cp 145

1.7K 272 22
                                    

Angin segar bertiupan di taman tersebut. Semua pokok mula bergoyang mengikuti arah angin tadi. Udara petang yang segar ini memang impian semua orang untuk menikmati permandangan taman bunga yang cantik serta mengadakan majlis minum petang.

Siapa sahaja tidsk idamkan semua itu. Malah pekerja kebun yang sibuk memotong takai bunga itu juga mengidamkan minum petang yang enak dan menenangkan jiwa.

"Elok sungguh cuaca hari ini bukan?" Tiba satu suara menyoal pekerja kebun tadi membuat dirinya terkejut.

Pekerja itu menoleh ke belakang dsn alangkah dia terkejut melihat putera mahkota berdiri di belakangnya sambil menghadiahkan satu senyuman.

Pekerja itu dengan pantas terus menundukkan badannya memberi perhormatan kepada sang putera. Noir yang melihat itu hanya mengecilkan matanya.

"Tak sangka kerja kau sungguh hebat. Cantik taman ini kemahiran berkebun kau," ujar Noir.

"Terima kasih, tuanku," pekerja tadi menerima kata tadi sebagai satu pujian.

Itu adalah kali pertama dia mendapat pujian daripada para bangsawan. Lagi-lagi orang itu adalah putera mahkota kerajaan ini.

Noir melangkah kakinya mendekati pokok bunga yang dipotong oleh pekerja tadi. Matanya melihat bunga kecil berwarna perak itu. Sungguh cantik apabila bersinar dibawah cahaya matahari.

Itulah bunga lambang kerajaan ini. Bunga itu sungguh istimewa sehingga hanya di taman istana terdapat bunga itu. Kalau ada di tempat lain pun, ianya pasti akan susah untuk ditemui.

"Apa tuanku sedang bersiar-siar sekarang?" Soal pekerja tadi.

"Ya dan tak sangka pula terjumpa pekerja yang masih berkerja pada waktu begini."

Pekerja tadi tersenyum malu. Itu adalah satu pujian yang mengatakan bahawa dia rajin bekerja. Sekali lagi dia mendapat pujian daripada Noir.

"Patik suka bekerja di taman ini tuanku. Bagi patik taman ini sungguh cantik sehingga dapat menghilang kepenatan patik," balas pekerja tadi.

Noir terdiam seketika sambil memandang bunga yang berada di telapak tangannya. Dia cuba memahami maksud sebenar pekerja itu.

"Aku tidak pernah melihat kau sebelum ini, apa kau pekerja baharu?" Soal Noir.

"Ya, tuanku. Patik pekerja baharu yang baru sampai minggu lepas," balasnya.

Noir tersenyum sinis. Akhirnya dia tahu siapa lelaki itu. Tidak perlu masa yang lama dia mencari sosok pengkhianat Croalia itu.

"Aku harap kau boleh teruskan kerja kau dengan lebih lama tetapi rasanya tidak mulai saat ini," Noir menoleh ke arah pekerja tadi.

Pekerja itu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Noir. Dia tidak faham kenapa dia tidak akan berkerja lagi mulai saat ini.

"A-apa maksud tuanku?" Gementar dia menyoal.

Noir tersenyum lalu mengangkat tangkai bunga tadi tepat separas muka pekerja itu.

"Saat ini kau akan mati di tangan aku," tangkai bunga tadi terus dipatahkan dan secara tiba muncul satu akar dari tanah yang melilit tubuh pekerja tadi. Serta merta pekerja itu tidak dapat gerakkan tubuhnya.

"Apa maksud semua ini tuanku?"

Noir berjalan mendekati lelaki yang terikat dengan akar itu. Matanya melihat tajam ke arah lelaki itu dan serta merta matanya bersinar menandakan dia sedang menggunakan sihir.

"Aku tahu identiti kau yang sebenarnya, perisik Croalia yang mengkhianati negara itu sendirikan."

Lelaki itu terkejut sehingga mulutnya tidak terkata lagi. Dia tidak tahu bagaimana Noir tahu akan identiti sebenarnya itu. Dia sudah cuba sedaya upaya untuk menyorokkan identiti dengan menjadi pekerja istana.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now