MATAHARI mula memancarkan sinarnya. Seluruh alam kian mencerah dek cahayanya. Damia terjaga dari lena. Usai menunaikan solat Subuh tadi, Damia kembali mengulit mimpi memandangkan masih awal lagi untuk bersiar-siar. Jam telefon bimbit Damia berdering tepat jam 8 pagi. Waktu biasa dia bersarapan. Damia menggeliat kecil. Tuala dicapai sebelum kakinya melangkah ke bilik mandi.
Hampir 20 minit membersihkan diri, barulah Damia keluar daripada bilik mandi. Telefonnya menjerit minta diangkat. Pantas sahaja punat 'accept' ditekan sebaik nama Rian terpapar di skrin.
"Assalamualaikum. Dah siap ke? Saya nak bawa awak breakfast ni." Suara Rian menyapa pendengaran Damia. Dia senyum lebar.
"Dah! Meh lah datang bilik saya. Bagi saya lima minit saja lagi,"balas Damia.
"Okey." Panggilan ditamatkan. Damia melakar solekan ringkas diwajahnya. Minyak wangi disembur selepas Damia selesai melilit shawl menutupi kepalanya. Sling bag dicapai dan dia berjalan keluar.
***
"CAN I ask you something?" Soal Damia. Air milo suamnya disisip perlahan. Nasi goreng kampungnya sudah licin dikerjakannya. Rian mengangguk memberi izin Damia menyoal apa saja.
"I know that watch, Rian. Jam limited edition yang mencecah ratusan ribu ringgit. Awak cakap family awak orang susah, daripada mana awak dapat duit beli jam tu?" Soal Damia. Dia memerhati Rian yang sedang mengunyah mi goreng. Mendengar soalan Damia, Rian pantas tersedak. Habis merah wajahnya dek menahan perit di kerongkong.
"Awak okey tak ni?" Soal Damia. Terpapar riak bersalah pada air muka Damia.
"Awak nak bunuh saya ke apa ni? Tak ada soalan lain ke nak tanya?" Marah Rian. Dia gelabah sebenarnya. Silap dia juga memakai jam kesayangannya itu. Damia menjeling.
"Saya tanya saja. Jawablah cepat!" Marah Damia kembali.
"Itu... Kawan saya bagi."
"Tipu. Takkan kawan awak si Damien tu nak habis beratus ribu untuk beli jam awak. Lagi bagus dia beli rumah sebiji untuk mak dia!" Selar Damia. Rian diam.
"Damia... Awak nak saya jawab, saya dah jawab. Awak nak percaya atau tak, itu bukan masalah saya. Saya dah jawab, so, enough." Telefon Rian berdering. Rian pantas menjawab. Makin terbuntang mata Damia nelihat jenama telefon yang digunakan Rian. Iphone. Latest Series pula tu!
'Aku yang anak Tan Sri ni pun tak pakai Iphone. Mana kau dapat duit beli telefon tu?' Soal Damia dalam hati. Rian pula sebaik melihat nama si pemanggil, bibirnya mengukir senyum gembira.
"Saya nak jawab call,"pamit Rian sebelum berlalu. Damia memerhati dari jauh. Damia tersenyum sinis.
"Heh! Ini Damia Insyirah lah. Pakar baca gerak bibir orang. Jom kita baca apa yang dia borakkan," ujar Damia setelah Rian berlalu. Dia memerhati tepat bibir Rian.
"Hello, Jessica. You rindu I ke?" Soal Rian manja. Damia memerhati gerak bibir Rian.
"Hantu Malikah. You rindu Al Quran ke? Aik?" Ulang Damia berdasarkan gerak bibir Rian. Dahi Damia bercantum.
Rian : Ada apa you call I ni?
Damia : Ada jual holland ke ni?
Rian : Ada orang ikut you?
Damia : Ada ulat ikat you?
Rian : You dah bagitahu Felix?
Damia : Sudah balik tapau berry?
Rian : Jessica! Benda ni serius. Kita main dengan nyawa sekarang. You better inform Felix about this. Dia tahu nak buat apa.
Damia : Malika! Benda ni sia-sia. Kita main dengan Hawa sekarang. Your batery transform Iblis a goat dics. Dear tahu lauk apa.
YOU ARE READING
Bodyguard Seumur Hidup
RomanceDAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia. Nak dijadikan cerita, disebabkan wajah yang cantik menawan hati mak-mak mertua di Ma...