cp 136

1.8K 293 11
                                    

Noir dan Nale terpegun melihat satu pokok yang besar di lapangan salji ini. Besarnya pokok itu sehingga membuat mereka kelihatan seperti semut sahaja kalau dibandingkan.

Pokok putih yang dilimpahi salji itu sungguh cantik sehingga mata mereka tidak melihat perkara lain lagi. Pokok itu seakan menarik pandangan mereka hanya untuk melihatnya sahaja.

"Pokok apa ini?" Soal Nale.

Tidak pernah dia melihat pokok yang mengeluarkan aura sihir yang sangat kuat seperti itu. Sekeliling pokok itu dikelilingi dengan satu aura sihir kesucian yang tidak dapat dia ungkap dengan perkataan.

"Ini bukan pokok memori dunia ke," tiba Noir bersuara.

Tatapan Nale beralih ke arah lelaki di sebelahnya. Terkejut Nale bahawa lelaki itu tahu akan jenis pokok ini seakan pernah melihatnya.

Dia sendiri tidak tahu jadi bagaimana lelaki itu tahu. Ada sesuatu yang mencurigakan tentang lelaki di sebelahnya kini.

"Apa pokok memori dunia?" Soal Nale walaupun dia sudah tahu jawapannya. Dia sengaja menguji putera mahkota itu.

"Pokok ini menyimpan semua memori yang ada di dunia ini. Tak kira sekecil mana memori itu, pokok ini akan tetap menyimpannya. Pokok ini biasanya tidak akan muncul depan manusia, jadi kenapa ianya ada di sini?"

Nale terdiam. Apa yang dikatakan Noir tadi adalah perkara yang benar, jadi bermakna Noir tidak menipu.

"Macam mana kau tahu itu pokok memori dunia sedangkan ianya tak mahu muncul di hadapan manusia? Gambaran dia juga rasanya masih tak ada di buku sejarah sihir dunia," Nale bertanya.

Seketika itu Noir terus tersentak. Nampaknya dia telah terlepas cakap tadi. Dia tahu bahawa pokok di hadapannya ini adalah pokok memori dunia kerana dia pernah jumpa pokok ini dahulu ketika masih menjadi Yagiz.

Waktu itu ketika dia masih berjuang membina negara Verish, dia telah terjumpa pokok ini tanpa sengaja. Dikatakan dulu pokok ini muncul di hadapannya kerana pokok itu ingin berterima kasih telah menyelamatkan dunia ini daripada serangan sihir jahat.

Agak terkejut bila dia tahu bahawa pokok begitu wujud di alam ini dan orang yang pernah melihat pokok itu hanyalah dirinya. Jadi disebabkan itu dia telah menulis buku sejarah sihir mengenai pokok memori dunia tetapi tidak menunjukkan gambarannya bagaimana kerana dia tidak mahu ada orang mengincar pokok berharga ini.

"Au-aura sihir dia kuat jadi tidak salah lagi ini adalah pokok memori dunia. Mana ada pokok lain yang ada aura sihir sekuat ini," Noir memberu alasan palsu.

Nale yang mencuriga jawapan itu hanya berdiam. Dia tahu Noir menipu kerana nadanya yang tersekat-sekat awal tadi. Hanya orang yang mencari alasan sahaja akan bercakap begitu.

Noir yang mila tidak selesa dengan pandangan Nale itu mula berjalan mendekati pokok tadi. Nale juga turut mengikuti lelaki itu.

Mereka berdua berhenti di hadapan pokok itu dan seketika tangan Nale ingin menyentuh dahan pokok itu tiba tanah di sekeliling mereka bergegar kuat.

Noir memandang ke tanah terkejut kerana tanah itu bergegar dalam keadaan yang cukup kuat seakan mahu runtuh.

"Apa dah jadi?" Soal Nale yang turut terkejut.

Brak!

Tiba satu akar keluar dari tanah cuba menyerang Nale tetapi sempat dielak oleh Nale. Dia melompat ke belakang dan akar itu tidak berhenti menyerangnya.

Bukan dia sahaja malah Noir juga diserang dengan serangan yang sama. Akar itu datang dari tanah dalam bilangan yang cukup banyak menyerang dia orang itu tanpa henti.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now