- 12 ;

166 32 3
                                    

“ GWENCHANAYO? ”. Soal Yebin sambil matanya melihat luka pada siku Heeseung kemudian duduk di sebelah Heeseung.

“ Ah , gwenchana~ ”. Heeseung mengukir senyum , matanya melirik pada gadis di hadapannya ini. Kecomelan gadis ini buat dia agak tak keruan.

“ Tapi , siku awak dah berdarah..saya ubatkan ya? ”. Yebin mengukir senyuman ceria seperti selalu. Terus tangan Yebin mengambil kapas yang sudah diletakkan antiseptik untuk menyapu luka tersebut.

“ ssst! ”. Heeseung berdesis sakit sambil mengalihkan sedikit tangannya dari ubat tersebut.

“ Ah , mian! ”. Yebin memandang Heeseung dengan kening bertaut , dia tak sengaja buat Heeseung sakit.

Heeseung ketawa kecil , dia tak tahu kenapa dia geli hati apabila melihat gadis ini bercakap dihadapannya.

“ Saya sapu ubat perlahan-lahan ya? ”. Kini Yebin perlahan-lahan menyapu ubat pada luka Heeseung sehingga dia melekatkan plaster luka pada akhirnya. Yebin tersenyum kerana berjaya ubatkan luka Heeseung.

Heeseung masih merenung pada Yebin , tiba-tiba saja Heeseung mendekatkan wajahnya pada Yebin sehingga mata gadis itu terkebil-kebil.

“ Kau masih tak jawab soalan aku yang sebelum ni , kau suka aku kan? ”. Heeseung dapat lihat pipi Yebin mula kemerahan akibat malu.

“ Huh? erm.. ”. Yebin buntu , Heeseung begitu dekat dengannya sekarang ini. Hanya tiga inci jarak mereka.

“ Tak apa , aku setia menunggu ”. Heeseung mengukir senyuman manis di hadapan Yebin.

“ Saya pergi dulu! ”. Terus Yebin bangun dan pergi dari situ meninggalkan Heeseung tersenyum sendiri.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungWhere stories live. Discover now