cp 123

1.9K 301 31
                                    

"Delina, walaupun saya tiada disamping awak, saya tetap akan jaga awak. Itu janji saya."

"Janji untuk sentiasa menjaga dan sayangi anak ini. Jaga dia walaupun saya sudah tiada."

Hah!

Aku tersedar dari mimpi tadi. Dahi aku berpeluh sambil nafas aku tersekat-sekat. Kepala aku menoleh ke arah tingkap bilik aku dan ternyata bulan masih tegak di langit.

Aku mengeluh perlahan. Sudah banyak kali aku bermimpi akan perkara yang sama dan setiap kali itu juga aku akan merasa satu perasaan yang sukar aku ungkapkan.

Di mimpi itu selalu kedengaran suara ibu sedang bersedih atas kepergian seseorang lalu ada juga suara lelaki yang kedengaran tidak asing bagi aku.

Aku terfikir, adakah itu memori ibu?

Sekarang diri ibu yang sudah menjadi spirit ada di dalam tubuh aku, jadi tidak mustahil dia boleh berikan aku sedikit petanda seperti tadi.

Aku suka dia berbuat begitu kerana seperti dia cuba bercakap sama aku, namun itu membuat aku semakin tertanya.

Di dalam mimpi tadi dia ada mengatakan tentang anak. Anak itu mesti tidak lain tidak bukan adalah aku.

Dan lelaki yang menjawabnya tadi mesti ayah sebenar aku. Aku mahu tahu siapa ayah sebenar aku akan tetapi setiap kali aku bermimpi akan hal itu, mesti muka lelaki tadi tidak kelihatan.

Hanya suara yang garau dan bentuk badan yang tinggi sahaja aku dapat lihat dan dengari. Apa ayah aku memang tidak mahu tunjukkan dirinya pada aku?

Aku mahu melihat mukanya tetapi kenapa setiap aku ingin melihat mukanya, dia tidak akan tunjukkan diri.

Selain sebab dia tinggalkan ibu untuk kerjanya, aku tidak tahu apa-apa lagi tentangnya. Muka sahaja aku tidak tahu apatah lagi namanya.

Ibu sangat cintai dia sampai sakarang dan itu membuat perasaan aku semakin sakit. Menanti seseorang yang sudah nyata tiada lagi adalah perkara sia-sia. Namun ibu tidak pernah berhenti sehingga dia mahu memberi perasaan itu kepada aku.

Aku sekarang juga terasa mahu menanti orang itu dan berjumpa dengannya. Sangat ingin aku rasakan bagaimana berjumpa dengan seseorang tersayang selepas sekian lama tidak kelihatan.

Ibu mesti akan bahagia dan begitu juga aku. Perasaan aku sekarang sangat ingin berjumpa sama ayah sebenar aku.

Aku mahu tahu bagaimana muka lelaki yang ibu sangat cintai itu dan seberapa hebat dia sebagai ayah kepada aku.

.
.

Time skip

Satu persatu helaian kertas di buku yang diberikan oleh tuan Ryzel aku selak namun aku tidak menjumpai langsung maklumat tentang batu Nyx.

Hari ini aku ingin mencari maklumat tentang batu itu kerana apa yang diberitahu oleg putera Noir. Aku mesti tahu cara untuk merampas balik batu tersebut tanpa memberi efek lain kepada orang sekitarnya.

Apa yang aku tahu sekarang tentang batu Nyx hanyalah sejarah pembentukkan batu itu. Namun aku tidak tahu bagaimana ianya berfungsi. Kalau sahaja dalam sejarah itu ada diberitahu tak perlu aku bersusah payah.

Aku mengeluh kecil lalu berdiri. Kaki aku melangkah menuju ke perpustakaan untuk mencari buku di sana pula. Sesampai aku disana aku melihat tempat itu kosong.

Biasanya Nale akan berada di sini. Mungkin budak itu bersama Avar di tingkat 1 satu. Sejak kejadian hari itu, aku lihat Nale sudah semakin berubah.

Dia tidak terlalu pendiam bersama aku dan yang lebih penting ialah budak itu mula belajar bersungguh-sunguh tentang sihir. Aku tidak hiaranlah nanti dia boleh jadi penyihir yang kuat seperti mana aku bayangkan. Aku dapat lihat potensi dia sebagai penyihir satu hari nanti.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now