"Hah!" Tiba Duke Kylo terjaga dari tidurnya. Matanya memandang ke sekeliling bilik itu.
Sekali lagi dia telah tertidur di bilik kerjanya. Itu mesti sebab kerjanya yang tidak berhenti bertambah sejak dua menjak itu.
Tapi itu bukan masalahnya. Masalah sekarang adalah dia telah menerima kembali memori asing itu. Sudah hampir 5 tahun berlalu sejak dia menerima memori asing tersebut dan sejak itu jugalah memori itu terus menghantui dirinya.
Hampir semua memori itu ada kena-mengena dengan Irene. Awalnya dia fikir itu hanyalah mainan tidur tetapi apabila sudah selalu begini, rasanya itu bukan mainan tidur lagi.
Mungkin memang betul itu adalah memori masa seseorang. Kedengaran susah untuk dipercayai tetapi kalau perkara itu terjadi betul-betul negara ini akan dalam bahaya.
Duke sendiri dapat rasakan bahawa Irene bukan gadis biasa. Mungkin dia dalam mimpi itu Irene kelihatan lemah tetapi itu kerana dia memakai rantai sihir. Sekarang dia tidak pakai bermakna Irene masih kuat.
Walaupun begitu, ianya masih merisaukan dirinya. Ini bukan sahaja berkenaan dengan Irene tetapi turut berkenaan dengan negara ini. Kalau betul satu hari nanti Irene akan mati seperti cara dalam mimpinya maka dia mesti hentikan.
Tiada sesiapa dapat tolong Irene kecuali dirinya tetapi sanggupkah dia melakukan semua itu. Mempertahankan persalah sama seperti melanggar perintah raja. Dia seorang yang setia dan tidak mahu mengkhianati negara ini.
Kalau betul Irene bersalah maka dia tidak kisah kalau Irene dijatuhkan hukuman tetapi bagaimana kalau Irene tidak bersalah? Bukankah itu bermakna dia harus menentang raja.
Lelaki itu sudah tidak tahu lagi. Kepalanya sakit memikirkan hal itu. Semakin dia cuba lupakan semakin ianya datang.
Mungkin itu adalah karma yang diberikan kepadanya atas apa yang dua telah lakukan pada Irene dahulu. Kesalahan itu sungguh besar sehingga Irene sendiri tidak memafkan dirinya. Entah-entah Delina juga tidak akan maafkan dirinya itu kerana gagal menjaga Irene seperti apa yang wanita itu pinta.
Tok! Tok!
"Masuk," ujar Duke apabila pintu di bilik itu diketuk.
Pintu tadi dibuka dan kelihatan pembantunya datang sambil membawa satu sampul surat.
"Ini ada surat daripada istana," kata pembantu lalu memberikan surat itu.
Duke tanpa berlengah masa terus membuka surat itu yang merupakan surat undangan daripada raja untuk menghadiri majlis pertemuan para bangsawan.
Agak hairan Duke kerana biasanya majlis pertemuan ini akan berlaku pada musim sejuk ataupun akhir tahun tetapi sekarang pada pertengahan tahun pula.
Dia membaca lagi isi undangan itu. Dikatakan majlis itu akan diadakan pada awal bulan hadapan bertempat di taman istana.
"Taman istana!" Duke terkejut.
Biasanya majlis akan dibuat di dewan tari istana tetapi kenapa dibuat di taman istana pula. Dan yang paling membuat Duke terkejut ialah situasi ini sama seperti mimpi tentang Irene tadi.
Di mimpi itu dikatakan ada majlis menyambut hari lahir raja dibuat di taman istana dan waktu itu Irene akan dituduh cubaan membunuh Noir.
"Ada apa-apa tak kena ke Duke?" Soal pembantunya.
"Tak apa-apa. Kau boleh keluar," arah Duke.
Selepas pembantunya itu keluar, Duke terus mengambil satu kertas dan mula mencatat segala yang dia ingat tentang mimpi tadi.
Kalau betul bahawa malam majlis itu Irene akan dituduh cubaan membunuh putera mahkota, maka dia mesti tolong gadis itu. Dia mesti cari cara supaya Irene tidak mati dan kerajaan ini selamat daripada serangan luar.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...