5 tahun kemudian
."Ryzel, tolong jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak."
"Saya terpaksa lakukan semua ini Delina. Saya tidak mahu bunuh awak jadi saya akan tinggalkan awak."
"Kalau begitu, janji satu perkara kepada saya."
"Janji untuk sentiasa menjaga dan sayangi anak ini. Jaga dia walaupun saya sudah tiada."
"Saya janji."
Memori ibu bermain lagi di kepala aku. Sudah 5 tahun berlalu sejak kejadian aku mengetahui kebenaran kelahiran aku itu terjadi. Dan sejak itulah satu persatu memori ibu bersama tuan Ryzel bermain dikepala aku.
Aku tidak terkejut kerana aku tahu bahawa spirit ibu ada dalam diri aku dan itu bermaksud memori aku dan dia boleh bersatu.
Agak sedih sebenarnya melihat memori ibu bersama tuan Ryzel. Awal kisah cinta mereka sungguh romantik tetapi berakhir dengan tragik. Janji tuan Ryzel mahu berjumpa ibu lagi tidak kesampaian apabila ibu sudah pergi dahulu.
"Apa yang kakak fikirkan itu?" Tiba suara Nale kedengaran.
Aku mengangkat kepala aku melihat ke satu meja yang berada tidak jauh dari aku.
"Tidak ada apa-apa," balas aku sambil tersenyum. Nale hanya diam memandang aku. Dapat aku rasanya dia curiga dengan jawapan aku tadi.
Sejak kejadian 5 tahun lepas aku sudah berjanji mahu menjaga dan melindungi budak itu. Tapi sekarang aku rasa dia yang jaga aku.
Nale yang sudsh berumur 15 tahun itu, bukan lagi budak pemalu yang selalu menyorokkan di belakang aku lagi. Sekarang dia sudah menjadi seorang lelaki remaja yang sungguh kacak dan hebat. Malah hampir tinggi aku walaupun baru 15 tahun.
Dia diumur 12 tahun sudah berjaya mengusai sihirmya dan itu adalah umur yang cukup muda untuk dia kuasai sihir Derain. Bukan itu sahaja diumur 14 tahun, dia sudah berjaya melakukan sihir tingkat tinggi seperti sihir telepotasi dengan mudah sebagai mana aku selalu lakukan.
Susah mahu percaya sekarang bahawa Nale yang ada di hadapan aku adalah budak pemalu itu. Rindu pula aku dengan Nale begitu. Dulu dia comel jer jadi seorang yang pemalu.
Oh ya, tadi aku kata dia yang jaga akukan? Itu memang betul. Disebabkan aku ini boleh dikatakan cuai dan senang tak ingat dunia bila buat sihir berbahaya, dia selalu ingatkan aku dan pada masa yang sama halang aku buat kerja gila itu.
Sekarang kalau aku nak buat sihir berbahaya memang agak sukar. Kalau nak buat pun mesti ada dia yang selalu memerhatikan aku. Itu sudah seperti dia pula yang menjaga aku sedangkan aku lebih tua daripadanya.
"Saya tahu mesti kakak fikirkan sesuatu. Saya tak kisah kalau kakak masih ingatkan masa lalu tetapi kakak mesti ingat masa lalu tidak boleh diubah. Jadi lupakan sahaja semua yang buruk itu. Kakak dah ada hidup baharu," nasihatnya.
Aku tertawa kecil mendengar nasihat itu. Sejak bila pula Nale ini pandai beri nasihat menyentuh hati begitu.
"Kakak tahu kakak tak boleh ubah masa lalu jadi kamu juga jangan fikirkan sangat masa lalu itu," balas aku.
Nale terdiam dan terus menulis laporan kerjanya di atas kerja di atas meja itu. Melihat dia begitu memang membuat aku terasa terharu. Tak sangka bukan, budak yang kecil dulu sudah besar dan sekarang menjadi pembantu aku di menara sihir ini.
Ada guna juga aku jaga Nale. Dapat juga aku pembantu untuk menguruskan menara sihir kegelapan ini. Kerja dia bagus dan kelihatan sungguh matang walaupun aku tidak pernah aku hantarnya ke sekolah.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...