LARQ mengerling ke arah Rian. Dia sudah tersungkur setelah lelaki itu menghadiahkan sebuah sepakan kuat di bahagian perut. Luqman dilihatnya masih tidak jemu melayangkan buku limanya ke arah Rian. Ada yang sempat ditepis Rian dan ada juga yang berjaya mendarat di tubuhnya. Rian sedaya upaya untuk mengelakkan diri membalas serangan Luqman. Luqman itu ayah saudaranya. Jahat manapun lelaki itu, dia tetap perlu dihormati. Rian sekadar menepis dan mengelak serangan lelaki itu.
"Kenapa kau tak balas? Kau takut?" Soal Luqman kasar. Dia berhenti menghantar serangan. Dia lelah. Dia berundur menghampiri anaknya.
"Uncle tetap uncle Rian yang Rian kena hormat,"balas Rian lembut.
"Hormat? Kalau macam tu kau patut hormat aku juga sebab nyawa kau ada di tangan aku!" Sungguh bongkak kata-kata Larq. Di tangannya sudah tersemat pistol. Muncung diacu ke arah Rian. Rian statik.
"Kau akan ikut abang kau ke syurga. Eh! Maaf aku silap. Ke neraka!" Tinggi nada suara Larq. Picu ditarik namun belum dia melepaskan tembakan, pergelangan tangannya disepak kemas oleh Rian. Pistol di tangan Larq tercampak dan disambut oleh Rian. Rahang Larq bergerak-gerak. Tangan kirinya mengusap pergelangan tangan kanannya yang mula memerah.
Rian tayang sengih mengejek. Dia menyebak rambut kebelakang.
"The real men doesn't need any weapon to win the match. They just need to courage and confidence!" Ujar Rian. Pistol dicampak jauh di pintu gudang. Larq menjegil tajam.
"Kau ingat kau dah menang?" Larq pantas berlari ke arah Rian. Dia menumbuk dada Rian namun Rian sempat menepis. Larq menggunakan kaki pula untuk menendang peha Rian. Rian sempat mengalihkan kakinya. Tangan Larq yang mahu menumbuk wajah Rian ditangkap kemas sebelum diletakkan dibahu dan dipusingkan.
Badan Larq diangkat sebelum dihempas ke lantai. Larq terbaring. Luqman yang melihat anaknya rebah pantas meneruskan perlawanan. Dia ada kelebihan yang mana Rian tidak akan membalas serangannya. Kelebihan itu digunakan untuk menyerang. Tumbukannya ditepis seperti biasa namun dia berpura-pura sakit.
"Arghh! Tangan aku..,"lakon Luqman. Rian mula gelabah.
"Uncle okey?" Soal Rian prihatin. Melihat Rian termasuk dalam perangkapnya, Luqman tersenyum senget. Sebuah tumbukan padu berlabuh di batang hidung Rian. Darah meleleh keluar daripada hidung. Rian berdecit.
'Tak guna! Dia main kotor!' Kutuk Rian di dalam hati. Sedang Rian leka mengesat darah, suara Damia dan Zaini menarik perhatiannya.
"Hiyarghhh!" Larq berlari ke arah Rian lagi. Dia yakin dia bakal menang kali ni dan Rian akan mati di tangannya seperti yang dia lakukan kepada abang kembar Rian.
***
DAMIA resah melihat pergaduhan yang berlaku dihadapan matanya. Dia takut. Dengan perlahan, dia cuba meleraikan ikatan ditangan seperti yang pernah dipelajarinya di kem pengakap sekolah menengah dulu. Cubaan kali pertama menemui kegagalan. Damia tidak putus asa. Dia terus mencuba dan mencuba lagi. Hampir 10 minit berlalu dan Damia masih gagal membuka ikatan tangannya. Memang ada Larq buka tali yang melilit tangannya itu namun lelaki itu mengikatnya semula.
Zaini perasan akan usaha Damia ingin membuka ikatan tali. Pantas kakinya menghampiri wanita itu. Kepala Damia ditunjal kuat.
"Kau fikir kau boleh lari?" Soal Zaini. Dia bercekak pinggang. Tudung wanita itu direntap kasar. Menjerit Damia dibuatnya. Auratnya terdedah! Tiga orang lelaki yang sedang berlawan itu menoleh ke arahnya. Damia perasan Rian menoleh dan riaknya tegang . Kaki sudah setapak di hala mahu membantu Damia namun terhalang apabila Larq terlebih dahulu membuat serangan. Damia rasa nak menangis.
"Nangis ke? Alololo, manjanya dia ni,"ejek Zaini. Pipi Damia dilempang kuat.
"Kalau kau nak tahu, Rian tu sayang sangat pada kau,"ujar Zaini. Suaranya mengendur. Rambut Damia dipintal-pintal perlahan.
YOU ARE READING
Bodyguard Seumur Hidup
RomanceDAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia. Nak dijadikan cerita, disebabkan wajah yang cantik menawan hati mak-mak mertua di Ma...