.
.
.
.
.Mata aku memandang buku yang tertulis kehidupan lalu aku itu. Kalau diikutkan buku ini, sepatutnya majlis itu akan dilakukan pada umur aku 25 tahun.
Kenapa secara tiba-tiab sahaja majlis yang serupa berlaku pada umur aku yang masih 22 tahun ini? Aku yakin sangat bahawa ada benda tidak kena.
Pagi tadi, tepatnya ketika aku mahu berangkat pergi ke menara sihir, Norn ada memberikan aku satu undangan daripada istana. Undangan itu adalah undangan pertemuan para bangsawan ternama dia negara ini dan sudah semestinya aku termasuk sekali.
Tentang udangan itu aku tidak kisah tetapi yang membuat aku kisah ialah tentang tempat undangan itu diadakan. Tempat itu adalah sama seperti tempat aku dituduh cubaan membuku putera Noir dahulu.
Apakah ini satu perangkap yang dibuat oleh Vivian lagi? Itu agak mustahil kerana Vivian tiada kuasa untuk mengadakan majlis besaran begini melainkan raja itu sendiri yang lakukan semua ini.
Seingat aku dikehidupan lalu dia tidak ada kena-mengena dalam rancangan Vivian, jadi mungkin kali ini dia ada tolong Vivian. Kalau firasat aku betul, raja dan Vivian ingin memerangkap aku kerana aku menolak memakai rantai sihir.
Kehidupan lalu sepatutnya aku sudah pakai rantai itu tetapi kali ini aku telah ubah semua itu. Segala peristiwa yang membuat aku jatuh dahulu sudah tiada dan hampir semuanya bertukar, jadi tidak mustahil rancangan raja sampah itu juga sampah itu akan bertukar juga. Kalau begitu nampaknya aku tidak ada pilihan lain kecuali melawan balik.
Kalau betul akan ada sesuatu terjadi pada aku di majlis itu, maka aku akan cuba melawannya. Tetapi aku harap tidak. Aku tidak mahu berlawan dan menimbulkan lebih banyak pandangan buruk terhadap aku.
"Kakak," suara Nale kedengaran.
Aku mengangkat pandangan aku melihat ke arah budak lelaki yang sedang hulurkan aku satu kertas itu.
"Kakak ada apa-apa masalah ke?" Soalnya.
Mesti dia melihat aku seakan ada masalah sekarang. Tipulah kalau aku tidak ada masalah. Setiap hari masalah aku datang kalau raja sampah dan puteri haram itu masih hidup. Tapi tak akan aku nak cerita hal itu kepada budak yang baru 15 tahun ini. Mana dia faham.
"Tak ada apa-apalah," ujar aku mengelak soalan tadi.
Kertas yang dia hulurkan aku ambil lalu aku baca. Kertas tentang kajian sihir itu rupanya. Cepat betul budak ini kerja.
Rasanya mahu minggu lepas aku beri dia tugasan mengkaji haiwan sihir seperti Avar dan minggu ini sudah siap. Biasanya orang akan ambil masa sebulan dan paling cepat pun 2 minggu. Ini tidak, seminggu sudah siap.
Kertas kerja sempurna pula tu. Kalau aku kata dia main tulis sahaja memang salahlah kerana semua yang dia laporkan dalam kertas ini masuk akal dan boleh diterima.
"Cepat betul kamu buat kerja ini. Kalau satu hari nanti kamu ambil alih menara ini pun, kakak sudah tak perku risau lagi," aku memujinya.
"Mana mungkin saya ambil menara ini. Menara ini milik kakak bukan milik saya."
"Nale, tidak semua mahluk boleh hidup abadi di dunia ini. Satu hari nanti, kakak juga akan pergi. Kakak tak semestinya selamanya di sini."
Kata-kata itu memang aku sangat maksudkan. Walaupun aku Derain yang diberi kebolehan untuk hidup abadi tetapi sekiranya ada orang cuba membunuh aku maka aku juga akan mati. Begitulah bagaimana aku mati dikehidupan pertama aku.
Dan dikehidupan ini aku tidak tahu bagaimana perjalanan hidup aku. Setiap detik nyawa aku akan teramcam kalau aku tidak berjaga-jaga.
"Kakak, lain kali jangan kata begitu lagi. Saya tak suka kalau kakak berkata begitu," nada Nale bertukar sedih. Matanya serius memandang ke arah aku.
Aku mengeluh kecil lalu mula berdiru dati duduk tadi. Tangan aku mencapai kepalanya dan terus aku mengusapnya.
"Maafkan kakak. Kakak tak akan kata begitu lagi," ujar aku sambil tersenyum.
Aku tahu Nale sungguh sensitif apabila aku membawa topik begitu. Dia tidak mahu kehilangan sesiapa lagi setelah dia kehidupan ibu angkatnya itu.
Aku juga tidak mahu tinggalkannya tetapi aku berkata begitu kerana aku ingin mengingatkannya tentang kepergian seseorang dalam hidup ini. Akan ada orang yang datang maka akan ada juga orang yang pergi. Semua itu akan berlalu selama dia masih hidup.
"Kalau begitu baguslah," ucap Nale lalu mula berjalan pergi dari meja aku ini.
Aku hanya tersenyum melihat budsk itu. Tidak sangka budak lelaki yang comel aku jumpa 5 tahun lepas sudah jadi sebesar itu. Tinggi pun sudah mahu mencapai tinggi aku. Suara yang comel itu juga sudah mula berubah garau. Nampaknya tak lama lagi akan hilang sosok budak lelaki comel itu.
"Oh ya Nale, kalau kamu tahu kehadiran seseorang itu akan mengamcam hidup kamu, apa yang kamu akan buat?" Soal aku.
"Bunuh orang tu," laju dia menjawab.
Aku tertawa kecil mendengar jawapan itu. Tanpa segan silu dia berkata bergitu. Memang sah aku yang besarkan dia.
Semakin hari semakin menyerupai sikap aku yang kejam ini. Kalau orang lain, tidak ada mereka akan berkata begitu. Nale ini sudah hampir sekejam aku. Harap sahaja apa yang aku ajar tak buat dia jadi sekejam aku. Kalau sudah tahap begitu rasanya mustahil untuk dihentikan lagi.
Jujur aku kata, Duke Kylo tu sebenarnya tak kisah pun tentang Irene. Yang dia kisah adalah keluarga dia dan negara itu shj. Dia tu lebih seperti akan selamatkan Irene kalau dia rasa perlu sahaja. Kalau tak dia tak akan selamatkan.
Contohnya, mcm tadi. Dia tahu negara akan hancur kalau Irene mati, jadi dia akan selamatkan Irene. Tetapi kalau tidak, maka dia tak akan kisah Irene hidup atau mati.
Jadi kesimpulannya, Duke Kylo hanya selamatkan Irene demi kepentingan dirinya sendiri shj.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...
cp 147
Start from the beginning