Epilogue

6.7K 248 59
                                    

Tak lekang senyuman yang tercalit di bibir Ina melihat tindak tanduk Harraz melayan karenah kedua-dua anaknya. Kadang kala dia turut tergelak. Ada-ada sahaja perangai mereka.

Perut yang hanya tunggu masa sahaja ingin meletup itu di usap perlahan. Ina akui mengandung kan anak kembar sangat lah penat. Dia juga semakin berisi kerana terlalu banyak makan.

Perasan Harraz memetik jari dihadapan dia Ina terus tersedar.

"Jauh mengelamun?" Soal Harraz. Ina menggelengkan kepala. Harraz terus melabuh di sebelah Ina.

Mereka satu family membuat keputusan untuk picnic di tepi tasik memandangkan dua minggu lagi Ina akan bersalin.

"Wife, boleh tak cerita perkara sebenar yang terjadi?" Soalan Harraz membuatkan senyuman Ina mati.

"Itu semua dah lepas lah Harraz!" Ina bersuara perlahan. Rambut Harraz yang beralun kerana ditiup angin itu diusap ke tepi.

"Sayang, its been four months. Saya masih tak tahu apa-apa pun pasal kejadian kat gudang tu." Harraz menarik tangan Ina.

Sudah lama Harraz menunggu Ina menceritakan segalanya tentang kejadian dekat gudang. Tapi sampai sekarang Ina menutup mulut dan cuba mengubah topik apabila dia bertanya.

Harraz mengeluh.

"Saya sedih kalau teringat balik." Ina mula bersuara apabila melihat mood Harraz sudah bertukar.

Harraz terus menoleh. Dia mendekatkan lagi ke arah Ina. Pipi Ina dielus lembut.

"Tell me!" Harraz memandang dalam anak mata Ina.

"She texted me, cakap nak bunuh anak kita sebelum awak bergerak. Hari tu saya pura-pura tidur. Lepas awak keluar saya terus cari jalan keluar." Harraz mengerdipkan mata dia banyak kali.

"Then?" Harraz menyoal kembali apabila Ina terdiam.

"Farish ada dekat sana sekali," Harraz mengetap bibir. Dia sudah agak ini plan Rania dengan si Farish. Tak guna! Sampai sekarang dia tak dapat menjejak Farish.

Harraz sempat menoleh ke arah Ayra dan Hafeef. Takut-takut mereka pergi ke tempat lain.

"Tapi," Ina mula nak menangis.

Harraz terus memeluk bahu Ina.

"Slow-slow, it's okay! I'm hear," bahu Ina diusap. Dia tahu ada sesuatu yang membuatkan Ina terdiam dan tak mahu bercerita.

"She kill him, Harraz! Depan mata saya. Farish cuba bawak lari anak-anak kita. Dia tolong kita. Saya tak sanggup nak cerita. Disebabkan semua nya terbongkar, Rania seksa Ayra dan dia masukkan dalam peti beku. Masa tu Allah jek yang tahu betapa saya sakitnya tengok Ayra menangis-nangis."

"Astaghfirullahalazim!" Harraz terus beristighfar. Dia tidak sangka.

"Macam mana awak beri keterangan dekat polis?" Itu pun turut dirahsiakan. Hanya Ina dan pihak berkuasa sahaja yang mengetahui.

Air mata Ina dikesat.

"Saya bagitahu semuanya. Mayat Farish langsung tak dijumpai. Saya ada dengar diorang bakar mayat tu. Kes Farish ni ditutup sebab Rania pun dah tak ada," Ina mengesat air mata dia. Bila teringat balik dia akan sedih.

Farish cuba untuk menyelamatkan anak mereka. Akhirnya dia yang terbunuh.

"Saya tak expect langsung!" Harraz memandang Ina. Ina tersenyum.

"Saya berterima kasih dengan dia." Kata Ina. Harraz mengangguk.

"Lega sikit awak dah cerita. Kalau tidak saya tertanya-tanya." Harraz mengusap pulak perut Ina.

MRS HARRAZ! [ S1 S2 ]✔️Where stories live. Discover now