cp 149

1.6K 290 23
                                    

"Irene!" Tiba aku terdengar suara putera Noir.

Aku menoleh ke belakang dan kelihatan lelaki itu datang mendekati aku. Hampir terlupa aku bahawa putera ini juga akan ada pada malam ini.

"Awal awak datang hari ini," ujar putera.

Aku hanya tersenyum menjawab soalan itu. Rasanya mana ada awal sangat. Tetamu yang lain pun sudah mudah datang pada waktu sekarang.

"Putera tidak pergi bersama, Yang Mulia ke?" Soal aku.

Biasanya kalau keluarga diraja mengadakan majlis begini, mereka akan datang bersama. Tetapi tidak pula untuk putera Noir. Dia sudah datang ketika yang lain belum tiba.

"Saya tak suka menjadi tatapan tetamu, jadi saya akan datang awal daripada yang lain. Lagipun majlis ini ucapan khas daripada Yang Mulia, bukan saya," katanya.

Ada betul juga tetapi masih terasa agak curiga. Kalau dia lakukan begitu, bukankah melanggar etika keluarga diraja. Apa-apa sahajalah. Bukan masalah aku pun.

"Apa kata kita pergi masuk sekarang," cadangnya.

Aku setuju lalu kami berdua berjalan menuju ke taman yang berada tidak jauh dari istana utama. Melihat suasana taman itu membuat aku terkenang akan memori lalu.

Bukanlah memori yang indah tetapi memori terburuk aku. Sebuah taman yang menjadi saksi kejatuhan aku sehingga aku dihukum mati. Semua itu adalah salah puteri haram tersebut.

Sebelum kejadian itu terjadi, aku selalu berfikir bahawa puteri itu seorang yang baik tetapi silap aku berfikir begitu. Dia tidak ada beza dengan sampah yang busuk. Sudah dibuang tetapi masih berharap untuk diambil lalu menghancur hidup seseorang itu.

Semakin aku fikirkan tentang kisah lalu memang membuat dendam aku semakin membara. Selagi perempuan itu tidak mati di tangan aku maka aku tidak akan puas.

Setelah beberapa minit kami berjalan, kami akhirnya tiba di pintu masuk taman itu. Aku memberikan surat undangan aku kepada penjaga pintu itu dan sekelip mata dia benarkan aku masuk.

"Tuanku," tiba seseorang memanggil putera Noir membuat kami berdua berhenti.

Aku menoleh ke belakang melihat penjaga pintu yang memanggil putera Noir tadi.

"Silakan pakai lencana ini," ucapnya sambil menghulurkan satu dulang yang terdapat dua lencana berwarna emas.

"Lencana ini untuk apa?" Soal putera.

"Lencana ini untuk salah satu aktiviti malam ini. Semua tetamu diarahkan memakai lencana ini, tuanku."

Malam ini bukan setakat majlis pertemuan ke? Untuk apa pula pakai lencana emas begini.

"Dipersilakan tuanku," dia mengarah dulang berisi lencana tadi di kepada putera Noir. Putera mengambil satu lencana itu lalu memakai di bajunya.

"U-untuk pe-penyhir kegelapan Irene juga," suara lelaki itu bergetar ketakutan apabila cuba memberikan aku lencana itu. Nampaknya pandangan mereka semua masih takutkan aku.

Aku mengambil lencara emas tersebut dan turut memakainya di baju aku. Setelah itu, kami berdua terus menuju ke taman tempat majlis itu dijalankan.

Dapat aku dengar bunyi alunan muzik yang kuat dimainkan bersama suasana yang terang ditaman tersebut. Tidak ubah seperti suasana majlis di kehidupan pertama aku.

Kami berdua berjalan menuju ke sisi taman tersebut dan berhenti di sana. Kawasan itu tidak terlalu banyak tetamu berkumpul, jadi agak selesa untuk aku supaya aku tidak dengar bualan para bangsawan yang melihat kehadiran aku.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now