Bab 31

4K 189 8
                                    

JALAN raya yang bengkang bengkok itu betul betul membuatkan perut Fatimah terasa mual. Kepalanya pula terasa seperti berpusing pusing. Memang terseksa. Dia menoleh sekilas ke arah Nana yang masih berdengkur di sebelahnya.

Aih, budak sorang ni. Dia tak rasa apa apa ke? Aku ni dah rasa macam nak pitam, dia boleh pulak bantai tidur. Siap berdengkur lagi pulak tu! Dengus Fatimah di dalam hati.

Akhirnya mereka pergi bercuti di Cameron Highlands pada hujung minggu itu. Ini semua gara gara desakan daripada Nana. Dia yang beria ia memujuk Fatimah agar bersetuju dengan cadangannya untuk bercuti di tanah tinggi itu. Jika diikutkan hati Fatimah, dia memang tidak mahu ke mana mana.

Fatimah sendiri pun belum pernah menjejakkan kakinya ke situ. Daripada blog blog yang dibaca oleh Fatimah, dia agak teruja juga sebenarnya apabila melihat keindahan alam semula jadi yang berada di tanah tinggi itu. Nampak tersangat cantik dan cukup mampu untuk mendamaikan hati. Kerana itulah dia bersetuju saja dengan cadangan Nana. Agak teruja juga Fatimah apabila membayangkan keindahan ladang bunga, ladang teh, ladang tebah, dan pelbagai lagi tempat yang menarik lagi.

Cuma satu saja. Fatimah tidak tahan dengan struktur jalan rayanya yang bengkang bengkok itu. Memang betul betul membuatkan kepalanya terasa berpusing. Nasiblah mereka pergi dengan Bas Persiaran. Kalau memandu sendiri? Sah sah lah Fatimah ajak balik.

Orang cakap Cameron Highlands ini ialah tempat yang romantik. Sesuai untuk pasangan pengantin baru yang ingin berbulan madu. Suasananya yang damai dan sejuk. Segera fikiran Fatimah melangkau kepada Haykarl. Agaknya kemanalah destinasi bulan madu Haykarl dan Nurul Huda nanti ye? Tak mungkin lah kot Haykarl akan datang ke sini.

Biasanya kalau orang kaya kaya ni lepas berkahwin mesti pergi berbulan madu ke luar negara. Mana ada class tempat tempat dalam Malaysia ni. Haykarl pernah bercerita tentang Paris kepada Fatimah. Tentang keunikan di kota itu. Keenakan makanan makanan di sana. Dan keindahan kotanya yang begitu memukau pandangan.

Haykar juga pernah bagitahu, kalau dia mahu pergi berbulan madu satu hari nanti, dia akan memilih Paris sebagai destinasi bulan madunya. Fatimah terus bermain dengan emosi.

Jelas terpancar riak sedih di wajah Fatimah. Dadanya terasa sesak dan sebak. Nasiblah Nana sedang tidur. Kalau tidak, sah sahlah berbuih mulut Nana bertanyakan Fatimah itu ini. Kawannya itu bukan boleh tengok dia sedih. Fatimah tersenyum hambar. Matanya melirik sekilas ke arah Nana yang masih lagi terlentok di sebelahnya.

Kau memang kawan yang sangat sangat baik, Na. Desis hati Fatimah.

Akhirnya lewat petang itu, mereka sampai juga di puncak tanah tinggi Cameron Highlands. Keindahan alam begitu memukau pandangan Fatimah dan Nana. Kehijauan ladang teh yang melata menyejukkan mata. Udaranya yang segar tanpa sebarang pencemaran itu betul betul membuatkan badan mereka berasa segar dan nyaman. Hilang segala sakit yang melanda kepala Fatimah sebentar tadi.

"Segarnya.." luah Nana. Kedua dua belah tangannya didepa lurus. Udara yang segar itu disedut dalam dalam. Fatimah tergelak kecil melihat telatah Nana.

"Eh, jomlah kita pergi check in dulu. Aku dah penat dah ni. Kita rehat kat bilik lah dulu. Besok barulah kita pergi meronda ronda. Macam mana? Setuju tak?" Tanya Nana. Memandang tepat ke arah wajah Fatimah.

Nana tersipu sipu menahan gelak. Kelakar pula dia apabila melihat Fatimah seperti tidak selesa dengan seluar jeans yang dipakainya itu. Dari tadi lagi Nana sudah perasan Fatimah asyik menarik narik saja pinggang seluarnya. Sebenarnya Nana yang memaksa Fatimah supaya memakai jeans. Yelah. Macam tak sesuai pulak datang ke tempat macamni pakai baju kurung bagai. Tapi ada je orang yang pakai sebenarnya. Nana saja menyuruh Fatimah memakai jeans supaya senang untuk dia bergerak. Kalau ikutkan hati Fatimah, mati matian dia tidak mahu. Nana masih lagi terbayangkan wajah Fatimah yang masam mencuka apabila dipaksa oleh Nana.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now