"AKU DEKAT MANA NI!"
Rumah besar tersergam indah di hadapanku kini menjadi tatapan mata. Kiri dan kanan aku lihat, penuh dengan rumah yg lain. Senang cerita aku sekarang berada di kawasan perumahan.
Aku dekat mana ni?
Mana perginya Aliya?
Mana taman tadi?
Kenapa aku ada dekat sini secara tiba2?
Depan aku ni rumah siapa?
Sejak bila aku dtg sini?Macam2 soalan ada dekat kepala otak aku, tapi semuanya hanya dibiarkan saja.
Aku x tau kenapa, tapi aku rasa macam rumah yg berhadapan dengan aku ni, macam familiar sangat dengan aku.
Tanganku tanpa disuruh, telah pun membuka pintu pagar rumah ini. Kaki menapak masuk ke dlm kawasan rumah. Aku x tau ni rumah siapa dan memang x pernah nampak pun sebelum ni. Tapi kenapa aku rasa berani semacam nak masuk rumah ni?
Seolah2 badanku dah terbiasa dengan persekitaran baru ini.
Tombol pintu dipulas dan terbuka. Membuatkan aku nampak bahagian dlm rumah ni. Hati aku kata tidak tapi kaki telah pun melangkah masuk terlebih dahulu.
Jujur aku kata, badan aku sekarang seperti dikawal oleh seseorang.
"Ahhh penatnya bekerja harini~"
Badan diregangkan.
Macam tiba2 je ayat tu keluar dari mulut aku. Penat? Aku pergi mana sampai penat? Ni first time aku ada dekat alam ni. Tang mana aku bekerja? Aku mana pernah bekerja sebelum ni.
Sofa merah yg berada di ruang tamu menjadi tarikanku saat ini. Terus sahaja punggung dilabuhkan.
Eh apa masalah aku ni? Kenapa badan aku ni tak tergerak nak usya kawasan rumah ni? Yg aku pergi duduk atas sofa ni dah kenapa?
Kenapa badan aku x gerak sama macam dlm hati aku ni!
Remote tv aku capai dan siaran tv ditukar. Mata memandang tv tapi fikiran melayang ke lain.
Ni rumah aku ke? Kejap, aku dpt tukar takdir ke? Betul ke ni? Kalau tak betul, habistu macam mana aku dpt masuk rumah ni? Dah tentu ni rumah aku sebab tulah aku macam dah terbiasa dengan persekitaran ni kan?
Entah2, menjadi kot apa yg aku buat. So maksudnya, aku x kawin dengan Daniel? Aku single lah sekarang ni eh? N ni rumah aku time aku single?
Wahhh!!!! Aku tukar takdir! Aku berjaya!!! Aku dpt jauhkan diri dari laki tak guna tu! ARGHHH BESTNYA!!!! THANK YOU ALIYA!! Thank you sangat2 sebab ikut ckp aku!!! ARGHHH TAK SANGKANYA WEHHH!!!
"Sayang"
Panggilan seseorang dari arah belakang membuatkan aku kembali ke dunia nyata.
Wait, Sayang?
Ada org lain dlm rumah ni? Daniel ke? Tapi x mungkin. Aku dpt tukar takdir kan? Kereta Daniel dekat luar pun takde kan? Habistu macam mana boleh ada org dlm rumah ni kalau bukan Daniel?!
Entah2 penyamun kot!!!! Arghh!!! Dah lah panggil aku sayang! Mesti dia miang! Dia nak rogol aku! ARGHHH!!!
Cepat2 aku pusing ke belakang dan remote tv di halakan kepadanya. Seolah2 remote itu pisau pula aku buat.
Habistu dah takde benda boleh dijadikan perisai! Nak buat macam mana?!
Jantung aku lagi berdebar bila org yg berada tidak jauh dari aku sekarang ni, bukanlah Daniel. Maksudnya dia ni betul2 stranger!
YOU ARE READING
You're My Destiny
Romance"Goda saya." Kata isterinya secara tiba-tiba. "What?" Kening Fazril berkerut mendengar kata-kata Liya. "Buat saya jatuh cinta dengan awak untuk kali yg kedua~" Siapa je tak terkejut kalau buka2 mata di tahun yg berbeza. Lagi terkejut bila baru dap...