"Argh! Uhuk! Uhuk!" Darah keluar dari mulutnya.
Tekaknya terasa sungguh panas seakan dia sedang menelan lava yang sungguh hangat. Ditambah lagi badannya sungguh sakit sehingga dia terduduk di lantai yang dikelilingi oleh satu lingkaran sihir.
Darah yang tumpah ke lantai tadi mula diserap oleh lingkaran sihir itu membuat bilik itu bercahaya dan penuh dengan aura hitam.
Seorang iblis wanita yang melihat semua itu tersenyum puas. Setelah beberapa tahun dia cuba masukkan sihir kegelapan dalam tubuh perempuan dihadapannya kini, akhirnya keputusan tercapai.
Bertahun dia cuba dan telah banyak dia korbankan tenaganya. Kalau sahaja budak dihadapannya kini mempunyai mana yang kuat ianya akan senang tetapi mana perempuan itu sangat sedikit.
Malah untuk menggunakan sihir pun tidak cukup. Oleh sebab itu, iblis tadi telah menyuruh budak itu menelan batu Nyx. Batu itu dapat membantu meningkatkan mana seseorang.
Namun begitu, ada kesan sampingan seperti hayat seseorang itu akan semakin terhakis kalau terus digunakan. Tetapi dia tidak memberitahu perempuan itu dan hanya membiarkan sahaja perempuan itu menelannya.
Dia tidak boleh hentikan apa yang dia usahakan selama ini musnah begitu sahaja. Iblis itu mahu gunakan perempuan itu sebagai senjata membalas dendamnya.
Cara dia menggunakan perempuan itu sungguh senang. Dia hanya tawarkan beberapa hal kecil dan perempuan itu terus setuju tanpa berfikir dua kali.
Memang seorang manusia yang bodoh. Kalau semua orang seperti perempuan ini mesti dunia ini akan hancur awal.
"Nila, apa dah jadi dekat aku?" Soal Vivian.
"Badan kau sudah dapat terima batu Nyx sepenuhnya. Sekarang kau sudah boleh gunakan sihir kegelapan sepenuh," balas Nila.
Iblis itu berjalan mendekati Vivian. Mata memandang lingkaran sihir yang menyala itu. Lingkarannya sempurna bermakna sihir Nyx akan masuk ke tubuh Vivisn sikit demu sedikit.
"Aku sudah boleh gunakan sihir kegelapan. Akhirnya aku boleh musnahkan hidup penyihir tak guna itu," Vivian tersenyum jahat melihat tangan yang berdarah itu.
Sejak kejadian 5 tahun lepas, keluarga Duke Kylo telah membatalkan pertunangan dia bersama Crius dan hal itu menyebabkan dia direndahkan oleh para bangsawan lain. Dia dipermainkan oleh mereka sehingga dia tidak berani menunjukkan muka dikhalayak ramai lagi.
Dan semua itu disebabkan oleh penyihir tidak guna itu. Kalau sahaja dia tidak datang bersama putera mahkota mesti dia tidak akan mendapat semua ini.
Jadi sejak itulah Vivian mula berdendam besar terhadap Irene. Di mata Vivian, Irene adalah penghancur hidupnya. Dia akan dapat apa yang dia mahukan kalau Irene tiada di dunia ini. Oleh sebab itu, Irene harus mati. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Irene mati.
"Ya, kau boleh hancurkan penyihir itu dan putera mahkota yang kau cintai itu akan jadi milik kau. Kau akan dapat apa yang kau hilang selama ini," hasut Nila untuk menambahkan lagi semangat Vivian untuk membunuh penyihir itu.
Vivian yang mendengar semua itu tersenyum puas. Putera Noir ialah lelaki yang dicintai oleh Vivian. Dia tahu bahawa Noir ialah abang tirinya tetapi perasaan cintanya pada lelaki itu tidak dapat menahan dirinya itu.
Dia mahu lelaki itu mencintainya balik dan Irene yang selalu menjadi penghalang mereka harus mati. Kalau boleh dia mahu putera itu sendiri yang bunuh Irene. Baru puas hatinya.
"Bersiap sedia Irene. Pada malam bulan mengembang, hidup kau akan hancur seperti debu," ujar Vivian sambil tertawa jahat.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...