Mata aku menatap rumah usang yang terbiar di dalam hutan ini. Rumah tersebut kelihatan sudah terbiar dalam waktu yang cukup lama. Kayu-kayu sudah memburuk dengan binaan yang kelihatan akan runtuh bila-bila masa. Rasanya tiada sesiapa mahu yang tinggal di situ lagi.
Agak mustahil untuk didiami seseorang dengan keadaan yang sangat teruk begitu. Apatah lagi sekarang di sini musim sejuk. Mesti orang itu akan mati kesejukan di dalam rumah itu.
Disebabkan rasa kecurigaan aku terhadap rumah ini, kaki aku mula melangkah mendekati pintu rumah tersebut. Sebelum aku masuk, sempat aku melihat sekeliling rumah agam besar ini.
Walaupun terbiar tetapi ianya masih cantik dengan reka bentuk zaman dahulu. Halaman rumah ini juga kelihatan cantik tetapi di tutupi dengan salji.
Setelah selesai aku memerhati sekeliling kawasan luar rumah itu, tangan aku mula memegang tombol pintu tersebut untuk membukanya. Namun belum sempat aku membukanya tiba pintu itu terbuka sendiri.
Rasa seram tetapi tidak untuk aku. Aku sendiri tidak percaya dengan hantu. Bagi aku hantu itu hanya roh manusia sahaja. Iblis lagi menakutkan daripada roh. Dan boleh jadi bahan tertawa untuk penyihir kegelapan takutkan hantu.
Sebelum aku melangkah masuk, aku menarik nafas dahulu untuk menenangkan diri ini. Aku tidak tahu apa yang kan terjadi kalau aku masuk nanti. Setelah itu, kaki aku terus melangkah masuk ke dalan rumah usang tadi.
Mata aku memandang sekeliling rumah ini. Nampaknya rumah ini memang sudah terbiar lama. Habuk penuh di lantai dan dinding. Ada juga beberapa perabot lama di dalam rumah ini. Semuanya kelihatan tidak pernah bergerak dalam masa yang agak lama.
Aku berjalan menuju ke tangga yang berada di tengah ruang ini. Di penghujung tangga itu, aku perasan satu gambar perempuan berambut hitam yang kelihatan sungguh angun. Pemilik rumah ini dulu ke?
Wajah wanita itu tidak dapat aku nafikan kecantikannya. Dengan kulit mulus dan bibir yang merah mengoda. Bagi aku, dia adalah wanita tercantik selepas ibu yang pernah aku lihat.
Mata aku menatap lagi gambar wanita itu dan tiba aku terperasan bahawa ada sesuatu yang pelik dengan bingkai gambar tersebut. Aku mendekati gambar tersebut lalu menyentuh bingkainya.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...