akan meninggalkan aku jadi apa salahnya kalau aku tinggalkan mereka dahulu.
Ibu tinggalkan aku, dan tuan Ryzel juga tinggalkan aku. Memang takdir aku untuk melihat semua orang yang aku dekat tinggalkan diri ini. Dan disebabkan takdir itu aku mahu juga meninggalkan hidup yang tidak bermakna ini.
"Irene, tolongkan jangan lakukan semua itu. Kamu masih boleh mencari kebahagiaan itu."
Apa sekarang ibu mahu menasihati aku. Sudah terlambat ibu. Semuanya sudah berakhir. Hidup ini dan juga kebahagian yang aku cari.
Aku sudah sedar bahawa kebahagian itu terlalu mahal untuk aku capai, jadi keseksaan yang murah itu aku selalu dapatkan. Semua yang aku inginkan mesti akan begini.
Tik! Tik!
Mata aku mula mengeluarkan air mata yang tajuh ke tanah. Aku sedih mengenangkan hidup aku yang sudah tidak bermakna ini. Selama ini aku cuba berlakon menjadi kuat kerana aku tidak dipandang rendah tetapi kenyataannya aku sangat lemah.
Hati aku sekarang sudah seperti terkoyak mengenangkan apa yang aku hadapi. Ulang masa sekali pun, aku masih tidak dapat mengubah apa-apa.
Tup... Tup... Tup...
Aku terdengar bunyi hentakan kaki seseorang mendekati tempat ini. Mesti hentakan kaki para pengawal. Rasanya apa yang mereka inginkan dari aku? Mungkin mereka sudah mahu membawa aku ke pengadilan sekali lagi.
Aku tidak tahu berapa lama sudah aku duduk di sini kerana cahaya matahari langsung tidak kelihatan untuk menentukan malam atau siang. Jadi aku juga tidak tahu berapa hari sudah berlalu.
Kalau dulu aku dikurung di sini selama 3 hari sebelum pengadilan ke atas aku dilakukan. Mungkin sekarang begitu juga. Mesti aku akan melihat suasana yang sama sekali lagi. Suasana yang menyakitkan.
"Irene," tiba aku terdengar suara putera Noir.
Aku terkejut namun aku tidak mengangkat muka aku. Aku tidak mahu dia melihat wajah aku yang sedang bersedih sekarang.
"Kenapa awak terus menunduk begitu?" Soalnya.
Aku hanya berdiam. Mana mungkin aku akan jawab bahawa aku sedang bersedih sekarang walaupun kenyataannya begitu.
"Awak tidak mahu melihat saya ke?"
Aku terus berdiam. Nada suaranya kedengaran sungguh berbeza daripada nada yang selalu bercakap dengan aku.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...