Klak!
Bunyi anak panah kedengaran. Sikit demi sedikit aku mula membuka mata aku dan alangkah terkejut aku melihata asap hitam tadi sudah tiada. Yang ada di hadapan aku hanyalah anak panah yang tercucuk ke tanah.
Panah ini ke yang menyerang asap tadi? Siapa yang yang lakukan semua itu?
"Kakak!" Satu suara yang tidak asing oleh aku.
Aku menoleh ke hadapan dan seperti yang aku jangka orang itu adalah Syalis. Jangan cakap anak panah tadi adalah datang dari panah yang pernah aku berikan kepadanya dahulu.
"Kakak okay?" Soalnya apabila mendekati aku.
Aku diam dan terus cuba bertahan berdiri. Badan aku kini terasa sungguh sakit sehingga mengeluarkan sihir pun sudah tak terdaya.
Mata aku mamandang ke sekeliling melihat banyak pera pengawal istana mula berlawan semua asap hitam tadi. Bukan sahaja pengawal malah Duke Kylo juga turut begitu.
Situasi ini semakin bahaya. Asap hitam itu tidak akan mudah dikalahkan kerana ianyakan semakin membanyak kalau dipotong. Aku harus mencari punca utama asap hitam itu datang.
Kaki aku mula bergerak sambil tangan aku kuat memegang pedang yang menjadi tongkat untuk aku berdiri.
"Kakak, kakak tak dapat berlawan dalam keadaan begini. Lebih baik kakak masuk sahaja ke dalan dewan," ujar Syalis ingin memberhentikan aku.
Budak ini faham ke tidak situasi sekarang. Serangan ini ada kena-mengena dengan sihir kegelapan, kalau aku tak hentikannya, habis tu siapa? Dia?
Lagilah mustahil. Di negara ini hanya aku yang pandai dalam sihir kegelapan. Jadi memang tugas akulah untuk hentikan semua itu.
"Kau jangan masuk campur urusan aku," balas aku.
"Tapi-"
Bruk!
Aku terus menolaknya jatuh ke tanah dan tepat pada waktu itu hadir aku asap hitam yang cuba menyerang Syalis. Pedang aku diangkat lalu hayun mengena asap itu namun asap tadi sempat mengelak.
Dengan perasaan geramnya aku asap tersebut, aku mula mengangkat tangan dan mengeluarkan sihir yang menangkap asap tadi lalu menghancurkannya tanpa meninggalkan kesan pun.
"Kakak..."
"Kau lihat tadikan. Kalau aku tak tolak kau, benda itu akan serang kau. Sekarang kau tak lebih dari beban untuk aku. Lebih baik kau masuk ke dalan istana dan lindungi mereka disana," tegas aku.
Kalau aku tidak berkata begitu, budak tadi akan terus berdegil. Jangan fikir dia sudah belajar memanah, dia boleh berlawan bersama aku. Kalau sekatat memanah itu tidak akan mematikan musuh.
Aku yang sudah bertahun berlawan musuh ini pun masih banyak kekurangan dan kelemahan, apatah lagi dia yang baru belajar. Memang mustahillah untuk berlawan bersama aku.
Setelah aku berkata bergitu, aku mula kembali berjalan dan menyerang asap hitam yang berlegar di udara. Sekali-sekali, aku hairan kenapa tadi asap ini tidak mahu menyerang aku tetapi sekarang semua seakan mahu menyerang aku.
Bush!
Aku mula melawan serangan mereka dengan mengeluarkan satu api hitam dari tangan aku. Benda itu sungguh licik dalam berlawan. Banyak kali mereka dapat mengelak serangan aku.
Pedang aku pula dihayun mengena asap hitam itu namun setiap kali terpotong akan tumbuh asap baharu. Semua ini tidak akan habis begini.
Berlawan begini memang tidak akan habis kecuali aku mencari punca utamanya. Kalau sahaja aku boleh menangkap asap hitam itu untuk seketika sementara aku cuba mencari punca utamanya.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...