"Syalis..."
Kedengaran satu suara memanggil nama gadis itu. Suara itu kedengaran lembut dan sedikit garau baginya.
Sikit demi sedikit, dia mula membuka matanya dan kelihatan dia sekarang berada di sebuah kawasan yang sungguh luas yang berwarna putih. Besarnya kawasan itu sehingga dia tidak dapat melihat penghujung kawasan itu.
Matanya memandang sekeliling sambil otaknya terfikir dimana dia sekarang. Dia tidak ingat apa yang sudah berlaku sehingga membuat dia ada di sini. Rasanya tadi dia berada di istana diraja.
"Syalis..." sekali lagi dia mendengar seseorang memanggil namanya.
Dia menoleh ke belakang dan alanglah terkejut dia melihat seorang lelaki berambut putih panjang sedang menatapnya. Siapa lelaki itu?
Lelaki tadi mula berjalan mendekati dirinya membuat dia mula merasa takut. Dia tidak kenal lelaki itu siapa, jadi dia berasa agak takut.
"Jangan takut," ujar lelaki itu.
"Siapa tuan?"
Lelaki itu berhenti tepat di hadapan gadis itu lalu tersenyum. Dia membuka telapak tangannya dan muncul satu cahaya putih yang menyilaukan mata.
Mata Syalis yang melihat cahaya itu terus bersinar bernandakan bahawa cahaya itu adalah milik gadis itu.
"Saya adalah dewa pelindung kamu," ujar lelaki tadi.
Syalis mengangkat mukanya melohat wajah lelaki tadi.
"Dewa pelindung?" Syalis tidak faham.
"Ya, kamu mendapat keberkatan dari saya bermakna selepas ini saya akan mula melindungi kamu."
Syalis mula berasa sedikit faham. Dia tahu bahawa dirinya ada keberkatan dewa pelindung tetapi dia tidak tahu dewa itu adalah orang ini.
"Apa nama tuan dan kita dimana?" Soal Syalis.
"Saya Calix dan kita berada di hati kamu."
"Hati saya? Apa yang sudah terjadi sampai saya berada di sini?"
Calix tersenyum lalu mengangkat tangannya membuat cahaya ditangannya tadi terbang ke atas. Dan secara tiba tempat yang hanya ada warna putih tadi bertukar menjadi tempat yang penuh dengan bunga yang sungguh indah.
"Kamu telah berjaya memanggil saya jadi sekarang kamu berjumpa sama saya di hati kamu sendiri. Tempat ini adalah hati kamu. Sebagai mana hati kamu begitulah rupa tempat ini."
Syalis agak terkejut mendengar semua itu. Ada banyak perkara yang dia tidak faham dan salah satu perkaranya ialah dia tidak pernah pun memanggil dewa ini tadi.
Dia malah tidak ingat apa yang berlaku ketika dia berada di taman diraja. Memori dia terasa samar-samar sahaja.
"Untuk memanggil seorang dewa tidak memerlukan kerja yang banyak. Hanya dengan ketuluskan hati kamu ingin melakukan sesuatu untuk orang lain sudah boleh memanggil saya untuk datang kepada kamu. Kamu mesti ada impian untuk lindungi seseorangkan?"
Ya, dia memang ada impian untuk melindungi seseorang dan orang itu adalah kakaknya sendiri, Irene.
Sejak dulu dia sering sudah bernekad mahu melindungi Irene walaupun dia sedar bahawa dirinya sungguh lemah dibanding dengan Irene yang sudah menjadi penyihir menara. Tetapi dia tidak pernah putus asa.
"Ya, saya ada."
Dewa itu tersenyum lalu tangannya menyentuh kepala Syalis.
"Jadi kamu mesti kuat untuk lindungi orang itu. Saya juga akan menolong kamu tetapi kamu mesti yakin pada diri sendiri dulu. Kamu tak boleh lindungi seseorang kalau kamu lemah," ucapnya membuat hati Syalus sedikit senang.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...